Petang yang terik...menyumbang malah menambah lagi skala ketiadaan mood aku. So aku buat blog walking. Nak dijadikan cerita, ada la perasan blogger yang bagi komen kat entri2 aku yang lepas. Tapi disebabkan profile tu tak direct ke blog diorang, aku tak perasan yang diorang ni ada blog juga. sorry banyak2... terlepas pandang. Tapi sebab tu juga la list blogger kt blog aku hilang. Cube tengok tu.. kan kosong jerk list blogger aku. Huhui... Entah ape yang tak kena ngan blogger ni. Letih dah aku buat macam2...
Tapi tu bukan point sebenar. Ada baca satu blog ni. Kira blogger yang hot gak la... Dia citer pasal hakikat dikecewakan. Aku rasa ramai yang pernah rasa macam tu. Yer la, sepanjang aku menjadi kaunselor tak bertauliah untuk PLU, banyak gak dengar cerita2 sedih dikecewakan selepas pertemuan pertama. Sebelom jumpa, ayat manis macam nak kena diabetes... bila dah jumpa... dah on sex.... satu mesej pon haram nak reply... call apatah lg... haram nak angkat. Kesimpulannya, tu lah tandanya anda telah ditinggalkan...
Berbalik kepada kes first time jumpa dah on sex, aku tak pasti lah korang macam mana. Aku pon takde pengalaman macam tu. Tapi rasa macam pelik, bila baru jumpa dah diajak ke ranjang. Kenapa tak tunggu dulu? Orang kalo memancing, kalo ikan dah kat mata kail... still maen2 lagi tao... ikot rentak ikan tu sampai dia letih. Patotnya macam tu la kot... tengok berapa lama dia boleh bertahan... then kalo korang nak serahkan mahkota dewa korang tu lantak pi la.. tu atas tanggungan sendiri. Aku bukan nak menggalakkan, sekadar memberikan idea yang sepatutnya. Ni nasihat untuk mereka2 yang jenis nak couple la.. bukan untuk yang nak touch n go...
Ada masa aku terfikir, bagi orang2 yang berperangai macam tu (berpewatakan berbeza sebelom dan selepas on sex), tujuan depa meme nak sex jerk ker? Sebab aku rasa kalo dia nak cari kasih sayang... tak perlu nak uji dengan sex. Sex menjadi kayu ukur untuk sebuah perhubungan??? Kawan aku cakap hati tu penting... Asalkan ikhlas... hubungan boleh bertahan. Tapi patotkah ada istilah "ikhlas" untuk hubungan PLU macam ni? Sebab aku particular skit pasal istilah2 ni...bagi aku ikhlas tu berkait dengan hati. Kalau hati pon dah songsang... boleh lagi ker keihlasan tu lahir? Hurmmm... entah... gi la tanya diri sendiri.
Kadang2 aku pikir gak, agak2 kalo aku jumpa ngan En.Bobot aku jadi macam tu x? Hilang kawalan mungkin? On sex.. bla..bla..bla... then esoknya hilang tanpa kesan? Aku pon tak tao. Susah nak cakap. Sebab aku tak rasa lagi...
*En.Bobot rasa macam mana? Macam hubby rasa ker?
Pernah dengar cinta platonik? cinta romantik plak? Orang kata cinta platonik adalah cinta yang bukan disandarkan pada sex... just spending time together... sentiasa ada bersama... tu dah cukup. Tapi yang lagi menariknya bila aku terbaca bahawa cinta platonik ni just lanjutan kepada persahabatan. Ok, let say... kita berkawan dengan seseorang... then... sayang kat dia. Pastu kita keliru, kita sayang dia sebab kita cinta kat dia or just sayang sbg kawan. So, artikel ni ada gariskan 5 panduan bila mana persahabatan telah bertukar kepada cinta platonik.
1. Kita berubah kerana dia.. cara percakapan... cara pakaian... malah setiap satu ayat yang kluo daripada mulut dia akan menjadi perhatian kita.
2. Kita selalu memikirkannya 24/7. Asyik ingat kat dia jerk. dia makan ape? dia kluo ngan sape? sape kawan dia?
3. Kita kerap berhubung dengan dia. Misalnya mesej yang kerap setiap hari walaupon mesej yang biasa2 jerk.. mungkin juga call yang agak kerap dalam seminggu?
4. Kita nak berdua2an ngan dia. Tak kira la kluo makan ker, shopping ker... gi gym ker...yang penting dapat berdua2an nyan dia tanpa gangguan daripada pihak2 laen.
5. Kita dahulukan kehendak dia daripada kehendak diri sendiri. Kita rasa kalo benda tu buat dia happy, kita pon akan rasa happy jugak.
Cinta platonik bukan cinta yang statik. Bila2 masa jerk boleh bertukar menjadi cinta romantik. Ianya bergantung kepada tahap keselesaan kita pada orang yang kita suka tu. Bak kata putera... kita selalu mengharap lebih... tak pernah cukup dengan apa yang kita ada (aku olah ayat dia, tapi maksud still sama.. hak hak hak..).