Wednesday, 3 July 2013

Remind me...

 Assalamualaikum


Diceritakan, adalah suatu ketika tu En.BF macam hangin2 jer. Ceritanya pasal aku ajak berpuasa, tapi tak kejutkan die bangun sahur. Pastu dia bising la, lapo la... letih la... tak makan ape2 la... Cian kat dia. Tapi aku selalunya memang macam tu, bangun minum air, pastu sambung tidoq balik... Terasa tilam dan bantal memanggil2 diriku untuk kembali ke pembaringan.  Padahal hikmah sahur tu untuk bangun malam (bertahajud). Hehehe...


Ha....minggu depan kan dah nak pose, kepada korang yang susah bangun sahur tu sila la amik alternatif untuk mengatasi masalah itu. Mungkin korang boleh makan sebelum tido (pastinya korang akan kegemukkan lepas tu...haha.), tak pon set jam/ alarm banyak2 (alooo..kalo dah tidoq mampus, bom meletop pon tak sedaq), tak pon minta member tolong kejutkan. Bukan apa, sekurang2nya bangun sekadar nak mengambil fadilat bersahur tu...


Sebut  pasal bulan puasa ni, kebanyakkan orang akan melantak sepuas2nya waktu berbuka. Tengok jer la time kat bazar ramadan, kalo boleh satu bazar tu nak beli. Tapi bila time ada yang makan macam seminggu tak mentekedarah. Padahal bape jam jer kot. Siap bayar balik untuk sarapan, lunch, minum petang ngan dinner sekali time berbuka tu. Haha...


Cuma kat sini nak kongsi artikel pasal makanan waktu kita berpuasa. Petua ni lagi simple berbanding petua2 dalam blog laen (eg. suruh makan benda pelik2, ingat malaysia ni senang nak dapat makanan2 tu ker? lagi satu, macam la kat bazar ramadan ada jual menda alah tu bagai...). Diet harian macam biasa, tak banyak berubah pon. Kekalkan pengambilan makanan yang seimbang bagi penjanaan tenaga yang optimum.

  • buah-buahan dan sayuran
  • roti, bijirin dan kentang
  • daging, ikan,dan protein gantian seperti soya (yer...soya, tak jadi lembut pon kalo makan soya)
  • susu dan produk tenusu (keju, protein whey)
  • makanan yang mengandungi lemak dan gula

    Karbohidrat kompleks akan membekalkan tenaga jangka panjang. Ianya lambat tercerna berbanding protein.  Contohnya, roti dan nasi. Serat seperti bijirin sayur-sayuran, dan buah-buahan seperti buah tin dan zaitun juga lambat tercerna (hampir2 tidak tercerna kerana kita tiada enzim selulosa).

     
    Elakkan makanan yang terlalu cepat diproses seperti kek, coklat (OMG, my hershey's kisses!), dan gula2. Malah, elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh, kopi, nescafe dan coca cola kerana kafein adalah diuretik, lalu menyebabkan kehilangan banyak air daripada tubuh melalui air kencing. Nanti xda la korang rasa letih sangat.


    Untuk berbuka pula, ikutilah sunnah Nabi Muhammad S.A.W. yang memulakan dengan kurma. Kurma adalah buah-buahan yang mengandungi gula ringkas seperti glukosa dan fruktosa. Glukosa dan fruktosa mampu membekalkan tenaga segera kepada badan melalui kitar penghasilan ATP yang lebih ringkas. Ingat, jangan melantak sakan, nanti tak larat pulak nak solat terawih. Selamat beramal, moga tahun ni kita berkesempatan bertemu malam al-Qadr.


    Walaupon tak cantik, tetap puas ati dengan lakaran sendiri. Huhui...

    18 comments:

    1. aiyoyo....aku pon kene puasa jugak tahun ni....hampeh...pengsan aku....

      ReplyDelete
      Replies
      1. hehe... boleh2... sila lah... duit raya minta kat pakcik bambam... haha... lariiiiiii~

        Delete
      2. bf ko melayu ke pat? dye suruh puasa ek?? lalala

        Delete
      3. ehemmm..ehemmmm.. x komen hubby ker?

        Delete
    2. mesti lah hangin.. perut lapooo...huhui..muahhh..

      ReplyDelete
    3. Alhamdulillah...bertemu lagi kita di bulan ramadhan tahun ini..semoga ramadhan kali ini lebih bermakna bagi kita semua..in sha Allah..=)

      (aku pun sangkal sal minum soya leh jd lembut...mengarutt)

      ReplyDelete
      Replies
      1. aloooo... soya yer? tu sbb ang peminat tempe... haha

        Delete
      2. hahaha..ofcozz la..darah jawa mengalir ditubuhku pk..hahah

        Delete
      3. hahaha..pa da yappa...haha

        Delete
    4. Hahahaha...jowastan...mantapp...haha

      ReplyDelete
    5. assalamulaikum kalaulah pi kepasar ramadan tu jangan pula rambang mata .semua nya beli.air pun dua tiga jenis beli he he sat lagi penuh satu meja membazir .enick tong yang kenyang .entong sam pah he he jadi kena kawal nafsu kita .lima hari lagi kita berpuasa sudah ke puasa yang kita tinggalkan diganti ,

      ReplyDelete
      Replies
      1. memang jarang minum air manis... slalu minum air kosong jer... 1-2 botol besaq stp hari... sebab aku jenis cepat berpeluh... so kena ganti air yg hilang tu... alhamdulillah, dah practice pose sunat ngan my hubby sblm ni... mudah2an pose kali ni beri sesuatu kpd kita semua...

        Delete