Wednesday, 6 February 2013

Hati seorang abang

Assalamualaikum

Dulu masa kat sekolah, aku jadi ketua dorm. Macam2 perangai budak dorm aku hadap..dengan yang "mantol"nyer... dengan yang "siqoh"nyer... ngan anak orang besarnyer, macam-macam la. Kat dorm aku, aku buat ajk tertinggi. Aku suruh diorang pilih pemimpin diorang. Ada "tok penghulu', ada s/u merangkap MC halaqah Mulk hari2.. ada ajk kebersihan, keceriaan, tugas2 khas...Konon-konon nak bagi gempak.. letak tangan atas bahu, mata pandang atas.."Gempak lah sangat~" haha.. Wei tapi serius, gempak woo.. sampai dapat anugerah dorm terbaik dan ketua dorm terbaik.. hehe..

Kat sini semuanya bermula.. rasa nak ada adik lelaki sebab aku tak ada adik lelaki.  Apa rasanya bila ada adik lelaki? Ada kawan nak main tumbuk2.. terajang2... haha. Enam orang ajk tertinggi tu aku jaga baik2.. Bukan semuanya cemerlang akademik, bukan semuanya siqoh alim ulama'... Diorang pelbagai.. ada yang famili biasa, ada anak orang besar.. ada yang selalu buat perangai... tapi aku jaga diorang elok2.. Aku buat aktiviti macam2 nak eratkan diorang sebab diorang susah nak duduk semeja.

Antara aktiviti tu, jalan2 sebelum azan subuh kat kawasan sekolah. Selalu aku bawa sorang2.. Aku bagitao, kat sina ada hantu pempuan, ha..kat bawah pokok tu ada perempuan mengilai, kat stor gas tu ada orang jumpa perempuan jalan tembus dinding... macam2 la.. Saja nak tengok reaksi diorang. Waktu tu la aku kenal peribadi diorang, diorang ni orang yang macam mana..

Time hujung minggu aku akan blanja diorang. Kadang2 tak larat la nak blanja jer.. so suruh diorang kumpul duit, p makan sama2.. Aku suka bila tengok diorang makan..makan ramai2.. Happy jer.. Buat kali pertama, aku rasa puas sebab ada adik lelaki yang ramai..haha.. (*ayat tamak...)

Sebab nak mempertahankan adik-adik aku tu, aku pernah bertekak dengan member. Maaf kawan, bukan niat aku nak bermasam muka dengan kau, tapi aku sayang kat adik-adik aku. Aku nak diorang membesar kat asrama dengan happy. Aku taknak diorang jadi macam kita... terperangkap dalam pusingan masa silam.. Aku harap kau faham..

Aku nak ada adik lelaki.. huhu... Luahan hati seorang abang.. Please.. be my little boy...


No comments:

Post a Comment