Monday 20 January 2014

Bila si teruna memasak Part 15

Assalamualaikum

Hujung minggu lepas aku balik ke kampung. Rindu sangat kat mak ayah. Lama dah tak balik... bape bulan tah... Kat kampung aku makan macam2...yer la, mak aku masak macam2... aku makan jer la.. Yang paling best tu, bila makan kek, kek chocolate moist dan kek keju. lalala~

Ni aku nak share 2 kaedah membuat kek yang simple. Sesuai tuk golongan bachelor macam aku...hak hak hak...


Chocolate moist:
kek chocolate moist... boleh makan ngan chocolate cair....nyum2...
Bahan2 dan cara2:
1) 4 biji telo blend ngan satu cawan setengah gula kastor (blend dalam 10 min, atau sampai kembang).
2) masukkan satu cawan minyak jagung dan satu cawan susu cair, blend lagi, dalam 3 minit.
3) ayak satu cawan setengah tepung serbaguna (tepung blue key) bersama satu cawan serbuk koko dan satu sudu kecil soda bikarbonat. dah siap ayak, masukkan sikit2 dalam blender tadi.
4) masuk dalam acuan kek, kukus selama satu jam setengah. Jangan sesekali buka penutup pengukus tu sepanjang tempoh mengukus. 
Rajah skema cara nak buat chocolate moist
Bila dah masak, tutup api, biar jer dalam pengukus tu dalam 5-10 minit, pastu baru keluarkan. Kalo kluarkan awal2 nanti kek tu akan bantat, jadi kemek secara mengejut... so, sabar la sikit yer...hehehe.... boleh makan kek ni ngan coklat cair, aku guna chocolate hershey's topping jerk.



Kek keju chesdale:
Kek keju ni takkan hangit sebab guna kaedah au bain-marie
Bahan2 dan cara2:
1) 4 biji telor diasingkan, blend putih telo dengan satu cawan gula halus bersama satu sudu kecil esen vanila, putar sampai jadi meringue.
2) panaskan satu cawan setengah susu segar bersama 4 keping chesdale cheese yang telah dikoyak2kan, bila dah cair, biarkan menjadi suam.
3) putar kuning telur, masukkan bancuhan susu/cheese tadi, putar dalam 2 minit, masukkan satu cawan setengah tepung serbaguna (tepung blue key) yang telah diayak.
4) amik meringue putih telur tadi, campur dalam adunan, kacau slow2, pastu bakar dalam oven guna cara au bain-marie (waterbath) dalam satu jam. suhu oven, tak kesah, 130-190c.
Rajah skema cara nak buat kek keju chesdale

Rasa kek keju ni sedap, lembut jerk macam kek sponge, sebab guna meringue macam kek sponge tu. Sama gak macam kek chocolate moist, bila dah masak, tutup api, pastu bio dalam oven tu selama 5-10 min, baru la dikeluarkan...


Tu jer lah yang aku nak share. Resepi simple. Kalo ikot betol2, boleh jadi punya la... Buat slow2 pon xpa... step by step... yang penting kena hati2... jangan salah campur plak... hak hak hak...




"Bake with love..."
Manuela Kjeilen; Blogger Passion4baking

16 comments:

  1. takde pon nama kita dlm entri kali ni.. sedeyhh..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bobot dah semakin dlupakan... hak hak hak...

      Delete
    2. ceytt.. sampai nyaa hatimuuu

      Delete
    3. bobot tetap bertahta di hati ini... muaahhh...

      Delete
  2. asssalamulaikum fallen angel balikke kampung acu nak cuba choclate cake tu kerana resepi mudah tak payah bakar hanya kukus he he senaang bytwo he he dan cheese cake pula tak payah guna cream cheese tapi guna cheddar cheese yang slice tu senang nak cuba juga le he he ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...hehe, share yg simple2 jer... yang penting telah disahkan hasilnya menjadi....

      Delete
    2. assalamulaikum fallen angel acu dah cuba kek choclate senang siapa pun boleh buat tak sampai setengah jam pun dah masuk kedalam pengukus dah he he .sedap dan tq for the resepi emmm,ikut saje step yang di beri kan tetapi barang semua mesti adale he he .ini minggu depan nak cuba cheese cake atau next time acu balik kekampung pula he he .kalaulah fallen angel buat untuk hubbby mesti dier suka kan he he

      Delete
  3. seriously,suke sgt when u share recipe..xsabaq nk cuba..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila cuba... resepi simple... x byk protokol.... hehe

      Delete
  4. yak kaedah waterbath tu tolong ajar secara teperinci leh.. cam nk mkn cheese cake tu ler

    ReplyDelete
    Replies
    1. adunan kek dimasukkan ke dalam loyang pembakar. loyang tu pula diapungkan dalam bekas yg lebih besaq dan dibakar di dalam oven. xda la sampai terapung sbnrnya... cukup sekadar memenuhi ruang luar loyang kek tadi...hehe... mcm tu la

      Delete
  5. makin buncit perut si hubby la mcm nih :P

    ReplyDelete