Assalamualaikum
The tales of fallen angel...
Seperti mana yang aku khabarkan dahulu, ini kisah hidupku. Ini kisah insan yang menaruh perasaan terhadap lelaki. Insan yang dulunya baik, yang belajar tentang agama....insan yang dahulunya mendalami agamanya, lalu sedikit demi sedikit ditelan kegelapan.
Kalau dulu, aku suka menonton cerita fiksyen omputih. Lagi2 yang berkaitan dengan "fallen angel". Kisah yang diberi nilai tambah agar pemikiran kita simpati kepadanya. Simpati kepada yang bersalah.. simpati kepada yang harus dihukum. Banyak perbahasan yang dikemukakan... "The Devil Azazel: The corruptor of men and leader of fallen angels..."
Hatta drama tv pun suka menggunakan isu ini seperti Supernatural yang mengisahkan perjuangan menentang semangat jahat. Tapi lama2 melalut kepada isu ketuhanan dan "fallen angel". "Fallen angel" yang cuba diterjemahkan kepada fiksyen dan watak lakonan.
Bukan kerana tiada sinar cahaya menerangi jalan...bukan kerana tiada penunjuk arah jalan... tapi kerana teriknya sinar kebenaran, mataku berpinar...lantas kakiku tersasar dari laluan sebenar. Meskipun terang, langkah kakiku tersasar jua....
Semakin lama, pandanganku semakin malap. Tiada apa yang mampu kulihat dan kubezakan. Hanya meraba2 dalam gelap, mencari jalan meneruskan hidup. Apa sahaja yang kucapai, kujadikan sandaran. Apa saja yang aku sentuh, aku genggam sekuat hati... Temani aku...tolong temani aku, aku takut bersendirian dalam gelap... Laluan yang tidak diketahui hujung destinasinya. Temani aku, kita cari jalan keluar bersama...
The tales of fallen angel...
Aku sedar kakiku melangkah meninggalkan-Nya.. Aku sedar kakiku melangkah menjauhi-Nya.. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk bertahan. Andai aku mengasihinya..jadikan dirinya pendampingku melangkah pulang ke arah-Mu..
The tales of fallen angel...angel without wings... don't fall apart...and fall into my arms instead....
angel wihout wings dah ade wing.. fallen angel dah bagi wing dye.. hehe.. muahh love u hubby
ReplyDeleteboleh la die terbang pergi mencari cinta.... hehe
Delete