Wednesday, 8 January 2014

Little chef...big appetite!

Assalamualaikum

Harini nak citer pasal big appetites. Bagi aku biasa jer.. (maybe sebab aku dah biasa makan banyak kot..?). Sebagai contoh, untuk sarapan aku akan makan makanan berat dalam jumlah yang banyak. Sebabnya mudah. First, suatu ketika dulu aku Ectomorph (tak berapa lama dulu la kan...hak hak hak)... Second, aku selalu lunch lewat, so kena ada cukop tenaga untuk sampai ke lewat petang.

Sebut pasal sarapan ni, dulu aku ada post pasal variasi sarapan aku. Arini nak fokus kat nasi goreng jerk. Sebab ape ekk?? Sebab aku suka nasi goreng yang dimakan bersama ayam goreng... malah En.Bobot juga meminati nasi goreng seperti entrinya yang lepas.

aneka rupa nasi goreng yang pernah aku 'sentuhi'...hak hak hak
So, hari ni nak share simple resepi untuk membuat nasi goreng. Sila sediakan bahan2 yang sepatotnya... boleh didapati di pasaraya2 berdekatan.


nasi putih satu pinggan
bawang kecil satu biji
bawang putih seulas
satu genggam sayor campur (lobak, peas, dan jagung)
satu sudu besar serbuk ikan bilis
telo sebiji
minyak satu senduk

Mula2 hiris bawang kecil dan bawang putih (boleh gak nak tumbuk kalo ada lesung batu). Pastu panaskan minyak, tumis bawang dengan api kecil selama 2 minit (sentiasa kacau). Campakkan sayo campo, dan serbuk ikan bilis. Kacau jap, terus masukkan nasi. Kacau lagi. Pastu wat lubang kat tengah2 nasi tu, pecahkan telo... Bio sekejap (dalam satu minit). Kacau sebati... tutup api.. hidangkan. Aku tak letak garam, so gantikan garam dan ajinomoto (bagi yang suke sgt msg...) dengan serbuk ikan bilis. Bagi yang tak pernah tao, dan yang taknak amik tao, ni ler rupa serbuk ikan bilis tu...

no added MSG


Simple, tapi rasa memang sedap... Boleh hidang ngan ayam goreng ker, hotdog ker, telo mate ker.... Sekarang boleh melantak nasi goreng kegemaran aku.... Lalala~


"Eat to please thyself, but dress to please others."
-Benjamin Franklin-




7 comments:

  1. ok gomokkkk...yg semakin membolllattt...hakhakhak..k bye

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapakah yg gomok? siapakah yang membolat? bkn ang ker? member2 ang pon kata ang b@#$&* kan...? hak hak hak..

      Delete
    2. ceytt..tht time pas lunch ofcoz ler b@#$&*......bahahahahhaa.....so sengal my fren itu....

      Delete
    3. mcm sama jerk... mcm xda beza jerk... hak hak hak

      Delete
  2. itew pon suka pecah telo kat dalam nasi.. hehe.. hubby tiru itew kan?? kene pi daftar kat hakcipta terpelihara ni.. hehee... muahh

    ReplyDelete