Monday, 5 January 2015

I keep bleeding....

Assalamualaikum...


Kini semakin dekat... sangat dekat... hingga dapat kurasakan kehangatannya... Aku harap dapat membahagiakan dirinya hingga suatu saat aku masih lagi diperlukan.


Perasaanku kini berbaur2...dan dialah tempat aku luah segalanya. Masihkah ada insan laen sepertinya? Usah jadi bodoh, menyia2kan sesuatu yang berada di dalam genggamanmu. Belom tentu ape yang kau angan2kan mampu dikecapi... walau dalam mimpi.


Terima kasih sayang.... terima kasih kerana menyayangiku. Sayang En.BF sangat2...






*Kini dia dah rasa masakan aku. Selama ni asyik makan ati jerk kan tengok pic ape aku masak. Nah, sekarang rasa sendiri... Hehehe...

pasni kek ulang tahun plak... x lama lg ni... hehehehe...







"But I don't care what they say....I'm in love with you
They try to pull me away...But they don't know the truth
My heart's crippled by the vein...That I keep on closing
You cut me open and I... Keep bleeding...Keep, keep bleeding love!"

Thursday, 28 August 2014

Bila si teruna memasak Part 16

Assalamualaikum


Semalam punya cerita, member bagi tat nenas...(actually aku yang minta buat muka x malu.. hahahaha). Dia bagi la satu telap tu suh habiskan... Sambil2 tengok cerita yugioh, aku makan la sebiji demi sebiji. Sedap betol... Tapi bila dah tinggal separuh tu, tekak mula rasa x sedap... kepala pening... pastu dah start running nose. Dah pulak! Nak demam ker ni? Baru ingat.. NENAS... N.E.N.A.S. Last time, aku minum air ade campur isi nenas terus demam gak. Huhui...


Nak dijadikan cerita, aku gi la kedai nak beli panadol. Beli panadol jerk sebab ubat selsema yang doc bagi dulu ada lg. Pastu sampai2 kedai jerk, beli la skali barang2 basah. Pikir punya pikir nak masak ape tuk dinner ... last2 decide... nak masak nasi ambeng/ nasi ambang. What??? Nasi ambeng??? Aku bukan jawa ok... Tapi dikelilingi jiran jawa dan indonesia. Ni la yang dikatakan ngidam orang demam, Hahahahahaha...


Kalau korang nak tao, nasi ambeng ni simple sebenarnya. Banyak menggoreng sj. Ada banyak versi. Tapi asas tetap sama, ada nasi yang wangi...ada sambal jawa...ada ikan kering... ada ayam. So aku just share la resepi nasi ambeng ala piyot. No fancy name macam resepi En.Bf. Bagi yang berketurunan jawa... berdarah jawa... maafkan daku kerana telah mengubah resepi turun temurun ni ikot suka ati aku. Hihihihi... sesungguhnya keterlanjuran ini meme disengajakan.

Nasi ambeng ala piyot....hehehehe
Nasi:
*Guna beras wangi siam. Settle!

Sambal jawa:
Tempe (satu peket tempe dipotong dadu dan digoreng)
Tahu (3 ketol tahu dipotong dadu dan digoreng)
Sayur fucuk dan soon (direndam 5 min)
Bawang besar, bawang putih dan cili merah (dihiris)
Udang kering ditumbuk lumat
Kacang panjang dipotong2 sepanjang jari kelingking
Kicap manis (satu senduk) dan secubit garam.
*tumis bawang2, cili, udang kering tumbuk.. pastu masukkan sume sekali. perasakan dengan garam, letak kicap sikit.

Ayam:
Seekor ayam belah 8
Serbuk kunyit (satu sudu)
Garam (setengah sudu)
Kicap manis (4 sudu)
Rempah pizza (kalo xda xpa...)
*Gaul ayam dengan semua bahan. Marinate 5min, pastu terus goreng. Korang boleh buat ayam masak kicap, tapi aku prefer ayam goreng jerk (lagipon dah marinate ngan kicap). Aku tak suke makan kicap banyak sangat.

Accessories 1:
Ikan masin bulu ayam (digoreng)
Ikan bilis (digoreng)
Kacang tanah (digoreng)
*goreng...pastu letak jer kat nasi tu. 

Accessories 2:
Kelapa parut (i biji kelapa)
Udang kering
Cili giling/ cili boh
*ni adalah penyediaan serunding kelapa/awas. Tumis udang kering tumbok dan cili boh. perasakan garam. letak setengah sudu kecil serbuk kunyit dan masukkan sebiji kelapa parut. Gaul rata lebih kurang 10 min.

Lain2 accessories yang aku tak buat:
Bihun/ mee goreng
Telo masin
Just simple... satu jam boleh settle sume... make sure tangan kiri kanan pegang kuali.

Malam tu, lepas pekena nasi ambeng ni... selsema teruih hilang... pening kepala pon dah ok. Hahahahaha... demam nak memasak kot?? Sape tao??


“After a good dinner one can forgive anybody, even one's own relations.” 
- Oscar Wilde; A Woman of No Importance -

Thursday, 31 July 2014

Empat dan Keempat

Assalamualaikum

tu En.bobot... dengan bakal isteri dia... hehehehe....

Mula2 nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri bagi yang beragama islam dan YANG BERPUASA. yang tak pose tu tak payah nak fefeeling sambut raya ok? Hak hak hak... Maaf, busy bersama family, tu yang tak wat entri wish hari raya. Hari ni hari raya yang keempat. Hurrmmmm... kejap jerk dah empat hari. Aku plak, tercongok dok kt meja ni... Takde ape nak dibuat. Bosan yang amat...


Entri kali ni bukan nak citer pasal rendang ketupat lemang lodeh bagai... Entri kali ni nak bawa berita gembira. Dengan ini setelah diperkenankan oleh PIYOT RIYOT, adalah dimaklumkan bahawa entri BILA Si TERUNA MEMASAK akan kembali. Huhuhuiii... lama sangat dah stop.


Sebelum balik raya aritu aku ada lah beli kek buah daripada member. Boleh lah... tapi takda sapa nak makan kek tu kecuali aku. Huhuhuii...sedih kan? Disebabkan aku beli dengan harga RM30, rasa agak tak berbaloi. Cik kak tu kena blaja baking lagi... ala.. youtube pon boleh. kan? kan? kan?


So, disebabkan aku dah set, raya ni aku nak makan kek macam2, sampai2 jerk aku kat kampung, petang tu juga aku start wat kek. Niatnyer nak wat kek cheese... tapi... tapi... sesuatu telah terjadi. Aku pukul putih telo tu xmao nak kembang... cair mcm ayaq jer. Sah, telo masuk angin! Cheese ngan susu pula dah dipanaskan... Sudahhhhh! Nak wat ape?? Kena la adjust, campor kuning telo, pukul dengan gula, campur serbuk koko satu cawan, cheese ngan susu yang dah cair tadi, tepung 2 cawan... sumbat dalam oven. Siappppp! Dalam hati doa2, jadilah kek aku, janganlah bantat....

adik aku yang campak2 cip coklat tu.... bukan aku tao. tu kijo dia.
Untuk topping plak, meme simple. Aku google, cari yang simple tapi sedap. Amik susu cair satu cawan, susu pekat setengah cawan, serbuk koko setengah cawan, coklat masakan dalam 50g. Cairkan dalam piok kecil... pastu sejukkan. nak makan, curah jerk atas kek tu.. Rasa memang terbaek, lembap, rasa koko yang mewah, dengan topping yang berkrim. Anak buah aku dah habiskan... tak sempat nak tunggu hari raya. Huhuhui...


Pastu, alang2 hantar mak gi kedai beli barang dapo untuk raya, aku beli la telo yang baru. Yer la, nak wat kek cheese. Resepi macam kat entri lepas2... Simple. Kali ni tak sempat nak snap2 pic bagai sebab sedara aku datang rumah time tu. Kluar jer daripada oven, mak aku dah suh potong nak bagi tetamu. Lepas potong baru ada masa nak snap... tu pon sebab nak tunjuk kat En. Bobot...

Memang terbaek dapat telo baru... kembang yang amat... nyum2...

Sebelum aku balik kl, aku habiskanlah baki telo ngan chesdale (satu pack ada 6 slice, guna 3 jerk untuk sebuku kek) yang aku beli. Wat marble separuh cheese, separuh lagi campur koko... Aku nak bagitao, kalo guna cocoa powder tu lagi "mewah" rasanya berbanding guna paste. Siap sebuku.

Luaran jerk comot, dalam dia cantik tao... lalalalalalaa

Tu jer lah kek yang aku buat. Sebenarnya ada satu lagi kek, kek prune. Resepi kakak aku. Rasa dia memang sedap. Laen kali jerk la aku share cara nak wat kek prune tu. So, lepas lah juga hajat hati nak beraya ngan kek2 yang comel2... hehehehe... comel tao... comel macam En.Bobot.

kek prune, kek keju, kek buah dan kek marble

Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Raya.. raya juga... makan kena jaga. Minggu depan dah nak kena lari... aiiyyoooooo tergolek la macam ni. So, berbalik kepada tajuk entri.. ape yang empat? apa yang keempat? EMPAT jenis kek yang aku buat... dan entri hari raya pada hari raya KEEMPAT...



“Cake is happiness! If you know the way of the cake, you know the way of happiness! If you have a cake in front of you, you should not look any further for joy!”
  - C. JoyBell C.; Author of The Sun Is Snowing -