Thursday, 24 October 2013

Philanthropy: Never leave me behind...

Assalamualaikum
Kelmarin "CINTA" menyapaku.... Saat aku kosong, tidak berharap pada apa2.. dia memaut kemas bahuku. Sapanya hangat, membuatkanku tenang. Aku bahagia. Aku diberikan harapan. Buat sekian kalinya, bahagia itu kurasakan milikku... Terima kasih kerana datang padaku... Terima kasih sayang...


Tapi semalam "CINTA" mula menjauhkan diri daripadaku... Aku bertanya pada diriku, adakah aku terlalu kasar padanya? Adakah tingkah lakuku terlalu kejam baginya? Aku diasak dengan teka teki tanpa pembayang, ahhhh...aku buntu. Semakin lama, semakin dia menjauh... Jangan tinggalkan aku! Aku memerlukanmu...! Teriakku hilang ditenggelami bingit monologku.


Hari ini, "CINTA" lenyap daripada pandanganku. Tak kulihatnya walau ke mana saja aku berpaling. Aku menangis. Aku bersedih. Aku bersedih tanpa menyangka, dia tetap berada disisiku... Dan ketahuilah bahawa apabila CINTA disisimu, pandanganmu dibutakan... Jangan memandang pada tersurat, cubalah untuk merasakan apa yang tersirat. Bukankah CINTA itu sentiasa di sisimu selama ini? Ya... dia sentiasa bersamaku, sehingga saat ini... Andaipun buta, ku tetap merasakannya... dan pabila CINTA pergi daripadamu, barulah dikau boleh melihat semula...


"Sometimes the heart sees what is invisible to the eye"
H. Jackson Brown, Jr.; American author

7 comments:

  1. menerima cinta baru bagaikan mengoyak sekeping kertas,
    tapi melupakan cinta lama bagaikan cuba mencantum cebisan kertas
    utk menjadi sekeping kertas.

    hargai cinta yg ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oit... jgn koyak2 kertas... boleh reuse balik tu... hehe....

      Delete
  2. ehem.. cinta tak kan pergi jauh dari orang yang dikasihinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. untungnya cinta koo be2, cinta ku x pergi jauh, tapi aku makin jauh darinya. TAKDIR DAN WAKTU memang itu utk aku.. aku sedih sangat bila dengar lagu tuhh.

      Delete