Wednesday 27 March 2013

Gay Gene

Assalamualaikum.

Noli Me Tangere- Jangan sentuh daku

Last time aku ada borak2 dengan member pasal isu GAY/PLU ni. Dia kata ada terbaca dekat blog mana tah yang mengatakan bahawa GAY disebabkan oleh masalah genetik, so bukan pilihan mereka. Is it true? Hehe...

First of all, aku nak bagitao yang aku budak sains, dan aku bercakap berdasarkan fakta. Bukan berdasarkan artikel2 blog yang tiada citation untuk pembuktian. Since study aku at molecular part, mudah bagi aku untuk menerangkan kes faktor genetik ni.

Kita mulakan dengan fakta mengenai fenotipik (fizikal) GAY. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan GAY adalah left-handed dan pusaran rambutnya arah lawan jam. So aku pon snap la pic rambut aku yang tak berapa nak ada ni...


Walaupon aku left-handed, tapi pusaran rambut aku arah jam. Fuhhh.... tiba2 rasa lega... Hehe...

Seterusnya, analisis pedigree kekeluargaan menunjukkan bahawa kebanyakan GAY mempunyai adik beradik lelaki yang ramai. Kajian juga menunjukkan bahawa warisan adalah daripada sebelah ibu. So, walaupun seorang GAY tidak mempunyai anak kandung, warisan "kegayan" itu akan tetap diwarisi menerusi waris belah ibu (adik beradik perempuan).


Ok, sekarang kita bincangkan pula tajuk ini daripada sudut faktor GENETIK. Perlu diingatkan, fenotipik (kefizikalan) dipengaruhi oleh KOMBINASI GENETIK dan faktor PERSEKITARAN. Faktor PERSEKITARAN melibatkan pengalaman masa lepas, life style, public exposure, trauma, sociology, psychology, dan lain2 lagi... Kajian di New Zealand yang melibatkan 13 000 respondan telah mendedahkan bahawa GAY adalah dipengaruhi oleh masa silam/zaman kecil individu itu.

Untuk membuktikan bahawa GAY adalah disebabkan oleh faktor genetik, kajian "Twin study" telah dijalankan. Disebabkan kembar berkongsi maklumat genetik yang hampir sama, golongan ini menjadi sasaran pensampelan yang baik untuk mengkaji isu ini. Keputusannya pelbagai. Walaupun ada penyelidik yang berjaya membuktikan adanya kaitan genetik dengan "kegayan" menerusi method ini, kebolehpercayaannya dipertikai menerusi kaedah pensampelan yang bersifat bias. Penyelidik lain GAGAL menunjukkan sebarang hubungkait antara GAY dengan faktor genetik menerusi kaedah ini.

Dalam sains, langkah pengesahsahihan (validation part) penting bagi mengesahkan sesuatu hasil keputusan eksperiment. Kaedah microarray (validation method) telah GAGAL mengesan sebarang gen yang bertanggungjawab terhadap orientasi seksual ini.

Tuntasnya, tiada bukti jelas dan sahih yang menunjukkan bahawa GAY adalah disebabkan/ dipengaruhi oleh faktor genetik. Hakikatnya, semuanya bermula apabila Dean Hammer melaporkan di Science Journal bahawa wujudnya perkaitan antara GAY dan GENETIK. Selanjutnya isu ini diperbesarkan oleh media.

*There is no evidence that shows that homosexuality is simply "genetic." And none of the research claims there is. Only the press and certain researchers do, when speaking in sound bites to the public.-Steven Goldberg-

Ps: aku tak letak citation untuk article ni melainkan nama Dean Hammer tu. Kalau nak baca journal dia tu, silakan...ada article dia kat Science Magazine juga berhubung isu ini. Lain2 faktor yang aku tak sebutkan adalah kawalan hormon. Boleh baca sendiri.

Sunday 24 March 2013

Hershey's kisses

Assalamualaikum



Semalam lepas balik daripada Alamanda Putrajaya, aku ade la tepon En.BF. Nak pujuk dia sebab tak dapat nak fokus reply whatsapp dia. Tengah sembang2 tu, terkeluar pulak isu coklat. Masa aku merayap kat pasar raya tu, ada nampak coklat macam2...ala2 hari Easter. Almaklumlah, orang celebrate hari Easter kan dalam bulan Mac/April ni, so banyak la coklat ala2 Easter ni.

Ihsan Google, tiada kaitan langsung ngan Yahoo...hehe

Aku ni suka makan coklat. Kalau kat office tu, atas meja aku tu penuh coklat. Aku paling suka coklat Hershey's kisses. Kat Malaysia ni tak banyak variasi coklat kisses...ada la dalam 3-4 jenis yang aku pernah jumpa kat pasar raya.
 

"Mal, abang dah makan Ice Cream Goreng mal tu."
"Malam ni abang bagi coklat pulak...yer?"

"Hershey's please..."
"Hihi..."
"Muahhh....!"
Ni Ihsan Google juga, tiada kaitan langsung ngan Yahoo...hehe


En.BF dah request coklat Hershey's la pulak. Macam mana ni? Pening2... Huhui...

Friday 22 March 2013

Cinta Hati Ku- entri couple Menanti waktu itu!

Assalamualaikum

Semalam ada request En.BF untuk posting pic kat atas ni. Tapi si comel tu request plak posting sama2. Ikotkan jer la... Ni entri couple- Menanti Waktu Itu.


"Abang nak bagi kartun kat mal."
"Abang tak posting lagi...abang bagi kat mal dulu."
"Muahhhh..."


"Alolo...tomeynyer. Heart tu adik simpan elok2."
"Betul2 sebelah hati adik."


"Hehe..."
"Simpan tao. Kecik jerk... Jangan bagi ilang!"


"Takkan hilang. Adik akan pinned kat hati adik."


"Abang harap mal boleh posting pic tu kat blog mal."


"Kita posting sama2 nak?"
"Hehe..."


"Please....please..."
"Huhui..."


"Alololo...tomey bf saya merayu."
"Hihi..."


"Blueeeerkkkkkk!"


Thursday 21 March 2013

Bila si teruna memasak Part 6

Assalamualaikum

Hujung minggu, kalau ada masa dan mood aku masaklah... Tak kesahlah aper jer yang ada kat dalam peti ais tu. Maen sebat jerk...hehe...

Ni namanya sup...sup ayam dengan cendawan. Adik aku demam, so masak la sup untuk dia. Kesian kat dia. Tapi sila jauh2 dengan aku yer...nanti berjangkit plak. Huhui...

Hehe...comel tak kueh jemput2 a.k.a cekodok yang aku buat ni? Bulat2 jer... Ni namanya jemput2 kentang. Kentang tu aku potong dadu macam nak masak inti karipap. Pastu campur ngan tepung, garam, ibu roti, gula, serbuk kunyit, baking powder, bread improver dan air. Biar dalam 10-15 minit, pastu boleh digoreng. Since kentang tu aku dah goreng siap2, tak payah lah nak goreng lama2 coz nanti hangit plak. Sedap woooo~

Yang last ni plak, rendang ayam. Mula2 ingat nak masak rendang jerk, tapi pastu En.BF request plak nak pulut kuning. Layankan sajer kehendak En.BF tu. Hehe... Mal, jangan makan banyak2...nanti angin... Dah la makan rendang, kentot bau rendang ler jawabnyer... Perghhhhhh....masyukkkk... pengsan~






Wednesday 20 March 2013

I believe....i believe....

Assalamualaikum

I believe..i believe...i believe in you... Dia yang selalu memberikan galakan dan sokongan kepada aku... Dia yang selalu menghargai apa yang aku lakukan... Dia yang percaya dengan apa yang aku putuskan...

Esok dia ada interview...dan tiada apa yang mampu kulakukan melainkan memberi semangat kepadanya. Kufikir tibalah giliranku pula untuk menyokongnya. Buat yang terbaik mal! Abang percaya pada kemampuan mal..!

Follow your dreams
Be yourself, an angel of kindness
There's nothing that you cannot do
I believe, I believe, I believe in you...



Si tu crois, si tu crois, si tu crois... En toi...


Komuter oh komuter!

Assalamualaikum

Dulu aku selalu la naek komuter kat BTS tu. Biasa ler, nak balik kampung... Kalau naek kat situ jer, mesti penuh...kena berdiri...dah la sume busuk2 (aku wangi ok..). Pastu kat stesen serdang baru clear sikit. Tapi tak apa la, En.BF selalu teman whatsapp aku masa dalam tren...Hehe.

Nak dijadikan cerita, dulu kaunter tiket komuter kat BTS tu punyer la lembab. Orang beratur panjang kot nak beli tiket....berekor2........macam ular dah aku tengok. So bila ada kesempatan tu, aku pon beli la kad touch n go. Konon2 nak cepat la...

Bila sampai stesen yang aku tuju tu, aku pon touch kan la kad aku tu. Aaaaeeehhhhhh???? Aku salah tengok ker ni? Dia charge RM22. Perghhhhhhh.....bak kata En.Bf, makan duit harammm! Huhuhui... Aku rasa macam silap mata aku kot... aku pon tak amik kesah sangat...sebab dalam tu ada seratus lebih...

Pastu, sekali lagi, aku balik kampung, benda tu jadi lagi. Kali ni aku memang dok perhati betol2... Memang ler! Die charge RM22. Syallll la..! Aku tao ler duit aku banyak dalam tu, tapi tak payah la nak makan duit aku... Aku pon tak puas ati. Aku cari info pasal problem kad touch n go ni. Rupanya, ada lagi orang yang senasib ngan aku. Alasannya, tertouch 2 kali. Tapi aku takde plak tertouch 2 kali. Kalo boleh taknak touch langsung...haha.

Aku pon plan nak pergi counter kad touch n go tu. Tapi since die buka waktu office hour, susah la aku nak p sana. Satu hari di hujung minggu, aku naek la komuter dari Salak selatan ke Mid Valley. Ada 2 stesen jer, stesen Seputih ngan Mid Valley. Walaweiiiiii, bila aku touch jer, terjegil biji mata aku, die tolak RM17. Memang tak boleh sabar ni. Aku google macam mana nak contact customer service touch n go ni. Then aku call, bagi no reference kad.

Bila aku suruh dia check, dia kata ada 7 transaksi over used. Aku pon tak faham apa maksud dia over used tu. Tapi nilai tu semua RM22 dan RM17. Dia tanya, stesen sama ker? Aku cakap la, yang RM22 tu destinasi aku balik kampung. Yang RM17 tu aku tak pasti dia "paw" aku kat mana. Dia kata memang masalah sistem. So aku tanya ler, abis tu kad ni macam mana? Nak guna macam biasa ker? Orang tu pon cakap, kad takde masalah. Boleh guna macam biasa. Nanti diorang uruskan pasal claim tu. Fuhhh...lega..

Then seminggu lepas tu, aku pon guna balik kad tu. Naek komuter pergi UKM. RM 2+. So, rasa lega la sebab dia dah ok. Tapi bila aku balik ke BTS jer, bila touch jer dia charge aku RM17 balik. Perghhhhhh! Nak kena ni. Terus jer aku call customer service. Dia kata dia akan update complain aku yang lepas tu. Die kata memang banyak aduan bila guna kat komuter. Bila guna kat LRT ngan monorel ok jer. Tu la pasal... Diorang suruh bagi masa sebulan untuk proses pembayaran balik duit yang diorang "terambil" tu. Huhui... Ingatkan makin senang, rupanya makin susah bila guna kad touch n go ni.

Korang macam mana? Pernah perasan tak, ada toyol amik kredit dlm kad touch n go tu... Hehe...

Tuesday 19 March 2013

HJ Story love

Assalamualaikum


Dulu masa kat FB, ramai member tanya, mana dapat kartun2 doodle ni. So, bila aku posting pic doodle, aku letak sekali url untuk bagi kredit kepada pelukisnya. Memang la pic asal pasal pelukis tu dengan wife dia, tapi aku edit guna adobe photoshop.

Spreading Love and Happiness and smiles!
Ni la tema kartun doodle HJ Story love. So, aku nak share kegembiraan aku dengan member2 yang lain. Since aku ni jenis yang susah nak senyum, aku harap apa yang aku buat dapat wat orang tersenyum la...dan honestly...aku pon gelak2 bila baca posting doodle aku ni.

Aku ni selalu sebuk dengan kerja kat office. So memang tak ada masa nak melukis kartun bagai. Kalau setakat warna2 guna adobe tu boleh la. Edit kartun doodle ni je la yang paling mudah. Lagipun, jalan cerita yang nak disampaikan tu 'kena' dengan jalan cerita aku.

Sebarkan cinta, kegembiraan dan senyuman kerana dunia tersenyum bila kita tersenyum.

Monday 18 March 2013

Kek TeraMissU

Assalamualaikum


"Adik...adik...abang tak kuat."
"Kalau abang makin jauh, adik bawa abang pulang ye?"
"Kita balik sama2..."


"Abang...abang makin jauh?"
"Hurmmmmm...."
"Adik tak mahu abang makin jauh."
"Kita sama2 jaga diri yer abang?"
"So far abang tak jumpa siapa2 kan?"


"Tak..."


"So, Insya-Allah, abang tak akan jauh..."
"Anything, please share with dengan adik ok?"
"Nanti adik belanja kek."
"Hehe..."


"Kenapa kek?"
"Besday siapa?"


"Tak semestinya besday kan?"
"Sajer nak belanja abang kek TeraMissU..."
"Haha...!"


"Aeeehhhhh...?"


"Hehe...miss u!"


"Miss u too...!"


Dia tahu buat aku happy bila aku sedih... Mal, terima kasih sekali lagi. Entah kali keberapa aku lafazkan ayat itu padanya. Namun, seolah2 tak mencukupi untuk menampung segala apa yang telah dia berikan padaku. Terima kasih sayang... Terima kasih atas segalanya..!

You took my heart away

Assalamualaikum


14 Januari lepas.... aku izinkan dirinya menjaga hatiku. Aku beri cinta yang selama ini aku pendam kepadanya. 14 Mac lepas genap 2 bulan aku dan dia bersama. Semalam, sekali lagi En.BF menguji aku tentang tarikh2 penting sepanjang perkenalan kami. Maaf sayang, abang tak ingat semua tu. Abang tak macam mal... abang tak mampu nak ingat semua tu. Apa yang abang ingat, hanyalah 14 Januari tu... Yer sayang, 14 Januari tu...

Staring at the moon so blue
Turning all my thoughts to you
I was without hopes or dreams
I tried to dull an inner scream but you
Saw me through

Walking on a path of air
See your faces everywhere
As you melt this heart of stone
You take my hand to guide me home and now
I'm in love

YOU TOOK MY HEART AWAY
When my whole world was gray
You gave me everything
And a little bit more
And when it's cold at night
And you sleep by my side
You become the meaning of my life

Living in a world so cold
You are there to warm my soul
You came to mend a broken heart
You gave my life a brand new start and now
I'm in love

Holding your hand
I won't fear tomorrow
Here where we stand
We'll never be alone
 

You become the meaning of my life
You become the meaning
You become the meaning of, my life


Terima kasih sayang kerana memberikan peluang kepada abang untuk merasai kasih sayangmu. Dalam dunia sisi gelap ini, abang meraba2 mencari arah tujuan. Andai abang semakin jauh, mal pimpinlah abang kembali ke jalan pulang. Kita pulang sama2 ye sayang? 

Sunday 17 March 2013

Menghitung hari

Assalamualaikum



Menghitung hari
Detik demi detik
Masa kunanti apakan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari



Tadi ada msg En.BF kat whatsapp. Die nak pergi interview. Semoga berjaya sayang. Jangan gopoh2. Steady...cool...

"Adik pergi bank in deposit homestay Putrajaya."
"Minggu depan adik nak tidur sana."
"Lepas tu adik plan nk pergi tempat belajar abang."
"Please...please...please...?"


"Aipppp!"
"Tak boleh!"


"Arghhhhh....kejammm!"
"Adik nak cakap kat penemuduga tu, lepas habis interview ni saya nak pergi rumah BF saya. "

"Nak masakkan untuk dia. Lepas masak, saya datang ke sini balik ye?"
"Lalala~"


"Hehe... "
"Adik...thanx!"
"Thanx sayang. Mal selalu ada untuk abang..."

Aku pun termenung sejenak, minggu depan yer? Dah nak dekat ni...Huhu... Menghitung hari....

Antara aku, dia, iphone5 dan S3

Assalamualaikum



Beberapa hari lepas ada sembang2 dengan En.BF. Tiba2 terkeluar plak isu perjanjian yang telah dimeterai. Pandai En.BF ni main politik. Dan2 jer En.BF minta tukar iphone5 kepada S3. Lebih murah katanya..bla..bla... Malas nak layan. Jawapannya tak boleh! Muktamad. Tiada tawar menawar lagi..


Maaf sayang, please try later. Try banyak kali pun jawapan tetap sama. Melainkan mal lafazkan dulu ayat tu dengan intonasi yang telah abang ajarkan. Barulah permintaan untuk penukaran akan 'dipertimbangkan'... Lalala~

"Hubby..hubby....bb...bb...nak S3..!"

Friday 15 March 2013

Let me touch your lips

Assalamualaikum

"Abang...abang tahu tak bibir abang comel?"
"Adik nak sentuh bibir abang."


"Mana ada sayang..."


"Abang tengok kat cermin sekarang."
"Tengok bibir abang."
"Kalau adik kiss bibir tu, mesti best!"
"Muahhh....love u...!"


"Tak ada apa2 pon..."
"Huhu..."


Dia bukan yang pertama cakap macam tu. Benda tu buat aku rasa segan... Arghhhhh.... Dulu room8 aku pon cakap benda sama. Dia kata die geram tengok bibir aku. Awek pun pernah cakap, bibir aku seksi. Seksi tang mana tak tau. Huhu... Pendapat tu subjektif. Bagi aku, bila aku tengok kat cermin...tiada apa2 yang comel, seksi or what ever la..... Yang ada hanya wajah kusut seorang lelaki. Wajah seorang lelaki yang mencintai seorang lelaki.


Unspeakable Love Part 2

Assalamualaikum

Stress! Huhu..tu jer yang mampu aku lafazkan. I want it so bad... i need to win...no matter how... nak hadiah tu... Huhu. Sepanjang aku start buat cover novel ni, berbelas design dah aku buat tapi kebanyakkannya tak lepas QC diri sendiri, apetah lagi QC member2...

Banyak yang terpaksa aku tinggalkan, banyak lagi yang terpaksa aku delete. Nak keluarkan idea sendiri tu susah, nak merealisasikannya lagi susah, dah menggabungkan semua yang ada tu lagi payah....

Terpaksa la hold mana yang tak menepati kriteria. So, sementara tu aku hantarlah penyertaan kelima. Emo theme, sebab aku tengah emo skrg ni. Stress... Huhu..



Monday 11 March 2013

Bila si teruna memasak Part 5

Assalamualaikum

Aku ni rajin masak bila ada mood jer. Tapi selalunya, nak masak maggie pon malas. Alasannya malas nak basuh balik kuali periuk belanga tu. Haha...

Semalam ada ayam, tapi tak tao nak masak apa. Pastu En.BF request nak ayam bakar. Pastu request plak letak kat blog plak. Adooooiii aiiii......... sayang...sayang... Semalam abang letih sangat, so takdan nak update letak dalam blog.

Ni la rupa ayam bakar yang telah direquest oleh En.BF. Ala, black paper jer kot.. takda bahan istimewa lain selain rempah ratus biasa. Nak bakar takda la lama sangat sebab guna pemanggang yang agak kedap.. so, peredaran haba adalah sempurna.
Siap dimasak dan ready untuk sesi bergambar. Haha... bergambar la sangat. Bergambar bersama lauk pauk yang lain. Ya, mestilah ada lauk pauk lain. Mau tercekik tekak aku nak makan ayam bakar ngan nasi jer, takda kuah2 bagai.

Siap!!! Sambal sotong, taugeh masak lemak dan ayam bakar. Kenyang ler... Untung ler... makin buntal ler aku nanti... Hehe... Harap En.BF berpuas ati ngan apa yang aku masak. Makan kenyang2 yer sayang. Aippp!!! Jangan gelojoh sangat.... Lalala~


Wednesday 6 March 2013

Unspeakable Love Part 1

Assalamualaikum


Lama dah tinggal adobe photoshop ni. Bila baca blog A Plu in Australia tu, ternampak plak contest wat cover novel. Novel yang agak "lite", so, tak perlu kepada imej yang terlampau (at least aku rasa begitu ler..hehe).

Rasa teruja bila tuan tanah kata nak bagi hadiah misteri daripada Aussie kepada pemenang. Haha... So, tanpa berfikir lebih panjang, aku pon google lah contoh cover romance novel, dan cuba cari idea nak gabungkan semua tu.

Akhirnya siap... bukan satu, malah 4 cover novel tu. Aku harap para pembaca novel tu suka ngan apa yang aku usahakan...dan yang lebih utama lagi, memuaskan ati tuan tanah. Kepada Putera mahkota selaku tuan tanah, terima kasih kerana memberikan kesempatan kepada aku untuk menunjukkan bakat "karat" yang tak berapa nak terserlah ni. Hehe...