Monday, 20 January 2014

Bila si teruna memasak Part 15

Assalamualaikum

Hujung minggu lepas aku balik ke kampung. Rindu sangat kat mak ayah. Lama dah tak balik... bape bulan tah... Kat kampung aku makan macam2...yer la, mak aku masak macam2... aku makan jer la.. Yang paling best tu, bila makan kek, kek chocolate moist dan kek keju. lalala~

Ni aku nak share 2 kaedah membuat kek yang simple. Sesuai tuk golongan bachelor macam aku...hak hak hak...


Chocolate moist:
kek chocolate moist... boleh makan ngan chocolate cair....nyum2...
Bahan2 dan cara2:
1) 4 biji telo blend ngan satu cawan setengah gula kastor (blend dalam 10 min, atau sampai kembang).
2) masukkan satu cawan minyak jagung dan satu cawan susu cair, blend lagi, dalam 3 minit.
3) ayak satu cawan setengah tepung serbaguna (tepung blue key) bersama satu cawan serbuk koko dan satu sudu kecil soda bikarbonat. dah siap ayak, masukkan sikit2 dalam blender tadi.
4) masuk dalam acuan kek, kukus selama satu jam setengah. Jangan sesekali buka penutup pengukus tu sepanjang tempoh mengukus. 
Rajah skema cara nak buat chocolate moist
Bila dah masak, tutup api, biar jer dalam pengukus tu dalam 5-10 minit, pastu baru keluarkan. Kalo kluarkan awal2 nanti kek tu akan bantat, jadi kemek secara mengejut... so, sabar la sikit yer...hehehe.... boleh makan kek ni ngan coklat cair, aku guna chocolate hershey's topping jerk.



Kek keju chesdale:
Kek keju ni takkan hangit sebab guna kaedah au bain-marie
Bahan2 dan cara2:
1) 4 biji telor diasingkan, blend putih telo dengan satu cawan gula halus bersama satu sudu kecil esen vanila, putar sampai jadi meringue.
2) panaskan satu cawan setengah susu segar bersama 4 keping chesdale cheese yang telah dikoyak2kan, bila dah cair, biarkan menjadi suam.
3) putar kuning telur, masukkan bancuhan susu/cheese tadi, putar dalam 2 minit, masukkan satu cawan setengah tepung serbaguna (tepung blue key) yang telah diayak.
4) amik meringue putih telur tadi, campur dalam adunan, kacau slow2, pastu bakar dalam oven guna cara au bain-marie (waterbath) dalam satu jam. suhu oven, tak kesah, 130-190c.
Rajah skema cara nak buat kek keju chesdale

Rasa kek keju ni sedap, lembut jerk macam kek sponge, sebab guna meringue macam kek sponge tu. Sama gak macam kek chocolate moist, bila dah masak, tutup api, pastu bio dalam oven tu selama 5-10 min, baru la dikeluarkan...


Tu jer lah yang aku nak share. Resepi simple. Kalo ikot betol2, boleh jadi punya la... Buat slow2 pon xpa... step by step... yang penting kena hati2... jangan salah campur plak... hak hak hak...




"Bake with love..."
Manuela Kjeilen; Blogger Passion4baking

Friday, 10 January 2014

IDM oh IDM

Assalamualaikum



Apakah rutin harian korang? Kalau aku, pagi jer kena pergi lab santak la ke petang. Balik jer, tepon bobot...gayot santak ke maghrib. Pastu malam2 selalu layan anime yang aku download masa dok kat lab. What??? Aku dok lab untuk download katon??? Hak hak hak.... mesti ler... Orang dah xda kijo...macam tu ler...


Baru2 ni lappy baru aku (nak mention gak lappy baru tu) kena format. Problem kat kedai tu. Banyak key x function termasuklah untuk bluetooth. Rupanya kedai tu salah install, sepatotnya notebook aku ni 64 bit tapi gi install 32 bit....meme banyak la "hot key" yang hot.... Pastu, macam2 la problem. Windows kena activate, microsoft kena install... software2 laen. Tapi sume tu aku dah settlekan, sebab aku simpan software2 yang penting macam tu.


Tapi yang big problemnyer adalah IDM. Aku install, pastu dah patch, tapi still popup kate "registered with fake serial number". Sebelom2 ni ok jerk. Alamak aiiii..... macam mana aku nak download ni, sebab popup tu sentiasa kacau jerk.



So, biler aku google, banyak la cara nak stopkan notification tu. Tapi mostly aku x faham, maen system32 ni. Silap delete, silap command, lingkop lappy aku ni. So aku try kaedah yang simple.


1. Pi kat C, program files IDM

2. Delete file "IDMGrHlp"

3. Copy file "idmBroker" dan rename ngan nama "IDMGrHlp"

4. Siap! Boleh mendownload tanpa gangguan popup lg.... 


Bagi yang nak download IDM dan Patch tu boleh download kat sini. Dalam tu ada installer dan patch. Tapi kalo jadi macam aku nanti, pandai2 la korang.

DOWNLOAD

Sekarang boleh sambung mendowload balik. Hatiku bernyanyi girang.... lalala~


Wednesday, 8 January 2014

Little chef...big appetite!

Assalamualaikum

Harini nak citer pasal big appetites. Bagi aku biasa jer.. (maybe sebab aku dah biasa makan banyak kot..?). Sebagai contoh, untuk sarapan aku akan makan makanan berat dalam jumlah yang banyak. Sebabnya mudah. First, suatu ketika dulu aku Ectomorph (tak berapa lama dulu la kan...hak hak hak)... Second, aku selalu lunch lewat, so kena ada cukop tenaga untuk sampai ke lewat petang.

Sebut pasal sarapan ni, dulu aku ada post pasal variasi sarapan aku. Arini nak fokus kat nasi goreng jerk. Sebab ape ekk?? Sebab aku suka nasi goreng yang dimakan bersama ayam goreng... malah En.Bobot juga meminati nasi goreng seperti entrinya yang lepas.

aneka rupa nasi goreng yang pernah aku 'sentuhi'...hak hak hak
So, hari ni nak share simple resepi untuk membuat nasi goreng. Sila sediakan bahan2 yang sepatotnya... boleh didapati di pasaraya2 berdekatan.


nasi putih satu pinggan
bawang kecil satu biji
bawang putih seulas
satu genggam sayor campur (lobak, peas, dan jagung)
satu sudu besar serbuk ikan bilis
telo sebiji
minyak satu senduk

Mula2 hiris bawang kecil dan bawang putih (boleh gak nak tumbuk kalo ada lesung batu). Pastu panaskan minyak, tumis bawang dengan api kecil selama 2 minit (sentiasa kacau). Campakkan sayo campo, dan serbuk ikan bilis. Kacau jap, terus masukkan nasi. Kacau lagi. Pastu wat lubang kat tengah2 nasi tu, pecahkan telo... Bio sekejap (dalam satu minit). Kacau sebati... tutup api.. hidangkan. Aku tak letak garam, so gantikan garam dan ajinomoto (bagi yang suke sgt msg...) dengan serbuk ikan bilis. Bagi yang tak pernah tao, dan yang taknak amik tao, ni ler rupa serbuk ikan bilis tu...

no added MSG


Simple, tapi rasa memang sedap... Boleh hidang ngan ayam goreng ker, hotdog ker, telo mate ker.... Sekarang boleh melantak nasi goreng kegemaran aku.... Lalala~


"Eat to please thyself, but dress to please others."
-Benjamin Franklin-