Assalamualaikum
Kerana aku lelaki, aku nakal sedikit dalam perhubungan. Kerana aku lelaki, punyai sembilan akal dan satu nafsu. Kerana satu nafsu itu, aku kecundang jua akhirnya....
Setelah suami Rabi'ah al-Adawiyah mati, maka Hassan Basri dan
teman-temannya datang ke rumahnya dan dipersilakan mereka masuk.
Kemudian ditutup Rabi'ah tabir dan dia duduk di belakangnya seraya
berkata :"Siapa yang paling pintar antara kalian maka dia adalah suami
saya." Maka mereka menjawab :"Hassan al-Basri".
Rabi'ah :"Bila dapat
menjawab pertanyaanku maka aku adalah milikmu."
Hassan segera berkata :" Tanyalah semoga aku dapat menjawab".
Rabi'ah :"Apabila aku mati dan keluar dari dunia, apakah aku nanti keluar dengan beriman atau tidak?."
Hassan :"Itu masalah ghaib dan tidak seorang pun yang mengetahui kecuali ALLAH."
Rabi'ah :"Bila aku telah terletak di ruang liang kubur dan ditanya
Malaikat Mungkar dan Nangkir apakah aku nanti dapat menjawab atau
tidak?."
Hassan :"Itu juga hal yang ghaib dan tidak ada yang mengetahui kecuali ALLAH."
Rabi'ah :"Apabila orang yang telah dikumpulkan pada hari kiamat
diberikan kepada mereka catatan amal masing-masing, dengan tangan
kananku kah atau tangan kiriku kah aku akan menerima catatan amalanku?."
Hassan :"Itu pun barang ghaib juga."
Lalu Rabi'ah berkata :" Hai Hassan, barang siapa tidak dapat menjawab
empat pertanyaan yang saya ajukan jangan berfikir untuk dapat mengahwini
saya."
Kemudian Rabi'ah berkata untuk terakhir kalinya :"Hai Hassan, dalam beberapa bahagiankah ALLAH mencipta akal?".
"Sepuluh bahagian, sembilan untuk laki-laki dan satu jenis perempuan", jawab Hassan.
Rabi'ah :"Dalam berapa bahagiankah ALLAH mencipta syahwat?".
Hassan :"Sembilan bahagian untuk wanita dan satu bahagian untuk laki-laki."
Rabi'ah :"Hai Hassan, aku dapat menguasai sembilan syahwat dengan satu
bahagian akal, sedang kamu pihak lelaki tidak dapat menguasai satu
bahagian syahwat dengan sembilan akal yang kamu dapat."
Dan keluarlah Hassan dari rumah Rabi'ah dengan tangis dan air mata yang bercucuran.
credit to: http://daridapurnasya.blogspot.com/2011/07/antara-akal-dan-syahwat.html
No comments:
Post a Comment