Monday 14 April 2014

My love story: Red Delicious

Assalamualaikum


Bab 1: Pendahuluan
Kisahnya bermula setahun yang lalu... Kisah yang berlaku pada dua tempat berbeza dalam 2 waktu yang berbeza... mungkin juga 2 alam yang berbeza? itupun jika realiti dan fantasi boleh dinisbahkan kepada maksudku itu. Kala putik2 red delicious mekar di kebun buchanan, cinta ini juga mulai menguntum di taman hati. Tapi tu cerita setahun yang lalu... atau mungkin setahun 3 bulan secara empirik pengamatanku. Kini, kisah cinta itu bersambung... cuma bukan dengan latar tempat dan masa sebegitu lagi... Ianya lebih bias fikirku, cenderung ke arah realiti dan pemberatnya semakin besar bebannya.


Bab 2: Sorotan kajian
*Catatan awal tiada dalam arkib blog kerana tiada sebarang dokumentasi direkodkan sebelum 6 februari 2013. Menurut sumber yang boleh dipercayai,  blog diwujudkan selepas beberapa minggu mereka mengishtiharkan sebagai 'couple' iaitu pada 14 Januari 2013. Walaubagaimanapun, catatan awal masih boleh diakses di laman muka buku dengan kata kunci profile "Piyot Jr."
Hati seorang abang (Piyot, Feb 2013)
Kerana aku lelaki (Piyot, Feb 2013)
Koleksi entri februari daripada blog tersasardijalanmu.blogspot.com. Entri pilihan: 14 haribulan (Wings angel, Feb 2013) *entri dedikasi ulangbulan pertama
Lakarkan kisah kita (Piyot, Feb 2013)
Kerana manisnya epal (Piyot, Feb 2013)
128 entri sokongan dalam arkib blog (Piyot, 2013)


Bab 3: Kaedah dan bahan kajian
Epal Red delicious dipilih  kerana kesedapan dan pengaruh sentimental dalam kisah percintaan Piyot. Menurut sumber yang sahih, gambar kartun pertama yang pertama telah diedit khas untuk Wings angel adalah bertemakan apple iaitu Golden delicious. Secara ringkasnya, sejumlah biji epal telah diinkubasikan di dalam peti sejuk bagi memecahkan tempoh dorman biji epal. Selepas beberapa ketika (seawal seminggu), biji2 benih mula bercambah. Seterusnya biji benih dipindahkan ke dalam bekas mini berisi tanah hitam. Penyiraman dilakukan setiap hari dengan kadar 2 sudu kecil untuk dua sesi sehari.


Bab 4: Keputusan
Biji benih bercambah dan membesar dengan sehat.
anak pokok Red Delicious, dicambahkan daripada biji buah epal belian di TESCO

Bab 5: Perbincangan
Anak pokok epal Red delicious membesar dengan sihat setelah seminggu dipindahkan ke bekas semaian. Berkat penjagaan dan kasih sayang yang dicurahkan oleh Piyot dan Wings Angel, anak pokok tidak mengalami sebarang serangan penyakit untuk waktu dan ketika ini.


Bab 6: Kesimpulan
Kisah cinta "Kerana manisnya epal" telah berjaya diterjemahkan kepada realiti. Untuk masa hadapan, diharapkan lebih banyak impian2 yang dapat direalitikan... Amiiiiiinnnnn....



*Penghargaan buat Wings angel kerana sudi berbagi kasih dengan anak pokok Red Delicious ni. Hubby sayang honey! Juga buat pasaraya tesco kerana selalu membekalkan Epal Red Delicious Washington berkualiti untuk Piyot.





"Love doesn't grow on trees like apples in Eden - it's something you have to make. And you must use your imagination too."
-Joyce Cary; novelist and artist-

13 comments:

  1. WA: selamat ulangbulan hubby...love u a lot..

    Uncle buchanan..itew nk epal

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum... WA ni sape yer? adik beradik WAWA ker? hehe... x da la, i dah lama perasan, u ni peminat setia i kan? u slalu komen2 kt entri i... hak hak hak...


      love u syg... slmt ulang bulan...
      (ɔˆ ³(ˆ⌣ˆc)

      Delete
    2. WA : Itew selalu follow blog awak..itew peratikan je awak..awak macho lah.itew suka...

      Tetiber..hehe..

      Love u hubby..love u a lot

      Delete
    3. sape anon ni?? tetiber..hihi

      Delete
    4. tu die.... gedik melanton2... sape ajo jd gedik2 ni?? tsk...

      Delete
  2. wah kreatif habaq hang...ala-ala thesis gitu...

    ReplyDelete
  3. wah, bahasa dia,,,wat aku brayag jaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. brayaq??? sluurrrppp.. ฅ(♡ơ ₃ơ)ฅ

      Delete
  4. oh..citer pasal semai pokok epal rupanye. banyak tu anak pokok yg hidup. mesti kenyang pasni makan epal2 tu. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hak hak hak.. ntah boleh beso ke x ni...

      Delete
  5. WA: selamat ulangbulan hubby...love u a lot..

    Uncle buchanan..itew nk epal

    ReplyDelete