Thursday 4 July 2013

100th

Assalamualaikum






Akhirnya lengkap 100 entri. Target tercapai untuk melengkapkannya sebelum ramadan. Bulan ramadan ni blog nak diprivatekan. Tak mau nakal2... (walaupon mata masih jeling2 kat En.BF yang begitu seksi tu...). Hehe...


Terima kasih kat kawan2 FB, kat member2 blogger. Banyak yang aku belajar sepanjang "penulisan journal" ni. Aku belajar untuk menilai kembali perasaan yang lahir dalam diri ni. Aku kenal diri aku. Aku belajar cara untuk mengawal diri aku.


Apa yang kita faham, kadang kala tak seperti apa yang ingin disampaikan. Tapi mungkin juga pemahaman kita itu lebih baek daripada apa yang cuba disampaikan. Seperti senyuman...

Ada kalanya senyuman itu sindiran.
Ada kala senyuman itu tanda keperitan.
Ada kalanya senyuman itu ikhlas.
Ada kalanya senyuman itu tanda kegembiraan
Ada kalanya senyuman itu kosong tanpa makna
Ada kalanya senyuman itu plastik, penuh kepura-puraan...


Sepanjang 100 entri ni, semuanya berkisar mengenai kehidupan aku, dan juga kehidupan aku bersama En.BF. Terima kasih Mal, kerana masih lagi sabar menunggu abang. Banyak permintaan dia yang aku tak tunaikan sepanjang perkenalan ini. Maaf yer sayang. Abang tak lupa permintaan2 tu semua. Kalau abang berkesempatan dan punyai kekuatan, akan abang tunaikan permintaan tu. Ingatlah sayang....


"Cinta itu bukan milik kita. Tapi kita masih lagi berhak untuk merasainya..."



Wednesday 3 July 2013

Remind me...

 Assalamualaikum


Diceritakan, adalah suatu ketika tu En.BF macam hangin2 jer. Ceritanya pasal aku ajak berpuasa, tapi tak kejutkan die bangun sahur. Pastu dia bising la, lapo la... letih la... tak makan ape2 la... Cian kat dia. Tapi aku selalunya memang macam tu, bangun minum air, pastu sambung tidoq balik... Terasa tilam dan bantal memanggil2 diriku untuk kembali ke pembaringan.  Padahal hikmah sahur tu untuk bangun malam (bertahajud). Hehehe...


Ha....minggu depan kan dah nak pose, kepada korang yang susah bangun sahur tu sila la amik alternatif untuk mengatasi masalah itu. Mungkin korang boleh makan sebelum tido (pastinya korang akan kegemukkan lepas tu...haha.), tak pon set jam/ alarm banyak2 (alooo..kalo dah tidoq mampus, bom meletop pon tak sedaq), tak pon minta member tolong kejutkan. Bukan apa, sekurang2nya bangun sekadar nak mengambil fadilat bersahur tu...


Sebut  pasal bulan puasa ni, kebanyakkan orang akan melantak sepuas2nya waktu berbuka. Tengok jer la time kat bazar ramadan, kalo boleh satu bazar tu nak beli. Tapi bila time ada yang makan macam seminggu tak mentekedarah. Padahal bape jam jer kot. Siap bayar balik untuk sarapan, lunch, minum petang ngan dinner sekali time berbuka tu. Haha...


Cuma kat sini nak kongsi artikel pasal makanan waktu kita berpuasa. Petua ni lagi simple berbanding petua2 dalam blog laen (eg. suruh makan benda pelik2, ingat malaysia ni senang nak dapat makanan2 tu ker? lagi satu, macam la kat bazar ramadan ada jual menda alah tu bagai...). Diet harian macam biasa, tak banyak berubah pon. Kekalkan pengambilan makanan yang seimbang bagi penjanaan tenaga yang optimum.

  • buah-buahan dan sayuran
  • roti, bijirin dan kentang
  • daging, ikan,dan protein gantian seperti soya (yer...soya, tak jadi lembut pon kalo makan soya)
  • susu dan produk tenusu (keju, protein whey)
  • makanan yang mengandungi lemak dan gula

    Karbohidrat kompleks akan membekalkan tenaga jangka panjang. Ianya lambat tercerna berbanding protein.  Contohnya, roti dan nasi. Serat seperti bijirin sayur-sayuran, dan buah-buahan seperti buah tin dan zaitun juga lambat tercerna (hampir2 tidak tercerna kerana kita tiada enzim selulosa).

     
    Elakkan makanan yang terlalu cepat diproses seperti kek, coklat (OMG, my hershey's kisses!), dan gula2. Malah, elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh, kopi, nescafe dan coca cola kerana kafein adalah diuretik, lalu menyebabkan kehilangan banyak air daripada tubuh melalui air kencing. Nanti xda la korang rasa letih sangat.


    Untuk berbuka pula, ikutilah sunnah Nabi Muhammad S.A.W. yang memulakan dengan kurma. Kurma adalah buah-buahan yang mengandungi gula ringkas seperti glukosa dan fruktosa. Glukosa dan fruktosa mampu membekalkan tenaga segera kepada badan melalui kitar penghasilan ATP yang lebih ringkas. Ingat, jangan melantak sakan, nanti tak larat pulak nak solat terawih. Selamat beramal, moga tahun ni kita berkesempatan bertemu malam al-Qadr.


    Walaupon tak cantik, tetap puas ati dengan lakaran sendiri. Huhui...

    Monday 1 July 2013

    Bad tooth

    Assalamualaikum


    Pagi ni sakit gigi (padahal start daripada minggu lepas). Sampai jer opiz teruih amik surat nak p klinik. Tapi lupa bawa buku kesihatan plak. Nasib baek ingat no pendaftaran pesakit. Sampai jer kat kaunter tu truih tanya cik kak tu pasal klinik gigi.


    "Assalamualaikum, selamat pagi Cik. Saya nak jumpa Dr. gigi."

    "Waalaikumussalam (padahal aku tak dengar pon dia jawab salam). Selamat pagi. En. boleh pergi terus ke bilik hujung. Ada buat appointment ker hari ni?"

    "Takda. Baru nak buat la ni. Hehe..."


    Aku pon terus pi kat bilik hujung tu. Ok, terus tanya staf kat situ. Dia kata jadual penuh minggu ni dan minggu depan. 15 hb baru kosong. Dia tanya, sama ada aku nak amik 15 hb ker atau lepas raya. Ofcoz la 15 hb, aku nak beraya dengan gigi yang tak sakit. Nak kunyah rendang daging banyak2...

    Aritu En.BF sakit gigi. Gigi geraham bongsu dia. Ni aku pulak. Aku tengok kat cermin, die tumbuh menyongsang, ke tepi sikit mengarah ker pipi. Dan tu la penyebab lapisan pipi kat gusi tu luka... Huhui... Tapi takde la sakit mana, boleh lagi makan dan mengunyah macam biasa. Hehe... So, boleh ler makan coklat Hershey's kisses lagi... Lagipon petang ni ada jamuan. Nyum2, makan puas2... Lalala~