Last week aku kena pergi konferens, mengenai kanser. Bosan giler baiii.... tapi xda la sampai membuta bila org tu tgh bagi talk. Aku just nak share maklumat yang aku dapat, pastu disokong dengan Daftar Kanser Kebangsaan.
Daftar Kanser Kebangsaan 2007 menunjukkan bahawa peningkatan kes kanser di Malaysia adalah di tahap yang membimbangkan. Ini meliputi beban yang ditanggung bagi kos rawatan langsung dan rawatan susulan.
Ok, lupakan pasal kerajaan tu semua, kita fokus kat daftar statistik
untuk lelaki. Sebab ni pasal kita, aku lelaki dan kau juga lelaki. So, please la
alert dengan semua ni.
Secara umumnya, Kanser paru2 mendominasi kaum lelaki di
Malaysia dan ini diikuti oleh kanser usus, nasofariks dan prostat.
Pembahagian
mengikut entik pula menunjukkan bahawa kanser paru2 menjadi pengancam no.1 bagi
entik melayu dan cina. Bagi etnik india pula, kanser usus menjadi ancaman utama
bagi mereka.
Statistik juga menunjukkan bahawa bagi kes kanser di kalangan
kanak2 lelaki, kanser leukimia mendominasi, dan diikuti oleh kanser otak. Kat Malaysia ni, UM merupakan peneraju yang agak terkenal dalam kajian leukimia dikalangan kanak2.
Kajian juga menunjukkan bahawa kadar kes kanser adalah
berkadar langsung dengan peningkatan umur. Statistik meliputi kes yang dirujuk
di hospital. Pernah dengar bila ada orang tua meninggal, orang akan kata
sebabnya adalah sakit tua? Aku terpikir yang mungkin tu sebenarnya adalah
kanser, tetapi tidak didiagnose di hospital. So, jangan kata kanser adalah
penyakit orang2 zaman sekarang, orang dulu2 takde kanser. Orang dulu2 pon
mungkin ada kanser.
Dijelaskan bahawa, kanser dipengaruhi oleh faktor genetik (kebarangkalian
tinggi bagi mereka yang mempunyai petanda diperingkat gen) dan juga
persekitaran. Kajian terbaru menunjukkan bahawa faktor genetic hanya menyumbang
kepada kurang 30% kepada jumlah ini, selebihnya iaitu kira2 70% lagi
dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti tabiat merokok, pengambilan
minuman beralkohol, kurang bersenam, tabiat makan yang kurang baek serta
stress.
Aku just nak tekankan, 70% tu satu jumlah yang besar. Kita sebenarnya
mampu untuk mengawal penyakit ini, di mana ianya dapat mengurangkan kebarangkalian
untuk kita mendapat kanser. Dengan mengabaikan faktor luar kawalan seperti,
pendedahan kepada bahan kimia dan pencemaran udara oleh dikawasan bandar dan industri,
kita masih lagi mampu mengawal faktor2 yang lain.
“This is the story of how Dad lived with his lung cancer. But it is much
more. Through his illness and the miracles we experienced, I came to
see that Dad's was not just a journey. It was a journey home. Home to
God. ”
Aku terdedah dgn radiasi
ReplyDeletekan.. aku plak tdedah aurat.. opsssss... haha.. tp kalo tgk overall, cancer prostat mndominasi negara omputih.. serammmdehhhhh..
DeleteHahaha..selebetttt.... bahayenye kanker nih..moga kita dijauhkan dgn sakit2 mcm nih...huhu
Deletenape tak naik pon notifikasi kt blog itewww
ReplyDeletex notty2... mn nk naek.. cer kalo notty2, mesti naek punya ler... haha...
Delete(っ´▽`)っ ♥
baru belajar tajuk oncology dengan prof.dato dr fuad ismail (head dept. oncology n radiotherapy HUKM) haritu..seronok!!!~
ReplyDeletebagus la... blaja rajin2...
Delete(´︶`)
seram dgr.. tp kanser pun boleh datang tnpa diduga.. harap dijauhkan..
ReplyDeleteBoleh saya tahu statistik untuk kanser tu ambil kat mana?
ReplyDelete