Tuesday 29 April 2014

0320233600

Assalamualaikum



Tengahari buta ni dapat call daripada no +60320233600. Aku ingatkan pihak admin yang call, so aku angkat la. Rupa2nya agen insuran takaful... bla..bla..bla.. bawah CIMB... bla..bla..bla...


Aku malas nak dgr, dah die jerk yang bcakap. Pot..pet..pot..pet... Encik pelanggan terpilih..... bla..bla..bla... Account CIMB ni encik buka kat tempa ni.. bla..bla.. bla... minta alamat... bla..bla..bla... minta IC bla bla bla....


Aeeeeehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....................??? Tunggu jap. Aku bagi ker sume information yang dia nak tu? Agak2 aku bagi x? Hak hak hak...


"En.Piyot buka account CIMB ni kat cawangan XXX kan?"


"Ha ah.. (jawab dgn mood malas)"

 
"Boleh minta no IC untuk pengesahan?"


"Aeeehhhh..... kata daripada bank.  Takkan la bank xda no IC saya?"


"Oh, maklumat pelanggan adalah sulit. So, pihak bank takkan dedahkan. Boleh sebutkan no IC En.Piyot?"  >> Nampak tak kaedahnya? dia nak lari daripada menjawab soalan. Cepat jerk die spin balik...


"Erm.... (gaya berfikir panjang...), nantilah, saya fikir dulu."


"En.Piyot nak fikir ape lagi? Tawaran macam ni tak selalu ada... bla..bla..bla...."
"En. Piyot duduk kat kelantan ker?" >> Dia teka2 aku dok kelantan sebab aku buka account CIMB tu kat cawangan di kelantan.


"Eh, tak la. Saya duduk macam kat alamat surat menyurat la."


"Oh, still guna alamat sama la yer? Nak saya hantar agreement ni kat alamat mana yer? Alamat rumah ker office?


"Kat alamat rumah jer."


"Boleh bagi alamat rumah?" >> nampak tak cara dia pusing nak dapatkan alamat rumah? Dia xtao alamat rumah aku. Ingat aku ni sengal macam dia agaknya.


"Lorrr.... xkan pihak bank xda alamat surat menyurat saya? Abis tu yang selalu bagi penyata tiap2 bulan tu, sampai jerk kt rumah?"


"Ok, En.Piyot kijo kat mana? Saya hantar ke alamat office saja."


"Ok, bla..bla..bla..... kuala lumpur."


"Boleh bagi no IC En.Piyot? >> Dia masih tak berputus asa nak dapatkan no IC aku. Huhui


"La, tadi kata nak hantar borang2 bagai kat opiz, dah sampai nanti saya isi la..."


"Saya perlukan no IC En.Piyot untuk registration."


"Aeeeehhhh... saya tak kata pon nak join. Saya nak fikir dulu."


"En.Piyot nak fikir ape lagi...? bla..bla..bla.... (dia cerita pasal pakej family plak)... bila saya boleh tao jawapan?"


"Nanti saya call la balik."


"Call balik? Tak boleh En.Piyot. Ni private no."


"Aeeehhh.... private no? kluo jerk no ni kt screen... (sambil sebut no tepon tu...0320233600)"


"Memang la En.Piyot, tapi kalo En.Piyot telefon balik tak dapat. Nanti saya telefon balik. Bila agaknya boleh dapat jawapan?"


"Telefon la lagi 2-3 hari. Saya nak fikir dulu."








Pandai telemarketer ni, dia cite pasal duit insuran ratus2 ribu..... citer pasal bayar RM2 jer sehari... Tawaran terhad...bla.bla..bla... pelanggan terpilih... bla..bla..bla... CIMB yang suh call.. bla..bla..bla...


Dia suh aku aktifkan account CIMB aku tu, so dia meme tao account tu tak aktif. Kenapalah aku nak bersusah payah aktifkan no account lama tu, sbb aku tak memerlukannya. Nampak sangat dia tak tahu pasal account CIMB aku. Dia hanya tahu nama penuh aku, tapi takda maklumat detail. Bila aku google, orang kata depa ni scam, no tepon sama ngan no yang call aku tu. Cuma tadi lelaki melayu, orang laen dapat chinese girl... 

 Aku pon tak tao depa ni scam ke x... ape2 pon, aku meme tak berminat cara dia approach aku. Belom ape2, dah wat keputusan tuk aku, siap nak auto debit bagai daripada account aku. Gaya memaksa, dan aku tak suke paksa2 ni. So annoying...






I know nothing more annoying when people I don't know jump to conclusions on my person based on nothing but gossip or speculation.

-Nikolaj Coster-Waldau: Danish actor, producer, and screenwriter-



April 2014 - I can finally touch you!

Assalamualaikum


Malam tu rasa sejuk dingin membeku, menikam2 ke tulang hitam. Matanya kurenung, ada sinar pantulan cahaya neon daripada luar jendela... redup... pandangannya redup. Dalam gugup, tubuh kecilnya kurangkul... betapa kurasakan  turun naik ombak dadanya. Mukanya dibenamkan ke dadaku. Barangkali dia juga gementar sepertiku. Aku tak sedar, bila pakaianku lucut daripada tubuhku, namun yang jelas...dia juga begitu, tanpa seurat benang yang memisahkan aku dengan dia... Saat nafas semakin kencang...




aku...







ahhh....










"Titt Tiiittttttt! Titt Tiiiiiiiiiiiiittttt! Titt Tiiittttttt! Titt Tiiiiiiiiiiiiittttt!"





Aku direntap! Itulah kali terakhir aku bermimpi akannya. Tiada lagi mimpi2 wilangon yang bertandang selepas itu. Masyghul....april 2014, kali terakhir aku bermimpi akannya...










“I'll never stop dreaming that one day we can be a real family, together, all of us laughing and talking, loving and understanding, not looking at the past but only to the future.”


-LaToya Jackson; an American singer-songwriter, musician, author, television personality, actress, businesswoman, philanthropist, activist and former model-

I'll never stop dreaming that one day we can be a real family, together, all of us laughing and talking, loving and understanding, not looking at the past but only to the future
Read more at http://www.brainyquote.com/quotes/quotes/l/latoyajack258275.html#IxccTMJW0v8vvLWF.9

Monday 28 April 2014

R.U.N

Assalamualaikum


Lama tak update siri bila si teruna memasak. Bukan sebab aku tak masak yop, hari2 aku masak. Masak macam2, cuma simple2 jerk. Menu selayaknya untuk aku orang bujang. Lagipun... maklumlah, kuantiti orang dalam rumah makin kurang... mungkin kesan penyejatan dan pengeluapan. Hak hak hak.


Ahad lepas aku join larian milo. Teringat zaman2 skola dulu. Lari pecut tu... tapi... tapi... 200m jer la... Hak hak hak. Event ni memang best. Lagi best bile dah abis lari, sesi memenuhkan perot ngan air milo... Giler la, sampai kembong perot mentekedarah air milo. Macam tak pernah minum gamaknya.


Ok, aku bukan nak citer pasal air milo sebenarnya. Nak citer pasal PLU dan larian/marathon. Kata kawan aku, event2 macam ni PLU ramai join. So, aku pon usha2 gak la.. Ha... ni nak bgtao. Memang boleh kenal mana PLU, mana yg str8 (or maybe str8 looking guy kot??). Meme la sume pakai seksi2, tapi memang boleh bezakan bro...


Pastu ada la jumpa senior aku. Mula2 jumpa dia sorang. Lepas lari, jumpa la geng2 dia. Positif member2 dia tu PLU! Daripada gerak tubuh, cara percakapan, pakaian, cara gelak, haaa..... detail tak kriteria aku? Tapi aku tak pasti la kalo senior aku tu pon PLU gak. Hak hak hak...



Berapa hari lepas, dah buka pendaftaran untuk standard chartered plak. Aku amik 10km jerk... tak larat nak marathon. Maklomlah... aku ni dah la gemok... gendot... itam plak tu... (*tetiba plak itam kan??). Harap2 boleh lari sampai habis dalam masa yang diberi. Kalo tak rugi ler... Huhuhu...





*Aku ada nampak ada larian kt johor. Teringin nak lari2 ngan En.Bobot. Takpe, simpan jerk angan2 tu dulu. Nanti kite lari sama2 yer bobot sayang? Hehehe...





“The reason we race isn't so much to beat each other,... but to be with each other.” 
-Christopher McDougall, Born to Run: A Hidden Tribe, Superathletes, and the Greatest Race the World Has Never Seen- 




Monday 14 April 2014

My love story: Red Delicious

Assalamualaikum


Bab 1: Pendahuluan
Kisahnya bermula setahun yang lalu... Kisah yang berlaku pada dua tempat berbeza dalam 2 waktu yang berbeza... mungkin juga 2 alam yang berbeza? itupun jika realiti dan fantasi boleh dinisbahkan kepada maksudku itu. Kala putik2 red delicious mekar di kebun buchanan, cinta ini juga mulai menguntum di taman hati. Tapi tu cerita setahun yang lalu... atau mungkin setahun 3 bulan secara empirik pengamatanku. Kini, kisah cinta itu bersambung... cuma bukan dengan latar tempat dan masa sebegitu lagi... Ianya lebih bias fikirku, cenderung ke arah realiti dan pemberatnya semakin besar bebannya.


Bab 2: Sorotan kajian
*Catatan awal tiada dalam arkib blog kerana tiada sebarang dokumentasi direkodkan sebelum 6 februari 2013. Menurut sumber yang boleh dipercayai,  blog diwujudkan selepas beberapa minggu mereka mengishtiharkan sebagai 'couple' iaitu pada 14 Januari 2013. Walaubagaimanapun, catatan awal masih boleh diakses di laman muka buku dengan kata kunci profile "Piyot Jr."
Hati seorang abang (Piyot, Feb 2013)
Kerana aku lelaki (Piyot, Feb 2013)
Koleksi entri februari daripada blog tersasardijalanmu.blogspot.com. Entri pilihan: 14 haribulan (Wings angel, Feb 2013) *entri dedikasi ulangbulan pertama
Lakarkan kisah kita (Piyot, Feb 2013)
Kerana manisnya epal (Piyot, Feb 2013)
128 entri sokongan dalam arkib blog (Piyot, 2013)


Bab 3: Kaedah dan bahan kajian
Epal Red delicious dipilih  kerana kesedapan dan pengaruh sentimental dalam kisah percintaan Piyot. Menurut sumber yang sahih, gambar kartun pertama yang pertama telah diedit khas untuk Wings angel adalah bertemakan apple iaitu Golden delicious. Secara ringkasnya, sejumlah biji epal telah diinkubasikan di dalam peti sejuk bagi memecahkan tempoh dorman biji epal. Selepas beberapa ketika (seawal seminggu), biji2 benih mula bercambah. Seterusnya biji benih dipindahkan ke dalam bekas mini berisi tanah hitam. Penyiraman dilakukan setiap hari dengan kadar 2 sudu kecil untuk dua sesi sehari.


Bab 4: Keputusan
Biji benih bercambah dan membesar dengan sehat.
anak pokok Red Delicious, dicambahkan daripada biji buah epal belian di TESCO

Bab 5: Perbincangan
Anak pokok epal Red delicious membesar dengan sihat setelah seminggu dipindahkan ke bekas semaian. Berkat penjagaan dan kasih sayang yang dicurahkan oleh Piyot dan Wings Angel, anak pokok tidak mengalami sebarang serangan penyakit untuk waktu dan ketika ini.


Bab 6: Kesimpulan
Kisah cinta "Kerana manisnya epal" telah berjaya diterjemahkan kepada realiti. Untuk masa hadapan, diharapkan lebih banyak impian2 yang dapat direalitikan... Amiiiiiinnnnn....



*Penghargaan buat Wings angel kerana sudi berbagi kasih dengan anak pokok Red Delicious ni. Hubby sayang honey! Juga buat pasaraya tesco kerana selalu membekalkan Epal Red Delicious Washington berkualiti untuk Piyot.





"Love doesn't grow on trees like apples in Eden - it's something you have to make. And you must use your imagination too."
-Joyce Cary; novelist and artist-