Wednesday, 27 November 2013

Tell me more....

Assalamualaikum
Arini En.Bobot wat entry pasal buku "Beduk diketuk" karya Pahrol Mohd Juoi. Nak tengok, die habis tak baca buku tu. Buku yang agak famous... Wardina pon ada wat review pasal buku tu... Banyak point2 yang penting, tapi yang lagi penting, bila En.Bobot kata nak buat citer kitorang plak... Mampu ker? Hehehe.... Sila karang cepat2 yer, mulakan menaip mulai sekarang... hahaha...

Tell me more sayang... tell me more about your love.... Khabarkan padaku, betapa tingginya erti cinta ini pada dirimu....




Ps: Kepada member blogger yang tengah menaip cerita/cerpen/novel tu plak, sila habiskan yer... chaiyoookkk2....






"Reading maketh a full man; conference a ready man; and writing an exact man; and, therefore, if a man write little, he had need have a great memory; if he confer little, he had need have a present wit; and if he read little, he had need have much cunning, to seem to know that he doth not."
 Francis Bacon- an English philosopher, statesman, scientist, jurist, orator and author.

Thursday, 21 November 2013

Just for u....

Assalamualaikum





Sedang leka melayari internet, tiba2 telefonku berbunyi… Eh silap, bergetar la. Aku memang silent jer nset aku. Berdebar2… Siapa pulak yang telepon ni? Sambil berdehem2 memperbetul nada suara, aku pon mengangkat pangggilan u…

Hello, assalamualaikum.


Waalaikumussalam.


Ni En Piyot ke? (nama telah diolah mengikot kesesuaian konteks)


Ye saya. Siapa ni ye?


Saya daripada POS laju. Ni ada barang nak hantar kat En.Piyot. Saya tak boleh naek ke atas, boleh turun ke bawah ker?


Oh, ok. Baeklah…

Aku pon terkocoh-kocoh turun ke bawah.  Aku melewati pak guard yang sedang leka berbual sesame mereka. Kelihatan juga fellow sedang berbincang bersama supplier di sofa. Dengan selamba mendek, aku pon touch access card dan berlalu pergi…

Di luar iaitu di lobi utama, aku masih lagi tertinjau2 kelibat van pos laju. Habis satu bangunan aku tawaf. Mana plak mamat pos laju ni? Sampai di bahagian belakang bangunan, kelihatan beberapa pekerja sedang memunggah barang. Van pos laju masih lagi belom kelihatan.  Aku pon meneruskan langkah, berjalan kea rah lobi utama semula.

Selang beberapa minit, van pos laju pon melewati aku. Hehe.. ape lagi… aku pon terkejar2 seolah kanak2 nak mengejar orang jual ice cream. Kelihatan mamat pos laju mengeluarkan satu bungkusan daripada perut van. Aku memerhatikan saja lakunya, sambil berjalan ke arahnya.
Aku menyapanya…

“Saya Piyot (sekali lagi, nama telah diubah mengikut citarasa penulis)."


“Maaf yer, sebab tak boleh naek kat atas. Guard tak bagi. Ni barangnya…”


“Tak per, terima kasih yer…”



Aku pon meninggalkan mamat yang boleh tahan nsem tu. Hehehe… comel jer mamat tu. Tak boleh puji banyak2 kang ada orang jeles. 

Sesampainya aku di tingkat atas, bungkusan itu aku belek2, goncang2… dan aku rentap dengan rakus. Lapisan demi lapisan, seperti mahu mengupas bawang…  Sungguh teliti bungkusannya kali ini, tidak seperti yang lepas2…. (mungkin dia telah menghadiri kelas membungkus hadiah, barangkali…)

Usai bungkusan itu kutanggalkan semuanya, yang tinggal hanya kotak jalen. What?????? JALEN? Oh bukan rupanya…. Kotak tanpa nama dengan motto “You Deserve Better”. Aku pon buka la kotak tu… 
Nahhhhh….. hadiah hari jadi…


Terima kasih sayang untuk hadiah yang mahal ni… Terima kasih… 

Kotak itu ku letakkan di tepi laptop, lastas kembali menonton anime secara on9…. lalala~


Sunday, 17 November 2013

The way he looks at me

Assalamualaikum

Hi semua. Ape khabar? Selamat berhujung minggu (walaupon tinggal bape jam lg nak berakhir.. huhui). Aktiviti aku hujung minggu ni banyak dipenuhi dengan tidoq..tidoq...dan tidoq... dah nak jadi Sleeping Beauty la plak (beauty ler sangatttt~).


Hari2 akhir di tempat belajar (amiiinnnn... aku xnak dah dok sini lama2), makin stress aku dibuatnye. Semua nak kena buat, nak kena buat itu la, ini la.... Haiiiii..... time last2 ni ler banyak plak tugasan. Ingatkan boleh relax jer. Tapi takpe si Bobot sentiasa ada menemaniku. Biarpon dia jauh, tapi setiap panggilan telefon merapatkan jarak antara aku dengan dia.


Aku cuma nak ucapkan terima kasih. Terima kasih kepada En.BF kerana hadir dalam hidup aku. Dia terima aku seadanya. Dia tao cara untuk mendekatiku. Die tahu cara untuk bertahan dengan kerenah aku. Kalo nak minta tip2, sila minta kat En.Bobot. Dia banyak tip2 rumah tangga. Hahaha....


Cara dia memandang aku...adalah dengan kasih sayang. Cara dia membelai aku juga dengan kasih sayang. Dia tak berkasar dengan aku, walaupon aku selalu jer berkasar dengan dia. Tu cara dia... Tu cara dia menyayangi aku.


Setiap kali aku berdepan dengan masalah, dialah tempat aku meluah rasa. Hingga satu masa, aku seolah2 bergantung harap padanya. Jangan lah dikau pergi sayang. Aku takot kehilanganmu. Baru jer semalam aku mimpi dia nak bertunang 9 nov tahun depan (cehhhh... mimpi siap detail tu...). Time tu dia kata, family dah tentukan semuanya. Riak wajahnya sangat happy sekali. Dengan senyuman kelat, aku melepaskan dia pergi. Tu yang terbaek untuk dia... sebab perempuan tu masa depan kita...!


Baru2 ni juga ada jer member2 yang tanya sama ada aku masih dengan si bobot ataupon dah dengan orang lain. Aku tersenyum.... Kukatakan pada mereka, aku gembira bersama dia, dan ya... aku masih lagi bersama dia. Mungkin kelak catatan ini kan bertukar, tak tahu sama ada masih kekal ataupon semakin bertambah, ataupon semakin pudar rasa cinta ini..tapi inilah bukti, pernah sampai waktunya bahagia itu benar2 dalam genggamanku... waktu itu adalah sekarang!


“I adore the way he looks at me sometimes, as if love is a quantity he cannot measure scientifically, because it multiplies too quickly.”

Jodi Lynn Picoult - an American author

Tuesday, 12 November 2013

Cancer and men

Assalamualaikum




Last week aku kena pergi konferens, mengenai kanser. Bosan giler baiii.... tapi xda la sampai membuta bila org tu tgh bagi talk. Aku just nak share maklumat yang aku dapat, pastu disokong dengan Daftar Kanser Kebangsaan.


Daftar Kanser Kebangsaan 2007 menunjukkan bahawa peningkatan kes kanser di Malaysia adalah di tahap yang membimbangkan. Ini meliputi beban yang ditanggung bagi kos rawatan langsung dan rawatan susulan.

Ok, lupakan pasal kerajaan tu semua, kita fokus kat daftar statistik untuk lelaki. Sebab ni pasal kita, aku lelaki dan kau juga lelaki. So, please la alert dengan semua ni.



Secara umumnya, Kanser paru2 mendominasi kaum lelaki di Malaysia dan ini diikuti oleh kanser usus, nasofariks dan prostat. 

 
Pembahagian mengikut entik pula menunjukkan bahawa kanser paru2 menjadi pengancam no.1 bagi entik melayu dan cina. Bagi etnik india pula, kanser usus menjadi ancaman utama bagi mereka.



Statistik juga menunjukkan bahawa bagi kes kanser di kalangan kanak2 lelaki, kanser leukimia mendominasi, dan diikuti oleh kanser otak. Kat Malaysia ni, UM merupakan peneraju yang agak terkenal dalam kajian leukimia dikalangan kanak2.



Kajian juga menunjukkan bahawa kadar kes kanser adalah berkadar langsung dengan peningkatan umur. Statistik meliputi kes yang dirujuk di hospital. Pernah dengar bila ada orang tua meninggal, orang akan kata sebabnya adalah sakit tua? Aku terpikir yang mungkin tu sebenarnya adalah kanser, tetapi tidak didiagnose di hospital. So, jangan kata kanser adalah penyakit orang2 zaman sekarang, orang dulu2 takde kanser. Orang dulu2 pon mungkin ada kanser.



Dijelaskan bahawa, kanser dipengaruhi oleh faktor genetik (kebarangkalian tinggi bagi mereka yang mempunyai petanda diperingkat gen) dan juga persekitaran. Kajian terbaru menunjukkan bahawa faktor genetic hanya menyumbang kepada kurang 30% kepada jumlah ini, selebihnya iaitu kira2 70% lagi dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti tabiat merokok, pengambilan minuman beralkohol, kurang bersenam, tabiat makan yang kurang baek serta stress. 


Aku just nak tekankan, 70% tu satu jumlah yang besar. Kita sebenarnya mampu untuk mengawal penyakit ini, di mana ianya dapat mengurangkan kebarangkalian untuk kita mendapat kanser. Dengan mengabaikan faktor luar kawalan seperti, pendedahan kepada bahan kimia dan pencemaran udara oleh dikawasan bandar dan industri, kita masih lagi mampu mengawal faktor2 yang lain.


“This is the story of how Dad lived with his lung cancer. But it is much more. Through his illness and the miracles we experienced, I came to see that Dad's was not just a journey. It was a journey home. Home to God. ”