Thursday, 14 February 2013

Eeeeiiii...air apa ni?

Assalamualaikum

Dikisahkan bahawa terdapat seorang wanita yang telah jatuh hati terhadap seorang lelaki Ansar. Dia mencuba pelbagai cara untuk menggoda lelaki berkenaan, namun usahanya gagal. Dia tidak berputus asa dan terus mencuba. Akhirnya wanita itu mensabitkan lelaki Ansar itu dengan tuduhan merogol. Wanita itu menggunakan sebiji telur yang dibuang bahagian kuning telurnya. Putih telur itu disapukan pada pakaian dan kakinya. Kemudian dengan lagak berpura-pura berada dalam situasi yang tertekan, wanita itu pergi menghadap Umar al-Khattab mengadu yang dia telah dirogol lelaki Ansar itu.
Ihsan Google..tiada kaitan ngan Yahoo sama sekali. haha..

Khalifah Umar tidak tergesa-gesa menerima bulat-bulat aduan wanita berkenaan sebaliknya mengambil pendekatan syura dengan merujuk kes itu kepada beberapa wanita lain. Keputusannya semua wanita yang dirujuk itu bersetuju bahawa kesan pada pakaian dan kaki wanita itu ialah kesan air mani. Apabila pandangan syura itu disampaikan kepada Umar, maka beliau telah bersedia untuk menjatuhkan hukuman terhadap lelaki Ansar tersebut. Bagaimanapun, lelaki Ansar itu tetap berkeras mengatakan yang dia tidak bersalah dan tidak sesekali melakukan kerja terkutuk itu.
Ihsan Google..tiada kaitan ngan Yahoo sama sekali. haha..

Kemudian Khalifah Umar terbuka hati untuk merujuk kes berkenaan kepada Saidina Ali Abi Talib. Ali meneliti kesan yang dikatakan sebagai air mani itu. Selepas membuat penelitian rapi, Saidina Ali mengarahkan dibawa air yang mendidih. Air panas itu kemudian dituangkan ke atas kesan pada pakaian wanita tersebut. Apa yang berlaku selepas itu? Ya, didapati kesan yang dikatakan air mani itu mengeras menjadi pepejal putih. Bukan setakat itu saja dilakukan Saidina Ali dalam usaha menentukan sama ada kesan pada pakaian wanita itu betul-betul air mani sebagaimana didakwa. Saidina Ali telah menghidu dan merasa bahan yang mengeras itu dan mengesahkan yang kesan itu sebenarnya bukan air mani sebaliknya telur putih. Akhirnya, wanita berkenaan telah membuat pengakuan bahawa dia telah berbohong.

Haha.. tamat la tazkirah untuk hari ini. Apa yang baik tu dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Renung2kan...hehe. So, kat sini bagi sikit info kat member2 pasal air2 orang jantan ni. Sebab ada sekali tu member terconfuse mazi boleh bawa p solat. mazi tak perlu mandi wajib, tapi tetap najis. Aku pon ada terbaca kat sokkabo metro, Dr. sakit tuan tu, dia boleh kata tak apa mazi bawa pi solat. Maybe dia pon terconfuse, sebab dia doktor jer bro, bukan ulama..

Air mani
1.Air mani adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu telah mencapai ke tahap memuncak kepuasan nafsunya. Ia berwarna putih. Apabila basah ia pekat dan mempunyi bau. Jika ia kering pula ia berdebu akibat digosok.
Hukumnya wajib mandi bagi orang yang keluar air mani. Air mani ini suci dari segi syarak.

Air wadi.
2. Air wadi – warnanya putih dan cair. Ia sejenis cecair yang keluar dari kemaluan lelaki dan perempuan apabila seseorang itu kepenatan seperti berlari, jogoing dan lain-lain daripada pekerjaan yang menggunakan tenaga.
Hukumnya tidak wajib mandi hanya dikehendaki membasuh anggota yang terkena air wadi tersebut. Air wadi ini najis dan tidak sah dibawa solat.

 Air Mazi
3. Air Mazi – Warnanya jernih dan bertali. Ia merupakan air yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita aoabila seseorang itu berada dalam keghairahan (syahwat). Hukumnya tidak wajib mandi setelah keluar air tersebut, Ia najis dan wajib dibasuh anggota yang terkena air mazi dan tidak boleh dibawa solat.

2 comments: