Thursday 21 November 2013

Just for u....

Assalamualaikum





Sedang leka melayari internet, tiba2 telefonku berbunyi… Eh silap, bergetar la. Aku memang silent jer nset aku. Berdebar2… Siapa pulak yang telepon ni? Sambil berdehem2 memperbetul nada suara, aku pon mengangkat pangggilan u…

Hello, assalamualaikum.


Waalaikumussalam.


Ni En Piyot ke? (nama telah diolah mengikot kesesuaian konteks)


Ye saya. Siapa ni ye?


Saya daripada POS laju. Ni ada barang nak hantar kat En.Piyot. Saya tak boleh naek ke atas, boleh turun ke bawah ker?


Oh, ok. Baeklah…

Aku pon terkocoh-kocoh turun ke bawah.  Aku melewati pak guard yang sedang leka berbual sesame mereka. Kelihatan juga fellow sedang berbincang bersama supplier di sofa. Dengan selamba mendek, aku pon touch access card dan berlalu pergi…

Di luar iaitu di lobi utama, aku masih lagi tertinjau2 kelibat van pos laju. Habis satu bangunan aku tawaf. Mana plak mamat pos laju ni? Sampai di bahagian belakang bangunan, kelihatan beberapa pekerja sedang memunggah barang. Van pos laju masih lagi belom kelihatan.  Aku pon meneruskan langkah, berjalan kea rah lobi utama semula.

Selang beberapa minit, van pos laju pon melewati aku. Hehe.. ape lagi… aku pon terkejar2 seolah kanak2 nak mengejar orang jual ice cream. Kelihatan mamat pos laju mengeluarkan satu bungkusan daripada perut van. Aku memerhatikan saja lakunya, sambil berjalan ke arahnya.
Aku menyapanya…

“Saya Piyot (sekali lagi, nama telah diubah mengikut citarasa penulis)."


“Maaf yer, sebab tak boleh naek kat atas. Guard tak bagi. Ni barangnya…”


“Tak per, terima kasih yer…”



Aku pon meninggalkan mamat yang boleh tahan nsem tu. Hehehe… comel jer mamat tu. Tak boleh puji banyak2 kang ada orang jeles. 

Sesampainya aku di tingkat atas, bungkusan itu aku belek2, goncang2… dan aku rentap dengan rakus. Lapisan demi lapisan, seperti mahu mengupas bawang…  Sungguh teliti bungkusannya kali ini, tidak seperti yang lepas2…. (mungkin dia telah menghadiri kelas membungkus hadiah, barangkali…)

Usai bungkusan itu kutanggalkan semuanya, yang tinggal hanya kotak jalen. What?????? JALEN? Oh bukan rupanya…. Kotak tanpa nama dengan motto “You Deserve Better”. Aku pon buka la kotak tu… 
Nahhhhh….. hadiah hari jadi…


Terima kasih sayang untuk hadiah yang mahal ni… Terima kasih… 

Kotak itu ku letakkan di tepi laptop, lastas kembali menonton anime secara on9…. lalala~


16 comments:

  1. Happy birthday buddy, wish you all the best and many god bless you always ;)

    ReplyDelete
  2. happy birthday....untong dapat haddiah dr buah hati :)

    ReplyDelete
  3. apsal lantas mengadap laptop kembali????

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. hidup mesti dteruskan...

      Delete
    2. baik mengadap honey je.. daripada layan anime tu.. lala

      Delete
  4. Happy Belated Bday..
    Msti bday kau dh lepas kan.. Oh, btw, kalau byk sgt dpt hadiah, n xde tmpat nk simpan, bleh je minx abg pos laju tu hantar kat aku plak.. haha..

    Have a great days ahead bday boy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... mai alamat.. nak serbu rumah ang.. lalala~

      Delete
  5. assalamulaikum selamat hari lahir emmmm so sweet manis bak madu he he hantar haidah hari lahir ,apayang diberioleh mr bobot he he

    ReplyDelete
  6. sorry for being late to say HAPPY BIRTHDAY too, with the best wishes in your life,,,,,,,,,

    ReplyDelete
  7. wow nice... may your relationship with him last forever.

    :)

    ReplyDelete