kumulakan tintaku dengan Bismillah
lafaz yang x mungkin kulupa sudah
walau kutahu isinya x pernah suci
tercalit noda yang aku gali
hari demi hari..
walaupun kutahu..
jalan kupilih semakin menjauh..
jauh daripada-NYA..
kerana aku tahu
sampai suatu masa..
aku akan pulang..
melangkah kembali kepada-NYA
Assalamualaikum.
Kerana aku tahu.. kerana aku tahu, aku takut kepadanya. Kerana aku tahu, aku cuba menjauhinya. Kerana aku tahu, aku cuba benci kepadanya. Kerana aku tahu, semakin lama aku semakin terjerumus ke lembah ini.. Lembah Gelap- sisi gelap seorang lelaki...
Aku tahu itu salah.. kerana aku tahu... Aku tahu ini benda terlarang.. kerana aku tahu.. Aku tahu kerana aku pernah diberitahu.. Dulu di teratak itu, aku pernah duduk bertemu lutut, mempelajari sesuatu yang perlu aku pelajari.. Aku tak pernah lupa. Hingga kini aku tak pernah lupa...
Kerana aku tahu.. hari itu air mataku mengalir. Bukan kupinta.. Bertanya aku kepada diri ini, inikah yang kau dambakan selama ini? Diriku mengiakan.. Sungguh-sungguh.. Meskipun aku tahu, aku semakin jauh... jauh daripada-NYA... Tanpa kusedari, air mata terus mengalir.. Jika ini yang kau dambakan, mengapa harus kau mengangis wahai diri?
Dia menangis... dia menangis malam tu... tangis tanpa sendu, tapi cukup memilukan hatiku.... Kerana aku tahu, aku cuba bertahan.. Sabarlah imanku, akan kucuba mempertahankanmu... Akan aku cuba.. walaupun aku tahu yang aku tak mampu...
No comments:
Post a Comment