Tuesday 30 April 2013

Hikayat Pengembaraan Sateria Ke Alam Magikal

Assalamualaikum





Bismillahirrahmanirrahim. Inilah suatu kisah yang diceritakan oleh orang tua-tua, asal semangat yang berbuat satu ikatan antara dua kesateria. Adapun suatu ketika dulu di negeri bawah angin, iaitu dipanggil orang negeri Samudera diamlah dua pemuda yang tinggal di pinggir kampung. Maka diceritakan, mereka tiadalah pernah bersua walaupun diam di mukim yang sama.  Menurut syair sang penglipur, yang seorang dipanggil Fallen Angel dan seorang lagi Angel Without Wings ia digelar. 

Kata sahibul hayat, suatu hari terdengarlah  riuh rendah perihal sang Raja mencari kesatria untuk menyelamatkan puteri raja yang diculik naga, iaitu jelmaan ular Saktimuna. Terpanggillah dua pemuda ini untuk menjadi kesateria, dengan niat mahu menyelamatkan sang puteri. Dalam perjalanan, atas takdir Tuhan yang maha Esa, maka bertemulah dua pemuda ini di suatu daerah yang dipanggil Pesbuk. Zahirlah hajat masing-masing yang mahu menjadi kesateria di raja. Arakian bersetujulah mereka untuk meneruskan perjalanan bersama, menuju ke gua pertapaan sang Saktimuna.

Lalu, majulah mereka mengharung ujian nan getir sepanjang pengembaraan itu. Sempurna tiga purnama, tiadalah jua mereka sampai ke gua itu. Maka berkatalah pemuda yang digelar Fallen Angel itu kepada temannya, “kiranya bekalan kita telah hampir habis sedangkan tiada sampai lagi kita ke sana.” “Eloklah kita berpisah di sini, dan meneruskan perjalanan masing-masing.” “Semoga andai ada jodoh takdir-Nya, kita bersua di mulut gua Saktimuna bertapa.”

Maka beratlah rasa Angel Without Wings untuk berpisah dengan sahabatnya itu. Sebak rasa hatinya, namum digagahi jua langkahnya. Seperti dibicarakan, sesampai di satu persimpangan, bercerailah dua jasad meneruskan pengembaraan  masing-masing.

merempuh sad, berdua bermula,
menginjak bulan, menuju ke gua,
berpisah jasad, tiada rela,
di hujung jalan, moga bersua...


                                                         bersambung...

Monday 29 April 2013

The lord of Zodiac

Assalamualaikum






Zodiak! Istilah yang begitu sinonim dengan dunia tilikan. Di mana jua berada, kita pasti akan mendengar mengenainya. Kisah keupayaan Kad Tarot yang berasaskan dua puluh tujuh pilihan kad seolah – olah memukau dimensi dunia barat di samping kehadiran Feng Shui di ufuk timur yang menekankan konsep tuah dan malang. Benarkah tilikan itu sekadar naluri seorang insan biasa, ataupun pada hakikatnya punya kisah yang mengagumkan di sebaliknya.
Punyai masa depan yang cerah impian semua manusia. Aku juga begitu.Tak siapa mahu sesuatu yang malang menimpanya masa depan mereka. Semua orang mahukan tuah! Tanpa disedari, tak siapa menduga bahawa inilah yang menyebabkan manusia berani mengambil sesuatu yang terlarang, sesuatu yang tersimpan kemas di Luh Mahfuz. Sesuatu yang menjadi hak milik kekal Sang Pencipta. Itulah kadak dan kadar ketentuan hidup manusia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dunia tilikan ini telah bermula sekitar berkurun – kurun yang lepas, malahan seingatku pada zaman nabi Muhammad pun telah wujud pelbagai tilikan. Jika tidak, masakan orang – orang yahudi mengetahui mengenai kelahiran baginda? Atau mungkin kita masih ingat lagi peristiwa sewaktu baginda pergi ke Syam bersama datuknya? Dan seorang rahib menyaksikan keagungan Allah pada ketika itu? Pernahkah seumur hidupnya melihat sesuatu yang menakjubkan sebegitu rupa? Semuanya bermula apabila dia menyedari bahawa terdapat ropolan awan yang mengiringi sebuah kabilah pedagang. Sewaktu itulah dia meramalkan akan tertabalnya seorang insan sebagai seorang rasul yang agung sebagaimana yang telah tertulis dalam ajaran terdahulu. Ia bukan sekadar ramalan tapi takdir yang telah dijanjikan Tuhan, menunggu masa untuk tertunai!
Aku mengelamun seketika, benarkah tilikan menguasai kehidupan? Persiskah ia seperti suatu zaman yang benar- benar tercatit dalam lipatan sejarah? Di dalam singgahsana berlantaikan marmar kaca yang seolah- olah mengalar air di bawahnya, kiam seorang raja merangkap utusan agung Sang Pencipta. Lantas catitan melakarkan sebuah kisah yang begitu takjub sekali, suatu kisah dunia yang dihijab. Inilah kisah dunia sihir dan tilikan! Dia merupakan makhluk yang di ciptakan Allah, yang dikurniakan oleh Tuhan kerasulan dan keagungan. Sebagaimana yang pernah dipinta olehnya kepada Allah, moga dia diberikan sesuatu yang tidak diberikan kepada utusan- utusan yang lain. Sebuah riwayat dari barat menyatakan  bahawa sewaktu turunnya wahyu kepadanya, ia telah di tulis pada lampiran- lampiran tertentu. Tetapi sebilangan manusia telah mencurinya dan menjadikannya sebagai asas mentera ilmu sihir. Jika hal yang sedemikian benar- benar terjadi, mungkin satu hipotesis baru dapat diandaikan. Manusia percaya bahawa kalam Allah boleh dijadikan silah bagi merubah masa depan. Bukankah ia hampir menyamai konsep doa dalam islam,di mana kebanyakan doa merupakan potongan- potongan ayat suci Al-Quran? Bukankah orang Islam juga berdoa untuk mendapatkan masa depan di dunia dan di akhirat yang lebih baik?
Ironinya, aku punya kawan2 plu yang aku sandarkan kepada 12 zodiak ini. Punya karakter yang berbeza, namun saling melengkapi. Kawan2 yang aku jaga, yang aku kenali di Facebook… I believe that one day I might need their help… Show me the path of life and I’ll grant you one wish…

Thursday 25 April 2013

Let's fasting

Assalamualaikum


"Hubby.... ooo hubby..."
"Dah tapaw ker?"


"Yer sayang..."
"Tak la, nak puasa hari ni."
"Hehe..."


"Aeeehhhhh......?"
"Puasa tak habaq!"
"Tak aci...!"
"Bf saya puasa tak ajak pon..."
"Huhu...."


"Buka puasa nanti abang ajak..."
"Hehe...muahhhhhh!"


"Werkkkk....tak boleh la kacau Bf saya."
"Dia tengah puasa..."


"Mal, nanti kita start puasa sunat nak?"
"Hehe..."


"Teringin sangat nak start balik."
"Dulu time study selalu gak puasa sunat."
"Bila nak start sayang?"
"Nak......"


"Minggu depan nak?"
"Isnin..."





*Alhamdulillah arini dapat puasa dengan dia lagi. Jangan nakal2 tao. Miss u...

Tuesday 23 April 2013

Bila si teruna memasak Part 8

Assalamualaikum

Minggu ni tak berapa nak sehat. Aktiviti harian diteruskan, cuma tak workout jer. Makan macam biasa...tetap bersemangat. Bak kata ayah aku, "sakit2 pon, selegha ada..." Haha...

Pagi hujung minggu cik Sponser kerja pagi, so tiada sarapan disediakan. Kena la masak sendiri. Pagi sabtu tu rasa malas, masak megi je la... tapi esoknya bersemangat sikit... buat nasi goreng (lebihan nasi semalam) dan buat karipap pusing yang tak berapa nak pusing. Sekali aku lipat baru tao...

Hot plate... bukan ihsan google ataupon yahoo.
Kalau dah namanya orang kampung, selera kampung juga kan. Jalan2 kat kedai nampak telo itik... Eiiiii......telor itik la... Masak gulai sedap gak ni. Tapi cik belimbing buluh takda pulak. Mana nak cekau kat tengah2 bandar ni. Ganti jer la ape yang ada, terung pon terung lah... Haha... pastu tengok dalam peti ais ada budu plak tu. OMG! Mana datang benda alah ni? Ketereh mariiiiiiiiii..........!

Ihsan RTM. hehe... aku tipu jer la... xda maknanyer.


Masak plak sayur petola tumis air. Pastu masak ayam goreng sambal belacan. Memang cun arrrr! Meleleh syalllll...!

Ihsan citer Unspeakable Love. Hehe...


Dalam episod Bila si Teruna mamasak Part 2 yang lepas, aku ada mention pasal nak buat ikan siakap tiga rasa tapi terpaksa gantikan dengan ikan tilapia. Reason? Sebab tak jumpa ikan siakap...huhuhu. Tapi aritu masa pi Mydin, jumpa pulak ikan siakap. Rembat sekor, harga dalam RM7... Besaq pon boleh tahan. Terbaekkkkkkk! Pekena ngan lala kukus plak tu. Ada jumpa babat, masak gulai cili api ngan rebung... Memang sedap... hehe...

Ihsan TV3 pulak,.. Jalan2 cari anak ikan.. haha!


*Makan2 juga... tapi kena beringat. Alhamdulillah semalam dapat berpuasa sunat ngan en.BF. Hehe...dah namanya berpuasa, tak boleh la nak nakal2... Tahan2...

Thursday 18 April 2013

Be not sad...

Assalamualaikum



Sejak  akhir2 ni selalu jer rasa down. kadang2 tanpa sebab dan kadang2 kerana terlalu banyak sebab. Bila aku rasa macam ni, ada beberapa perkara yang aku akan buat selain mendekatkan diri pada-Nya:

  •      Basuh baju
  •    Tengok mesej kat whatsapp dan wechat
  •     Edit kartun
  •     Workout
  •     Bersembang/ berbual dengan seseorang
     Kenapa aku basuh baju? Sebab baju tak basuh berlambak lah.. Hahaha… Takda la, maksud aku pakaian solat kita. Ada antara kita yang pakai baju yang dia buat tidur (kadang2 aku buat gak…hehe). Mana la tahu pakaian tu kena najis, kena air liur basi ker, kena mazi ker… tu kan najis… Maybe tu punca aku rasa tak tenteram dan bersedih.

     Kedua, tengok balik mesej kat whatsapp ngan wechat. Kadang2 tu ada mesej masuk tapi tak berbalas. Maybe tu menyebabkan tuan yang antar mesej tu memaki hamun kita dari jauh. Kata2 tu kan doa, mana tahu doa yang tak baik tu tiba2 Tuhan makbulkan… So, minta maaf kat kengkawan, andai terlanjur kata… Sampai kawan aku tegur, “Wei, drama melayu ker?” Huhu… drama pon drama la, yang penting waktu tu aku memang rasa down, dan nak minta maaf sangat2 daripada korang… Aku ni nakal, kadang ada laku yang buat orang tak senang. Memang susah nak puaskan hati semua orang, tapi at least aku cuba untuk menjaga perasaan orang penting dalam hidup aku…

     Edit kartun ni best sikit. Biar otak kiri aku ni berfungsi skit. Edit kartun sebab nak posting entri kat blog. Kedua, untuk menzahirkan ape yang aku rasa. Aku ada baca kat satu artikel tu, cara menangani perasaan gay ni. Antaranya melalui penulisan journal. Tapi aku ubah sikit la ikut kesesuaian dan minat aku. Aku ubah kepada penulisan blog dan edit kartun. So, bila busy edit kartun , xda la masa nak pikir2 pasal emo, sedih2 ni…

     Workout pon berkesan juga. Bila letih workout ni, memang xda masa nak pikir2 nak sedih bagai. Badan pon jadi sehat. Bila letih… aku rehat…dan tidur… Everything’s gonna be fine…

     Yang terakhir ni aku selalu sangat buat. Kadang2 bila sembang bukan pasal benda yang menyedihkan kita tu pon. About something else… As long as aku boleh bergelak ketawa dan happy semula, topic perbualan tak jadi isu.  Terima kasih sangat kepada family, kawan2 dan En.BF yang selalu melayan aku. Kerana korang semua, senyuman ini masih lagi terukir indah di bibirku..


                      “Be not sad (or afraid), surely Allah is with us.” Attaubah: 40

Wednesday 17 April 2013

Kerana kau kena kuat...

Assalamualaikum


Dia kuat… Dia tabah… tapi kerana perasaan ini, air matanya tumpah jua…
Dia sabar bila aku minta tunggu… Dia tak memaksa bila aku enggan.
Bertahanlah sayang…kerana abang juga sedang bertahan… Aku harap panggilanku sehari2 mampu menghiburkannya... supaya resahnya beransur hilang…


Mal kena kuat, kerana kalau mal putus asa, abang akan sedih… dan abang tak mahu merasai kesedihan itu sekali lagi… kesedihan yang menyakitkan…
Sakit yang membuatkan aku buang segala2nya daripada hidup aku…kawan, awek… dan saat dimana aku hilang kepercayaan pada orang lain…


Semoga apa yang aku rasa ini menjadi kekuatan bagiku, menelusuri perjuangan yang tak sudah…