Hari khamis malam jumaat ni, kena perbanyakkan cerita
hantu...hahaha.. (ajaran sesat mana la yang kau ikot ni..?) kali ni nak
ceritakan sejarah dorm2 kat asrama aku. Setiap satu ada kisah mistiknya yang
tersendiri. Hehehehe..
Dorm aku terkenal ngan laluan lintasan kanak2 kecil. Nak
dijadikan cerita, depa ni nak p melawat asrama dak pempuan tu.. gatai nooo..
tak padannya budak2.. Tapi kalau nak ikutkan, dorm aku lah yang paling selamat,
berbanding dorm2 lain. Sepanjang aku duduk dorm tu, tak ada plak jumpa budak2 tu. Dengar bunyi ada la... hehe..
Ihsan Google..tiada kaitan ngan Yahoo sama sekali. haha.. |
Dorm pertama terkenal dengan hantu tanpa kepalanya.
Merayap2.. Hehe..takut wooo, andai waktu tengah malam terjaga and then nampak pakcik
tu jalan2 cari kepala dia. Cerita pakcik ni tak terhenti kat sini, dia akan
melintasi dorm aku, pastu masuk kat dorm ketiga. Dorm ketiga ni ada Yaasin 4
penjuru, begitu juga ngan dorm ke empat. Sebab ape? Sebab kedua2 dorm ni agak
keras. Tapi masa berlalu, pagar pun boleh runtuh kan? Benda tu pon masuk balik
la. Kat dorm ketiga ni la depa suka letak kepala dia kat sebelah bantal budak
katil atas. Aiiiyoooo..ammmaaa….appaaaa..takut la….
Ihsan Google..tiada kaitan ngan Yahoo sama sekali. haha.. |
Dorm keempat ni lagi spesel. Setiap tahun, senior yang
siqoh2 akan duduk situ sebab nak jaga dorm tu. Apa ada kat dorm tu? Tu, ada
nenek atas locker. Kira orang da tidur ke belum. Tapi sepanjang pembacaan aku kt
blog2, cerita ni ada kat kebanyakan sekolah berasrama. So, aku pon x kesah
sangat.
Ihsan Google..tiada kaitan ngan Yahoo sama sekali. haha.. |
Ada satu dorm kat atas tu, pernah menyaksikan bagaimana
lukisan Ishak (Sahak blues untuk aku) tu bangun dari dinding, kejut sorang
senior tu. Time tu kitorang orientasi form one, solat kat asrama. Perghhhh....Terjerit2 brother tu, punya la
kecut konek aku. Yer ar, 4-5 orang senior tak terdaya nak tahan dia. Pastu ustaz
aku tu yang tolong redakan. Dia tanya, kenapa tidur time maghrib? Sebenarnya
brother tu tengah demam, tu yang berehat..then
tertido kat dorm. Huhuhu..seram sehh….
Ihsan Google..tiada kaitan ngan Yahoo sama sekali. haha.. |
Ada satu hari tu, tetiba budak2 Lower 6 berlari kat dorm
aku. Diorang tidur kat dorm aku malam tu. Pelik jugak. Pastu, barulah depa
cerita. Dorm diorang ni dorm tinggal. Lama dah tak berpenghuni. So satu hari ni,
ada sorang brother ni tidur lewat. Pastu, benda tu dok maen cuit2 bahu dia. Dia
biar jer la. Tapi malam diorang lari tu sebab ada sorang budak katil bawah tengah
baring2. Bila dia terlentang pandang atas jer, ada pempuan tengah terbaring
mengadap dia kat playwood katil atas tu. Tu la klimaks, semua bertempiaran
lari... Huhuhu...
No comments:
Post a Comment