Assalamualaikum
Hi bro, hari ni aku nak sambung, macam mana rasa suka kat lelaki ni boleh berkembang. Aku ni rajin buat blog walking.. tengok blog2 yang best.. blog jilaka.. blok cisdel, blog dapur tanpa sempadan, blog ben ashaari.. banyak lagi la.
Ada sekali tu aku masuk blog mamat buncit tu, pastu dia ada hentam blog2 nyah. Aku pon saje gatal klik link tu. Aku pon masuk la ke blog2 sisi gelap.. Suci kudus, Imperfect girl..apa tah lagi.. yang x bestnyer, diorang ni slalu kena hentam ngan mamat buncit tu, so entry diorang semua pakai password. Macam2 kerenah, nak kena follow blog dia la, nak kena friend kat FB la. Huhu, aku ni mana ada FB. So, terpaksalah buka account FB. Kat FB la aku kenal sorang mamat ni, aku panggil dia mamat oren. Aku panggil dia Mamat Oren sebab kat DP dia letak pic pakai baju sleeveless oren. Dia la orang yang mula2 tegur aku kat FB.
Macam2 aku tanya kat Mamat Oren ni, dia pon jenis melayan je. Aku pon happy la. Daripada mesej kat FB, beralih kat Whatsapp plak. Huhu.. Aku perasan, aku selalu saja stim bila mesej dia. Aku tak tau kenapa. Dia kata dia tak ada bf. Aku pon teringin nak jadi bf dia. Tapi dia prefer kawan je, sebab dia masih belajar lagi, macam aku juga.
Satu hari tu, dia pos pic separuh bogel kat group. Aku sedih sangat.. sangat2 sedih, sampai aku deactivate FB. Tapi dia buat selamba sahaja, ya la, aku bukan sesapa pon pada dia. Sebab tu, aku amik keputusan, kalau dia boleh buat macam tu, aku pon boleh juga. First time in my life i take a photo of my own nude pic. Apa aku rasa saat tu, aku rasa puas. Aku pon boleh buat macam kau buat. Dan pic tu aku buat DP FB. Huhu, ramai giler orang add aku, hehe.. Nampak sangat, kalo aku letak pic anime, tak ada siapa nak pandang. Bila letak pic seksi, berduyun add..
Makin lama Mamat Oren buat aku makin selesa. Sampai kitorang wat perjanjian. Aku tunggu dia sampai dia habis belajar.. Setahun tempohnya. Rasa macam lawak, tapi tu la perjanjiannya. Andai aku tak dapat dia dalam masa tu, aku undur diri, undur diri dari dunia gelap ni...
No comments:
Post a Comment