Wednesday, 6 February 2013

Puisi gelap untukmu sahabat

Assalamualaikum

Ini puisi gelap
yang kukarang untukmu sahabat
tintanya kecewa, penanya duka
warkahnya cebisan memori kita

lena diulit mimpi
hingga kau nafikan realiti
dan aku yang masih di sini
hari demi hari
menanti dan terus menanti
hingga masa seolah berhenti..
membuatkanku berfikir..

Ya Allah,
andai kesenangan melalaikannya..
andai kesusahan yang mampu mengejutkannya
kautimpakanlah seberat2 ujian
biar segunung tingginya,
biar kelangit mendongaknya..
pastikan dia sedar dari leka
dari mimpi yang alpa

Ya Allah,
andai titis embun melenakannya
andai taufan yang mampu menyedarkannya
kautimpakanlah sebesar2 mehnah 
biar melaut datangnya musibah
biar dia tersungkur mengenal payah
pastikan dia tahu erti susah
dari sesuatu yang dia lupa..

bukan mengungkit sebuah janji
bukan menagih kata yang diberi
hanya mengharapkan
satu penjelasan
kepada satu pengkhianatan..



Maafkan aku sahabat kerana menyayangimu. Maafkan aku kerana mengharapkan kasihmu. Mengapa kau berikan harapan, andai aku kautinggalkan. Segala apa yang kita kongsi, sekadar menjadi debu ditiup angin. Aku harap kau bahagia.

No comments:

Post a Comment