Monday 24 June 2013

Jom kita kahwin!

Assalamualaikum

Prolog
Haha... akhirnya terkeluar juga ayat tu kat En.BF masa tengah sembang2 semalam. Mungkin sebab aku rasa sunyi .Selalunya aku ok, tapi kadang2 tu tak mampu nak melawan rasa ni. Bak kata kawan aku, perkenalan kat alam maya ni tak cukup. Memang kita tahu dia ada, tapi selagi tak nampak depan mata, hati ni takkan pernah rasa puas... Bila ada depan mata, rasa nak cuddle dia, nak kiss dia... Nak ceritakan pada dia kisah aku...


Monolog
Mungkin sebab dia bagitao yang hari ni dia akan tau tempat posting... Aku tak nak dia jauh2... Sayang, abang gurau2 jer pasal kita msg kt atas pokok tu... Abang tak mau mal panjat2 pokok semata2 nak msg abg... Sorry sayang... Ayat dia sedih jer time tu, pasrah agaknya kalau berjauhan dengan aku. Sayang, abang nak mal dekat ngan abang, at least dekat ngan kampung abang...  Jangan pi jauh2 yer sayang?


Dialog
Mungkin juga sebab 2 minggu lagi nak masuk Ramadhan. Tak boleh la nak nakal2 ngan dia. Tah macam mana nanti...aku pon tak tahu. Dah biasa manja2 dengan dia, tetiba kena sekat. Dia bagi semangat kat aku...

"Ala.... sebulan jer kot...?"
"Ramadhan lepas abang boleh lalui tanpa adik.... cubalah untuk kali ni pulak.."

Ya, Ramadhan sebelum ni aku boleh survive tanpa dia, so cubalah untuk Ramadhan kali ni pula kan..? Tapi Ramadhan lepas kita tak berkenalan lagi... Huhui... Jujurnya, aku rasa macam tak mampu, mungkin sebab rasa cinta ni dah makin menebal.


Epilog
Dia sabar menunggu aku. Aku pon kena sabar tunggu dia. Ada jodoh, kita bersua. Tapi kalau tak, apakan daya. Dia menentukan yang terbaek untuk kita (meskipun aku memang berharap untuk bersatu dengannya suatu masa nanti). Tersenyum sendirian bila teringatkan msg aku dengan dia semalam...

"Love u budak botak!"
"Oit botak, aku suka ko ler..."
"Muaaahhhh....love u!"


"Oit jantan taff!"
"Aku cintakan kau!"
"Kau jangan maen jauh2, nanti aku nak cari kau."
"Aku sayang kau..."


"Muahhh!"
"Love u!"

Wednesday 19 June 2013

Bila dia tertidur...

Assalamualaikum

Hehe... En.BF ni kadang kala keletihan. Macam2 dia buat. Hujung minggu pon ada kerja, kesian kat dia. Aku pon macam dia jugak. Kadang2 kalo aku tengah ada kerja, lambat la reply msg dia. So, kadang2 dia sampai tertido bila tunggu aku reply. Sorry sayang... I'm so sorry...

Hehe, pastu bila aku reply, dia senyap jer. So, aku hantar lagi msg... Senyap lagi... Tao la aku, dia dah terlelap. Time ni la aku mulakan aktiviti nakal2 terhadap En.BF. Hehe... Msg nakal2 time dia tidoq...bila dia bangun nanti, aku harap dia tersenyum bila bca msg2 aku tu... Lalala~

Lalala~
kiss curi...
Muahhhh
1-0
hehe...

Dan itu dia, satu layangan tepat pada dahi mal....dannnn....yeahhhhhhhh!
Satu lagi ledakan ciuman berjaya dibuat ke gawang pihak lawan.
2-0

Asakan demi asakan...
Abang cuba memintas...dan mal cuba menepis....
Ahhhhhhhh...cubaan gagal di situ...

Abang kembali mengatur langkah...
Bermula dengan set permainan yang agak tenang.
Bermula dengan ketiak... diasak terus ke nipple...
Dan abang cuba bertahan di situ...

Pertahanan mal semakin goyah...
Abang berjaya membolosi...dan maju ker tiang gol mal...
Dan itu dia! Abang berjaya memintas kubu pertahanan mal.... dannn.....
Aaaarrrgggghhhhh! mal mengerang bila tiang golnya diledakkan pihak lawan....
3-0

Abang mencari mata kemenangan
Separuh masa pertama abang menguasai permainan
Mal semakin jauh ditinggalkan, lemas dalam kenikmatan.

Abang bergerak ke atas dalam formasi menyerang
Permainan semakin rancak, abang meninggalkan  kesan gigitan cinta pada setiap tapak pada tubuh mal...
Kembali turun ke tiang gol... dan mal cuba mengejar
Dannnn..... Ahhhhhhh.... abang tergelincir ke dalam lubang.
Permukaan padang yang lecak dan berlubang memberi kelebihan kepada mal.

Mal menguasai permainan
Abang cuba bangkit, tapi tergelinci kembali ke dalam lubang
Strategi mal berjaya
Corak permainan bertukar rentak
Abang diheret ke set penentuan...


*Hurmmmmm..dah sampai masa jadi top ker? Kena la menyerah kalah.... Huhu.... Minggu ni turn aku la pulak... Ceyyyyt..... kena cari excuse ni... Hehe... Sebenarnya aku tao kenapa dia letih. Pagi tadi dah on ngan aku... minggu ni jer dah 3 kali on... mana tak letihnya... Lalala~ Love you sayang....







Monday 17 June 2013

4

Assalamualaikum



Hari ni mood tak berapa nak baek. Bukan datang bulan, datang matahari pon bukan juga. Cuma angin jer yang bertiup kencang.... So, aku just nak share tentang perangai yang perlu kita tahu. Buatlah ujian personaliti untuk mengetahuinya. Banyak open source yang boleh kita guna kat internet untuk menilai perwatakan dan perangai diri kita.


Secara amnya, manusia normal cenderung kepada 4 jenis perangai. Dalam bahasa omputih ia dinamakan Sanguine, Choleric, Melancholic dan juga Phlegmatic. Dalam bahasa melayunya pula ia diterjemahkan sebagai Optimis, Meradang, Sedih dan Dingin.


1.Sanguine/ Optimis
Mereka ini golongan yang pandai bergaul. Mereka tabah dikala sukar, penuh dengan ayat2 memotivasikan diri, kreatif, bersemangat, dan sentiasa bertenaga dalam memulakan sesuatu. Mereka suka untuk menjadi popular dan menarik perhatian ramai. Mereka ada banyak kawan2. Mereka suka bercakap, suka membuat kerja, suka menolong orang lain dan berkeinginan untuk tahu sesuatu yang baru. Mereka mahu menjadi "kanak2" untuk selama2nya. Golongan ini kurang rasa malu, dan berkeyakinan tinggi terhadap apa jua yang dilakukan.


2.Choleric/ Meradang
Mereka ialah golongan yang kuat. Mereka ada semangat kepimpinan yang kukuh. Mereka sangat setia, berani, dan bebas untuk menentukan halatuju diri sendiri. Mereka "terpaksa" dan sentiasa mahukan perubahan. Golongan ini agak keras kepala, tegas, bermatlamat, teratur dan tidak memerlukan sangat kawan. Mereka sentiasa menjadi harapan pada saat2 genting. Akan tetapi, mereka yang tergolong dalam kelompok ini akan cepat murung jika gagal dalam melaksanakan sesuat.


3.Melancholic/ Sedih
Melankolik ialah golongan yang sensitif. Mereka mampu mamahami hati dan perasaan orang lain dengan mendalam. Mereka menghargai kesenian. Mereka mudah belajar, menganalisis, serius dan berbakat. Mereka ialah orang yang mementingkan kesempurnaan dan suka kepada perincian. Mereka juga cenderung untuk mencari pasangan yang ideal untuk mereka. Mereka tidak suka kepada perhatian ramai dan cenderung untuk kekal dibelakang.


4.Phlegmatic/ Dingin
Apatis ialah golongan yang aman. Mereka sentiasa stabil, bersabar dan berbelas kasihan terhadap orang lain. Mereka kekal tenang sewaktu orang lain berada dalam kekeliruan. Mereka merendah diri, pendiam, pendengar yang bagus, dan sentiasa gembira dengan kehidupan yang mereka ada. Mereka selalu menjadi pengantara, dan mudah menyesuaikan diri dengan orang lain.Selalunya mereka cenderung untuk kekal dalam keadaan yang meyakinkan dan stabil serta tidak suka kepada perubahan.


Mengetahui tentang personaliti diri sendiri sedikit sebanyak membantu cara pengurusan emosi. Amnya, kita akan lebih memahami perwatakan dan perangai diri sendiri. Secara khususnya, kita dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri kita. Kelebihan tu boleh kita gunakan untuk manfaat bersama manakala kelemahan tu boleh kita perbaiki daripada semasa ke semasa.


Aku dah buat ujian personaliti ni banyak kali menggunakan open source yang berlainan dengan set soal selidik yang berlainan. Jawapannya antara 2.... Sama ada Phlegmatic atau Melancholic. Ikon aku kesedihan atau dingin. Perwatakan aku yang manja di alam maya tak mencerminkan siapa aku di alam realiti. Aku mungkin gembira bila bersama korang, tapi tak bila aku kembali ke realiti.  Hakikatnya aku memang orang yang dingin, serius, dan tak mudah nak senyum. Aku mungkin kuat kat luo, tapi tak bila berada dalam dunia "orang macam kita"... Aku taktao macam nak expresskan perasaan ni...


Dan tolong... aku minta tolong sangat2...agar jangan buat aku sedih lagi... Meskipon aku mencintaimu, tapi aku juga rapuh bila bersamamu...

Sunday 16 June 2013

Bila si teruna memasak Part 10

Asalamualaikum






Cabaran dua hari satu malam bermula! Jumaat lepas aku balik rumah kakak aku. Pergh... penat giler usha anak ikan dalam komuter.. (hehe... matilah kena pelangkong ngan En.BF). Takda lah, balik dari opiz, basuh baju, pastu siap2 nak balik rumah kakak, memang penat la terkejar2. Nasib baek ada teksi, kalo tak memang plan nak jalan kaki ikot Tasek Permaisuri... (Huhui, takot gak, silap2 hari bulan, kena liwat beramai2 kat situ....

Pagi sabtu tu, aku pi paso beso untuk beli bahan2 nak masak. Ada nampak ketam beso, tapi bajet tak berapa nak ada. So, beli ayam jer la... Lagi2 ayam... Hurmm... nasib ko ler labu... Pagi tu lepas balik daripada paso, terus siap2 uli tepung. Mau buat donut! Tapi kat kedai takde jem blueberry...so guna mentega kacang jer untuk filling donut tu. Bukan kat tengah2 donut tu, tapi dalam donut! Hehe... Sejam jugak nak tunggu doh tu naik, sementara tu, disebabkan lapo, aku masak spaghetti goreng. Hehe, guna angel hair jerk... goreng guna rempah pizza.

Spaghetti goreng campak2... haha....

Pastu, bila siap jer masak spegeti tu, doh pon dah ready untuk dipecahkan daranya. Hehe... yok lobangkan donut tu. Usaha bersungguh2 yer bro... Oleh sebab ada antara member aku yang tak pernah dengaq pasai donut sambal, aku pon buat la dua variasi donut. Donut peanut butter dan donut sambal... Honestly, aku prefer donut sambal daripada donut gula.

Donut sambal dan donut peanut butter

Pastu, lunch aku masak biasa2 jerk. Teringat makan ayam goreng kicap berempah masa blaja kat kelantan dulu, terus aku buat. Ayam digoreng macam biasa, pastu letak kicap, serbuk kari dan daun kari. Rasa lagi sedap daripada ayam kicap berkuah yang biasa kita makan tu. Resepi ni tak berkuah, so, kicapnya agak pekat. Better gunakan kicap lemak manis berbanding kicap masin kalau korang nak rasa yang awesome. Masak plak sayur kobis masak lemak. So, ada la kuah kat situ, takda la tercekik kan? Hehe...

Resepi aku cilok masa blaja kat kelantan.

Untuk teatime plak, special skit. Aku tengok kat dapur ada bagi beras pulut yang lalu. Plan nak masak kuih berasaskan pulut. Ok, dan terhasillah trio ni. Pulut rendam macam biasa sebelum tanak, lebih kurang 2-3 jam. Pastu tanak dengan santan dan sedikit garam. Time aku tanak tu, ada pulut yang masih bertih dan masak tak rata. So, aku transfer kat pengukus. Guna pengukus lagi selamat. Takde masalah pulut hangit ker, or pulut terlebih air. Hehe... Time transfer tu aku warnakan skit dengan kaler ijau untuk kuih lopis, yang laen kekal putih.

Trio; Pulut serunding, Kuih lopiz dan Pulut mangga. 3some is awesome! Hehe...

Untuk serunding, korang campak2 jer bawang, jintan, sambal, udang kering dalam kuali. Letak garam, tumis sat, pastu masuk terus kelapa parut. Settle! Untuk kuih lopis, just kepal2 pulut tu. Then, wat la air gula, aku guna gula merah jer. Untuk pulut mangga pulak, aku didihkan santan pekat ngan sikit garam, curah atas bebola pulut yang telah dikepal. Mangga pulak aku sira ngan gula melaka. Siaaaaaaapppppp!!!

Pagi tadi aku melantak jer pulut tu sampai habis sambil tengok kartun. Hehe... Kejap jer dah abis... Eeerrrkkkkkk! Alhamdulillah, kenyang. Lunch aku masak nasi ayam pulak.

Simple. Ayam aku rebus dulu. Air rebusan aku guna untuk masak nasi ayam. Lepas rebus aku perap ngan kicap, rempah, kunyit dan garam. Pastu boleh goreng sampai garing. Warna dia akan jadi macam ayam panggang. Walla!

Untuk cili pulak, buang biji cili hidup tu, blender pastu campur ngan sos cili dan sedikit cuka untuk "memasakkannya". Cairkan dengan air kalau terlalu pekat. Kicap pulak, ikot suka hati korang nak guna kicap pekat ker aper. Aku guna kicap pekat yang dicairkan dengan baki air rebusan ayam.

Untuk sup, buat la macam masak sup ayam yang biasa tu. Tak ada yang istimewanya pon. Hehe... (padahal malas nak menerangkan prosesnya...hehe). Kalau tak reti gak, guna jer sup bunjut...

Ulamnya pula, korang letak la hirisan timun ker, tomato ker. Kalau ada daun salad lagi mengancam! Tapi dalam peti ais tu ada timun ngan tomato jer, so guna jer la apa ada.

Nasi ayam yang enak... nyum2.... Serius! Memang sedap gilerrrrr bro!

Untuk teatime pulak,  misi aku adalah untuk habiskan kelapa yang digunakan untuk buat serunding semalam. Ada baki sikit lagi, dalam segenggam. Tengok kat dapur ada tepung pulut ngan gula melaka. Plan nak buat ondeh2... Aku blender daun pandan untuk amik pati dia. Then guna pewarna merah dan kordial keladi yang aku amik daripada dalam peti ais (lama dah beli, tapi takde sapa nak buat air keladi ni... huhu...) Simple, bancuh tepung ngan pati2 tadi (make sure letak sikit garam kat dalam pati2 tu). Pastu uli sampai jadi macam tanah liat (mudah dikepal2). Amik sikit, masukkan gula melaka kat tengah, gentel bulat2. Campak dalam air yang sedang mendidih. Bila masak, dia akan terapung. Amik, dan golekkan kan parutan kelapa yang telah dicampurkan dengan sedikit garam (sikit jer tao, jangan banyak2...). Ok, siap untuk ditelan! Haha...

Ondeh2 yer kawan2... bukan epok2... Hehe....

Dengan ini, tamatlah cabaran dua hari satu malam. Moga kita berjumpa di episod yang akan datang (rasanya nak stop dulu kot entri BILA SI TERUNA MEMASAK ni untuk sementara waktu sempena bulan ramadan yang bakal tiba. Hehe... Sebab bila puasa, life aku akan jadi sangat simple. Beli kat bazar jer. Haha...
Sekian.




*Kesian kat En.BF, takda sape nak masakkan untuk dia. kalau ada kesempatan nanti, kita dinner sama2 yer sayang? Muuuaaahhhhhh!

Thursday 13 June 2013

Kuncinya padaku...

Assalamualaikum





Kuncinya padaku, dan kuncinya itu ialah kamu!  Kunci ape plak ni? Hari ni nak share kunci kekuatan dan kebahagiaan sesuatu perhubungan. Disebabkan En.BF asyik tanya aku soalan yang sama, sama ada aku bosan atau tak dengan dia? Aku pon jawablah...

"Sampai detik ni abang tak bosan ngan mal."
"Tapi kalau ada apa2 yang berlaku, kita bincang yer?"

Sesuatu hubungan tu tak akan sempurna. Kesempurnaan pada makhluk hanya meletakkan satu had tertentu terhadap keupayaannya. Tapi kita boleh berusaha ke arahnya... Bagaimana?

1. Hormat
Semua orang bergurau senda, tapi ada batasnya. Kita kena sedar yang hakikat setiap antara kita adalah berbeza dan kita kena belajar menerimanya. Hanya kerana kita "kipas susah mati" terhadap sesuatu, tak bermaksud pasangan kita juga perlu menyukainya. Dan ingat, jangan cuba sesekali mengubah hidup seseorang mengikut kehendak dan kepentingan diri sendiri. Erti hidup pada memberi (iaitu apa  yang telah kita berikan dalam usaha untuk menerima dia). Mengubah hanyalah akan menjadi titik tolak kekecewaan bila apa yang kita usahakan itu tidak berjaya. Tapi lain halnya jika kita sendiri yang mahu mengubah diri sendiri. Seperti lagu The Reason-Hoobastank:

 I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new 
And the reason is you


2. Komunikasi
Nyatakan apa yang kita rasa kepada pasangan kita. Jangan terlalu berkias kerana ia mungkin akan disalahtafsirkan oleh pasangan anda. Seelok2nya, bawa berbincang jika muncul konflik dan isu. Perjelaskan semuanya agar tiada masalah sama berulang pada masa akan datang. Jangan berharap untuk orang memahami kita dengan hanya berfikir yang dia akan memahami kita. Mungkin bagi kita mudah untuk difahami, tapi tidak bagi dia jika tidak disertakan dengan penjelasan. Belajar untuk lebih mendengar masalah pasangan anda, berbanding memberikan pendapat.


3. Batasan
Tahu dan sedar batasan anda sebagai pasangan. Jangan cuba melepasi sempadan privasi. Ada perkara yang perlu dikongsi, dan akan perkara yang tidak perlu. Respek ruang peribadi dan privasi pasangan anda. Sikap terlalu mengongkong hanya akan membuatkan pasangan anda rasa bosan dan memberontak.


4. Percaya
Percaya amat penting dalam perhubungan tetapi jangan pula percaya membuta tuli. Jika anda sukar untuk mempercayai orang lain, maka eloklah anda mempertimbangkan semula niat untuk menjalinkan hubungan dengan seseorang. Oleh itu tidak menjadi masalah jika pasangan anda mahu menghabiskan masa hujung minggu bersama teman2 rapat, ahli keluarga, ataupun teman sekerja. Berikan sedikit ruang kepada pasangan anda. Nilai kepercayaan akan menguatkan hubungan dan bukannya melemahkannya.


5. Spontan
Ingat lagi perkara bodoh yang anda lakukan tika kali pertama berkenalan dengan pasangan anda? Jangan hanya kerana anda telah berpasangan dengan pasangan anda, perkara2 sebegini telah dilupakan. Kadang kala perkara2 bodoh inilah yang akan menguatkan kembali ikatan yang terjalin. Sesekali berjenakalah dengan pasangan anda. Jangan terlalu formal (seperti entri yang saya nukilkan ini), bahkan cuba bersikap spontan. Kespontanan akan melahirkan kejutan untuk anda dan pasangan anda.

Walau apapun, kunci kesempurnaan sesuatu hubungan bukanlah "KESEMPURNAAN" itu sendiri, tetapi kesediaan untuk memberi dan menerima seadanya.


*Entri ini telah diolah daripada artikel asal yang bertajuk TOP FIVE KEYS TO HEALTHY RELATIONSHIP.  Esok genap 5 bulan dengan En.BF. Sayang dia sangat2... Muuuaaahhhhh...

Arrogant and cocky

Assalamualaikum

Sepanjang seusia aku mengenali dunia "orang macam kita", aku dapati macam ada trend dalam dunia ni bila dibandingkan dengan dunia str8 especially bila memperkatakan isu "arrogant" dan "cocky". Menurut pembacaan aku, kebanyakan orang bersetuju apabila dikatakan "arrogant" dan "cocky" tidak berkait dengan sexuality kerana golongan str8 juga ada sifat yang menjengkelkan ini. Tapi sepanjang aku berkenalan ngan "orang macam kita" kat FB, kebanyakkannya memang macam tu. Agak2 aku macam tu tak? Hehe...

Dulu, masa aku mula2 keluar dari kepompong, aku yang masih lagi naif ni ada la bertemu dengan insan2 yang mengamalkan cara hidup "orang macam kita". Yang aku tak berkenan tu bila diri tu nak berlagak jer lebih. For example, ada sorang brother tu bila cerita tak boleh blah. Kononnya belajar kat kolej luar negara, then kerja yang bagus2. Melalui penceritaan dia tu dah buat aku rasa meluat. Kenapa kalau kau belajar kat luar negara? So what? Mungkin ada orang yang akan pandang benda2 tu, orang2 yang akan rasa kagum dengan "kelulusan" kau tu, tapi jujurnya aku rasa ia agak menjengkelkan. Kerana apa? Kerana hakikatnya kolej dia blaja tu kat malaysia jer pon, yang ada collaboration yang overseas, dan kerja dia pon bukan la sebagus mana sebagaimana yang dikhabarkan kepada aku... Sembang nak kencang...padahal monyet jer kot yang goncang pokok, bukan ada taufan pon....

Dulu masa aku degree, aku ada kawan yang suka berlagak ni. Semua orang tak suka borak dengan dia, sebab mesti akan ada masa mamat tu nak berlagak gempak. Tapi jujurnya aku tiada masalah dengan perangai dia. Suka jer bila sembang dengan dia. Sebab apa? Sebab aku rasa dia berhak. Sebab memang dia bagus! So memang tempat dia memang kat situ. Sebab aku tao kat mana level aku bila sembang ngan dia.

Waktu aku aktif kat FB dulu, aku ada la berhadapan dengan "orang macam kita" yang jenis arrogant ni. Pantang nampak orang lebih daripada dia. Sebagai contoh, bila berkenal2an tu ada la yang minta pic. Then dia nak webcam plak ngan aku, sebab nak tengok aku. Bila aku menolak, macam2 dia maki kat aku... Babi la... Bla...bla... Aku relax jer bro, sebab aku tao mungkin dia rasa tergugat. Yer lah, jantan macho la katakan.... Hehe, macho2 pon bengkok gak bro... Tak payah nak blagak sangat lah...

Bila aku baca2 kat forum, aku dapatlah mengenal pasti sebab2 bila ada "orang macam kita" yang bersikap "arrogant" dan "cocky" ni. Antaranya, perasan hot sampai semua jantan terhegeh2 kat dia. Especially yang bila pos pic kat wall jer, berderet yang komen memuji (padahal semua orang tao kau nak ape..hehehe). Bila ada muka sikit, body fit sikit, meninggi diri sampai tak cecah bumi.

Ada juga yang sebab bajet bagus dan rasa orang laen tak ada yang setanding dengan dia. Mungkin ada yang rasa yang tak hensem tak layak berkawan dengan mereka. Nak berkawan dengan yang hensem2 dan yang comel2 jerk. Belum buku berjumpa ruas lagi bro. Sampai masa, kita akan jumpa juga. Masa tu, orang yang lebih "alpha male" akan mendahului kita dan menunjukkan macam mana cara nak berkawan yang sebenarnya... Ingat lagi cerita Nabi Musa dengan Nabi Khaidir? Asbab Nabi Musa kena cari Nabi Khaidir tu? Untuk kita sedar, ada yang lebih bagus daripada kita ni...

Ada juga yang berlagak ni sebab nak dapatkan respek. Bukan apa bro, respect is something that you learn and earn. Kita tak boleh merendahkan orang laen untuk nampak lebih mulia dan hebat sebab ianya rasa yang terbit sendiri atas kerelaan.  Sebagai contoh, kita boleh ajar orang2 muda untuk menghormati golongan yang lebih senior, tapi tu tak cukup. Kalau golongan senior tu sendiri yang tak betol, then harap dengan didikan tu akan buat orang respek kat mereka, kirim salam jer laaa...

Tak boleh ke kalo just be yourself? Toksah lah nak berlagak sangat. Tak ke mana bro. Setakat pisang muda yang kau jaja, banyak kali orang pegang akan lebam gak. Bila dah lebam, ada sesapa lagi nak? Haha, bagi kat monyet atas pokok tu je la...

Cuma aku teringat kata2 ustaz aku time sekolah tu. Kita biarkanlah orang yang berlagak tu meninggi diri sampai dia tau erti tersungkur ke tanah. Biar dia belajar sendiri... Tapi kadang kala kita kena ajar juga dia. Dengan cara apa? Dengan cara berlagak kembali padanya... Biar dia tau langit tinggi ke rendah... Dan itu lah yang aku sedang buat sekarang...







*Bila dengan dia, aku lebih menghargai apa yang aku ada. Aku tak janjikan angan2 tapi apa yang ada di tangan....

Wednesday 12 June 2013

That's too bad...

Assalamualaikum



"Hubby...adik rasa macam tak kena lah arini..."


"Nape?"
"Shhhhhh....!"
"Jangan cakap macam tu."
"Abang ada ngan mal."
"Kalau tak tenang, selawat banyak2."
"Sayang... jaga diri elok2."


"Huhui....."
"Selawat dalam hati boleh?"


"Boleh sayang..."
"Muahhhhh..!"




Semalam En.Bf ni pelik sikit. Dia kekok sikit. Ada jer yang tak kena. Nak kata cuai, mungkin juga. Nak kata bad day pon, ya juga. Semalam dia lupa banyak benda. Dia lupa pakai tali pinggang. Dia lupa topup. Dia lupa bawa botol air. Dia lupa bawa access card. Hurmmmm.... Kenapa ni? Risau fikir sesuatu ker? Benda selalu buat pon boleh lupa..?


So malam tadi pas workout, aku pon sent la pic kat dia. Nak hiburkan hati dia. Hehe... Harap2 dia suka... Sempat juga melawak bila dia mengusik aku...


"Yummy...abang ketaqqq!"
"Hubby... adik kuat makan..."
"Kalo adik gemok, hubby nak tak?"


"Nak....tapi jangan gemok sangat."
"Hubby tak larat nak dokong..."
(",)






*Tuah ayam nampak di kaki... tuah aku malam tadi.. hehe....

Monday 10 June 2013

Bone collection- Black dragon!




Assalamualaikum

2013
Hehe, semalaman hujung minggu... So, rasa bosan sikit, terus ajak member kluo tengok wayang. Tapi ofcoz la bukan kat mid valley or berjaya times square. Busy kot time weekend... Selepas gigihnya berjalan kat tasek permaisuri menuju ke stesen LRT (petang2 ahad ni teksi banyak parking kat rumah sendiri, huhuhu...) aku pon sampai la juga akhirnya. Ikot laluan dalam ni tak panas sangat sebab banyak pokok... Ada la juga nampak lelaki berdua2an kat tempat duduk tu... Lepak2 ngan member kot? Hehe...

Pastu bila sampai jer kt sana, terus beli tiket. Tapi lama lagi, so pi makan kat kopitiam dulu. pastu jalan2 kat kedai2 dalam shopping complex tu. Tiba2 ternampak dia... Terus teringat kenangan silam.

*      *     *     *     *



2008
Tahun kedua kat UM. Petang tu aku jalan2 ngan kawan aku kat Digital Mall. Macam biasa, aku bonceng kawan aku jerk, sebab malas nak bawa motosikal sendiri. Kat tingkat atas, aku berjumpa dengan si dia. Kali pertama bertentangan mata, tak kulepaskan lirikan memerhatikannya dari jarak dekat. Perghhhhh! comel giler! Kena beli ni!


 
*      *     *     *     * 




2013
Hehe, pendrive je pon... Bukan awek... comel kan pingu aku? Lama tu aku pakai, sampai sekarang. Semalam aku nampak "binatang" seangkatan dengannya. Aku nampak dragon plak. Pergh... comel sehhhh... 8G. Siap ada percuma skin lagi. Aku minat yang hitam tu, tapi takde stock. Bila tanya yang kuning plak, takde stok juga. Huhu... Last2 amik yang merah jerk....

power rangers...hehehe..
Merah pon merah la... Comel tapi ganas! Hehe... Ni adik aku nampak, mesti nak juga. Pantang tengok aku ada gadget baru... dia pon nak juga... Huhui... Dulu masa mula2 aku beli 4G jerk. Sekarang dah 8G, tapi still harga sama dengan free gift skin yang comel. Kira berbaloi la jugak kan...
Blacky! I choose u!



*Sesapa boleh tolong aku carikan dragon itam ni untuk aku? nanti aku bayar kat korang.. Huhu, minat sangat ngan si hitam ni. Aku beli kat Mybytes. Kebanyakkan jual menda ni kat kedai Apple...Please.... please..... Hehe...

Saturday 8 June 2013

Privacy vs secrecy

Assalamualaikum

Baru2 ni aku ada berhadapan dengan satu situasi. Situasi yang agak tidak menyenangkan aku. Aku tak pasti la korang macam mana, tapi aku selaku "orang macam kita" tak berapa berkenan when someone keep trying to cross the border. Border ape? Maksud aku, limitation yang telah dipersetujui bersama.

Straight to the point, aku tak suka bila ada orang cuba memintas dan menerobosi had yang sepatutnya. Aku yang ada di dunia maya amat berlainan dengan "aku" yang berada di dunia nyata. Mula2 dulu aku memang nak jumpa kawan2 plu yang aku kenal kat FB. Tapi bila dengar cerita "otai2",  aku jadi takut. Aku takut bila aku jumpa, ia akan membawa aku lebih hanyut. Rata2 mereka kata, susah nak patah balik bila dah start, and u know what i mean right? Susah nak cakap, tapi jujurnya aku tak nak merisikokan life aku untuk sesuatu yang aku ragui.

Dulu masa mula2 buka FB, susah sangat nak buat kawan. Most of them only think about sex. Most of them! tu yang aku kenal la. Tapi tu menafikan mereka2 yang ok. And then, semua orang buat silap. Kat sini la aku start tukar2 pic ngan orang. Yang menjadi problemnya, bila ada antara diorang yang start passing2 pic kat individu ketiga, keempat or tah ke berapa tah.. Kat sini aku rasa tak senang. Aku suruh jaga elok2, tapi "mereka" sedap2 jer passing2 kat orang. Aku tak tau lah kalau perangai korang memang macam tu, tapi pic2 korang mostly aku dah delete. Aku pegang janji bila orang request untuk delete pic diorang, dan aku memang delete. Sebab aku rasa setiap orang ada "rahsia" yang perlu dilindungi dan setiap orang ada privacy masing2.

Aku masih ingat lagi seseorang persoalkan mengenai kepercayaan aku terhadap dia. And then dia buat macam ni kat aku. Korang rasa memang patut kan aku meragui kesungguhan dia masa mula2 dulu? Bila seseorang minta kepercayaan, dan bila diberikan, hargailah. Pegang kepercayaan tu, kepercayaan adalah benda yang terlalu berharga untuk kita peroleh.

Hehe..ni bukan pasal pic sexy ke ape. Tak seksi mana pon. Aku ulang, benda ni pasal privacy and secrecy. Dulu someone ada bagitao aku yang dia pas pic aku kat member dia semata2 nak "spy" aku. Aku tak tao la betol ke tak, aku memang tak suka aku diperlakukan macam tu. Aku tak kesah la kalau korang PLU tegar ke apa, tapi minta tolong hormat privacy orang lain.

Dan baru2 ni, someone else buat macam tu gak kat aku. Modus operandi yang sama., share pic aku kat orang laen, spy aku...bla..bla..bla... Pastu paksa2 aku jumpa dia. Kenapa paksa aku untuk jumpa korang, sedangkan korang sendiri cakap yang kesilapan korang dalam dunia PLU ni disebabkan korang start jumpa PLU laen? And then, what did you expect from me? Tapi bila dia buat macam tu, aku relax jer. Aku tunggu dia kat tempat dia nak jumpa, dengan niat untuk tamatkan segalanya. Aku nak bagitao dia, aku dah hilang kepercayaan kat dia. Tapi last2 dia tipu aku. What da hell????

Dua situasi di atas berlaku baru2 ni, sedangkan perihal pic tu berlaku seawal aku buka FB, iaitu hujung tahun lepas. Aku akui kesilapan aku yang terlalu berharap agar orang mampu respect kehidupan orang lain. Tu silap aku. Sedangkan dengan my honey pon, aku minta masa... Thanx kat my honey yang sentiasa memahami aku, walaupon aku tahu dia nak jumpa aku sangat2... Terima kasih sayang kerana mampu bertahan sampai hari ni. I love u a lot!

Tuesday 4 June 2013

Let bygones be bygones

Assalamualaikum


Dulu masa aku sekolah rendah, aku ni biasa2 jer. Akademik ok la, koko pon ok gak. Selalu gak wakil sekolah sebab pertandingan2 ni. Ada cikgu yang sayang aku. Daripada darjah satu dia jadi cikgu kelas aku sampai la darjah enam. Sebelum aku abis sekolah, dia ada panggil aku. Dia bagi satu buku, dia suruh baca apa dia tu tulis kat buku tu. Aku pon baca la, then aku pas kat dia balik. Dia tanya balik kat aku, kenapa pulang balik buku tu kat dia. Ambil la... (Ohhh...dia bagi hadiah buku tu kat aku rupanya. Baru faham... Haha...)

Pastu time aku sekolah menengah pulak. Time ni dah masuk sekolah elit. Agak susah nak menonjol. So aku join marching jer. Dari segi akademik memang susah nak fight ngan budak2 terpilih ni. Tapi xda la corot sangat. Time form 1 kitorang diranking ikot nama masa pendaftaran. Sepanjang 5 tahun kat situ, merasa gak la aku 2 kali masuk kelas pertama iaiatu masa form 2 dan form 5. So not bad la kan? Hehe...

Masa aku belajar kat situ, aku banyak habiskan masa ngan kawan2. Susah senang aku, aku ada kawan2. Yer la, family aku memang tak pernah melawat aku selama 5 tahun tu... Jauh...satu lagi takde kenderaan, tu la yang aku difahamkan. Mula2 tu aku sedih, tapi sepanjang aku 5 tahun kat situ, aku tak pernah nangis pon bila rindu kat family. Aku ada sketchbook. Aku suka melukis. Bila aku sedih aku akan melukis. Ada sekali tu kantoi ngan budak2 perempuan. Depa kemas2 locker kelas, depa jumpa sketchbook aku. Tapi kat sekolah aku, seni takde tempat. So benda tu sekadar hobi untuk mengurangkan kesedihan aku.

Pastu form 5, aku masuk form 6 sebab kena paksa ngan family. Pastu aku masuk matrik, pon sebab kena paksa dengan family. Lastly, bila aku dapat offer asasi, aku pergi dengan rela hati ikot pilihan aku sendiri. Kat sana macam kat sekolah dulu, tak pernah pon family datang melawat. Aku survive juga. Ada kawan baek yang memahami aku, ada kawan2 yang boleh aku harapkan. Bila aku last year kat sana, aku post barang jer sebab takde siapa nak datang amik. Jauh sangat. Hehe... tapi takpa, aku dah biasa.

Bila masuk u, aku tak dapat course yang aku nak. Tapi aku redha, aku teruskan jua. Past tiga tahun, grad juga aku dengan cemerlang. Walaupon tak dapat first class, tapi dah menghampirinya, dan aku puas hati ngan ape yang aku ada. Time nak konvo, family aku tak sabo2 nak datang. Tapi ada 2 pas jer untuk masuk dewan. So, mak ngan ayah aku je yang masuk. Time tu aku rasa nak nangis, akhirnya setelah sekian lama, diorang hargai "kehadiran" aku.

Pastu sekarang ni aku sambung belajar lagi. Sejak awek aku minta putus masa tahun akhir (stress aku sebab time tu minggu final...) jiwa ni kosong sampai la aku kenal member2 kat FB. Kat sini aku boleh nakal2, takde siapa tahu identiti aku. Kat FB juga aku kenal dia. Dia yang setia layan kerenah aku. Dia yang sudi menerima aku. Aku pernah bagitao dia...selepas hujan pelangi akan muncul... Dan aku nak dia tahu, dialah pelangi yang aku maksudkan. Meskipun hadirmu sementara, tapi cukup untuk membuatkanku bahagia...

Kenangan lalu mencorakkan siapa aku hari ini. Aku tak menangis sebab benda remeh2 sebab aku sedar yang aku kena kuat. Mungkin sebab tu hati aku keras sikit kot... Biarpun aku tak nampak sesiapa dibelakangku, tapi aku nampak kawan2 yang berdiri seiring denganku.


"Usahlah berdiri dibelakangku....berdirilah disebelahku. Kita ibarat juzuk pelangi, selanjar malah selari... tiada yang terkehadapan, tiada jua yang terkebelakang. Kita memburu dalam persaingan, menggapai impian bersama...."


Dan apabila aku menoleh kembali ke memori semalam, aku mengerti mengapa aku masih lagi kuat... Terima kasih atas segalanya....

Sunday 2 June 2013

Bila si teruna memasak Part 9

Assalamualaikum






Last week, tak banyak benda yang aku buat time balik kampung. Berlingkar atas katil jer... Mak aku dah masak macam2, so aku melantak jer la... Hehe... Cuma bila nak makan kek tu, aku masak sendiri la... Kalau tak sedap pon, aku makan juga... Tapi jangan risau, aku masak mesti sedap punyer... Hehe, tu pengiktirafan daripada mak dan ayah aku...


Balik kampung pon 3 hari jer. Tak puas betol. Bosan2 dan ditambah lagi dengan kelaparan di tahap mahadewa telah memaksa aku untuk membuat kek. Hehe... Tengok dalam peti sejuk ada whipping cream. Aku pon bedal jer la. Campak2  jadi kek plain... Hehe... Yang penting rasa cream dia tu memang terbaek.... (Haha, puji diri sendiri pulak..)

comel tak kak ton..? haha.. kak ton x comel langsung...!

Macam biasa la, kek tu habis masa hari pertama. Dikerjakan secukup2nya oleh anak2 buah aku. Hehe, Depa kuat makan macam pak chek dia gak... (Hehehe.. tersenyum2 simpul). Pastu keesokkan harinya aku pon buat kek laen untuk dibawa pulang ke kl. Kali ni nak try letak warna2 terang pulak. Ceria macam warna PLU.  Hehe....

Serius, warna dia sangat menyakitkan mata aku... huhu...

Yang tiga colour ni telah mendapat kritikan pedas daripada mak aku. Mak aku tanya, nape warna warni sangat? Nak ajer aku cakap, "Ni la warna2 kegembiraan PLU, mak...." Haha... Tapi rase dia sedap sikit sebab aku letak cheese cream... (sesuka ati jer letak...)


Pastu weekend baru ni aku balik ke rumak kakak aku jerk. Jimat sikit, dekat jer pon. Sejam perjalanan. So, aku pon dengan excitednyer nak try buat kek batik biskot merrie. Plannyer dah lama, tapi xdan nak buat. Resepi simple, maen campak2. Paling aku suka bila padat2kan biskot tu. Nak ajer aku guna lesung batu... Bagi padat abis... Hehe...

Rasa milo dia memang ummmmmmmpppphhhh!

Pastu yang last ni, aku buat malam semalam. Tapi baru pagi tadi upacara pecah tanah. Khas untuk my honey. Die ngidam sangat kek neopolitan. Tapi ni bukan kek la... Ni puding. Puding roti nama diberi. Nama panjang, Puding Roti Neopolitan. Resepi sangat simple. Blender bersama 5 keping roti, 2 biji telo, gula suku cawan, susu cair satu cawan dan susu pekat setengah cawan. Rebus agar2 "clear" satu peket. Pastu korang tuang jer bahan blender tu bersama. Ha, kalo nak letak perisa/ pewarna, kena buat cepat2, sebab benda ni cepat beku. Tadaaaaa....siap!
Puding Roti Neopolitan
Rasa dia, rasa roti + susu. Yang warna coklat tu aku guna milo, so rasa milo la. Yang merah tu pewarna sahaja, manakala yang putih tu pulak warna asal puding tu. Asal "Neopolitan" ni merupakan gabungan tiga warna dan perisa iaitu warna coklat untuk koko, warna merah untuk strawberry dan warna putih cream untuk perisa vanila. Tu la sejarahnya.... Hehe...