Thursday 31 October 2013

What the hell is it?

Assalamualaikum


Hari tu kan aku maen teka teki ngan En.Bobot. Dulu time orientasi form 1, senior bagi teka teki macam2 kat kitorang. Holy crap, dengar macam lucah semacam jer... dah la sekolah agama... Minggu pertama dah dirosakkan pemikirannya... Haha...


Ni antara teka teki yang aku ingat. Tambah lagi dengan yang aku tao sepanjang aku "membesar" ni... Hehe... Sekadar santai, maklumlah... lab aku dah packing2... tak leh nak wat keje... Kita start dengan riddle yang agak biasa dulu...
"selak kain nampak bulu, selak bulu nampak batang"

Sekarang, kita tengok plak riddle2 yang laen. hehe... Ada yang agak str8 forward. Ada yang agak mencabar jiwa dan minda. Stim syalll..... Haha...

"ku kangkangkan kakimu, ku letakkan di atas batangku, barulah lega 2 biji"

"peha bertemu peha, masuk batang kluo air"

"bibir bertemu bibir, tangan asyik meraba lubang, mata ejam menikmatinya

"kangkang peluk, kangkang peluk, gentel2 biji"

"jilat2.. bila dah basah masukkan perlahan2"

"ibu tergantung, anak jolok punggung"

"bulu bertemu bulu, semakin rapat semakin sedap"

"digosok2 , menjadi tegang"

 "bila masuk tegang, bila kluo jadi terkulai"

"isap2 kluo benda putih"

"kepala botak, bebulu dibawah"

"tengah terbelah, tepi berbulu"

"ada lubang, ada batang, kalau diusik2 nanti kluo airnya"

"tutop pintu, tutop lampu, selak kain, main"

"di atas bulu, di bawah bulu, tengah2 ada biji"


Cukop la setakat tu, kang inzal plak korang kat depan lappy tu... haha... Esok hari jumaat, selamat beramal. Jangan nak ponteng solat jumaat. Lalala~ ha, disebabkan esok hari jumaat, aku nak bagi teka teki baek untuk korang...

satu tiada dua?

dua tiada tiga?

tiga tiada empat?

empat tiada lima?

lima tiada enam?

enam tada tujuh?

tujuh tiada lapan?

lapan tiada sembilan?

sembilan tiada sepuluh?

sepuluh dan terus bertambah...?


Malam ni malam jumaat, malam sunat nak bersama suami or isteri. Bukan malam sunat laki dengan laki or pempuan dengan pempuan. Renung2kan, dan selamat beramal. Hehe...





Thursday 24 October 2013

Philanthropy: Never leave me behind...

Assalamualaikum
Kelmarin "CINTA" menyapaku.... Saat aku kosong, tidak berharap pada apa2.. dia memaut kemas bahuku. Sapanya hangat, membuatkanku tenang. Aku bahagia. Aku diberikan harapan. Buat sekian kalinya, bahagia itu kurasakan milikku... Terima kasih kerana datang padaku... Terima kasih sayang...


Tapi semalam "CINTA" mula menjauhkan diri daripadaku... Aku bertanya pada diriku, adakah aku terlalu kasar padanya? Adakah tingkah lakuku terlalu kejam baginya? Aku diasak dengan teka teki tanpa pembayang, ahhhh...aku buntu. Semakin lama, semakin dia menjauh... Jangan tinggalkan aku! Aku memerlukanmu...! Teriakku hilang ditenggelami bingit monologku.


Hari ini, "CINTA" lenyap daripada pandanganku. Tak kulihatnya walau ke mana saja aku berpaling. Aku menangis. Aku bersedih. Aku bersedih tanpa menyangka, dia tetap berada disisiku... Dan ketahuilah bahawa apabila CINTA disisimu, pandanganmu dibutakan... Jangan memandang pada tersurat, cubalah untuk merasakan apa yang tersirat. Bukankah CINTA itu sentiasa di sisimu selama ini? Ya... dia sentiasa bersamaku, sehingga saat ini... Andaipun buta, ku tetap merasakannya... dan pabila CINTA pergi daripadamu, barulah dikau boleh melihat semula...


"Sometimes the heart sees what is invisible to the eye"
H. Jackson Brown, Jr.; American author

Tuesday 22 October 2013

Bila si teruna memasak Part 13

Assalamualaikum
Hai, ape kabo orang kampung?? Haha... busy yopppp... xdan nak update bagai. Ni pon baru ada masa luang skit, sebelom sambung menaip baek. Aku just update pic yang ada dalam simpanan aku jer. Nasib baek ada lg saki baki pic yang boleh aku update.


Hari ni nak cerita pasal sarapan. Apa yang kita makan untuk sarapan pagi ni? Hari2 yang lepas? Bagi aku, aku prefer makan makanan berat macam nasi2 ni. Maybe sebab aku dah biasa masa dok kat kelantan dulu. Asal kluo p sarapan jer, cari nasi dulu.. x kesah la nasi putih ker, nasi kerabu ker, nasi goreng ker, nasi lemak ker... Asalkan nasi ler... Tapi kalo dah takde nasi, tibai jer la ape pon... Hehe....


pancake segera... panggil lempeng cowboy pon boleeee~

Yang ni namanyer pancake a.k.a. lempeng la kalo orang2 kampong den panggil. Den boli yang sogoro yo, bancuh ngan susu, letak telo sebiji, pastu, ekau curahkan kek kuali. Siap! Rasa die macam apam balik. Tapi sedap sikit ler daripada apam balik tu. Hehe... dua senduk tepung tu dapat la dalam 5 keping. Cukop ler tu, nak banyak2 wat per? Kembung perut aku kang, kan ada soda dalam tu... Huhu...


popia otak2... sedap bro, rugi tak try...

Ha..yang ni special tapi x special sangat la... Haaa... macam tu la keadaannya. Popia otak2. Otak2 tu aku aku wat sendiri, resepi google jer.... campur2 pastu blender bagi hancur. Perasakan ngan garam dan gula sikit. Pastu ekau balot la ngan kulit popia tu. Gamkan guno telo. Goreng sampai kekuningan,dan siap sedia untuk dimentekedarahkan.... Haha...

kuih cara yang tak berapa nak cara.. tapi lauknya still ada...

Next menu, kuih cara berlauk. Aku guna jer barang2 yang ada kat dalam freeer tu. Ada daging burger, aku amik wat inti dia. Campur ngan daun sup masa buat nasi ayam semalamnya... pastu campo cili merah sikit. Masak sampai tepi die garing... garing means keperang2an...bukan kehitam2an... Den xdo acuan kuih caro... den guno yo acuan muffin. Ok la tu....

Bihun goreng. Ok tu jer, bye. hehe....

Last sekali, den masak bihun goreng. Simple jo....ekau humbankan sumo bahan2 dalam kuali, kacau2... pastu siapppp! Den lotak ayam, daun sup, sayo campo...bawang ngan ikan bilis pula sebagai rencah. Pastu tabo la hirisan telo gulong ngan daun sup..ngan lada merah skit. Tak susah pon... sodap pon sodap...!

Akhir kato, maaf la, lamo den tak update. Ado maso laie, den update la yang mano perlu. Ingat, jangan lupa bersarapan. Perot ekau, bukan perot den yang lapo....... tembolok den, bukan tembolok ekau yang penoh...


“Cooking is at once child's play and adult joy. And cooking done with care is an act of love.” 
 
Craig Claiborne; restaurant critic, food writer and former food editor of the New York Times.

Tuesday 1 October 2013

Expect the unexpected...

Assalamualaikum
Aritu aku ada try buat ice cream daripada susu sejat. Just blend ngan ovalette. Nak manis letak ler susu pekat sikit. Kalo nk sedap plak, letak la perisa skit. Simple... akhirnya tercapai juga hasrat nak makan ice cream setanding Wall's dan Nestle (bio ler aku nak berangan pon... hehe...). Ni ice cream neopolitan. Pink tu perasa strawberry dengan isi cranberry kering. Putih plak perisa vanila. Manakala coklat tu perisa cappuccino dengan campuran coklat hershey.


Sedap dimakan bersama sirap coklat Hershey dan kacang gajus. Nyum2... Ni pic aku snap waktu awal pagi. Punya ler excited sebab ice cream tu membeku dengan jayanya... Tak sangka... hehe... aku pon bedal la awal2 pagi tu. En.Bobot dah bising.. pot pet..pot..pettt.... Haha~


Sebut pasal Hershey ni, tadi baru jer dapat bungkusan daripada En.Bobot. Tak sangka betol dapat coklat, walaupon dah jangka En.Bobot ni ade jer rancangan dia. Alhamdulillah, En.Bobot bagi satu peket coklat Hershey's Kisses special dark. Dia ni alert betol ngan ape aku cakap, lagi2 bila aku kata suka makan dark chocolate. Hurm... pasni taknak bagitao dia ape2 lagi la... Pasni, entah ape plak die beli... Hehehe... yang best tu, ada anak patong... kenit jer... Tapi ni bukan En.Bobot, En.Bobot saya tu botak. Ni patong minion yang auntie tu meroyan kat McD. Lalala~


Huarrggghhhhh!!! Makang budokkk!!!

En.Bobot ada bagi komik gak kat aku. Hehe... Ni yang ke-3 seadanya dalam simpanan aku. Agak2 pasni kena beli rak buku la nak susun komik2 En.Bobot bagi... Hehe...


"People always say expect the unexpected, but if you expect the unexpected isn't it expected?" 

- Theory Ray -