Thursday, 28 August 2014

Bila si teruna memasak Part 16

Assalamualaikum


Semalam punya cerita, member bagi tat nenas...(actually aku yang minta buat muka x malu.. hahahaha). Dia bagi la satu telap tu suh habiskan... Sambil2 tengok cerita yugioh, aku makan la sebiji demi sebiji. Sedap betol... Tapi bila dah tinggal separuh tu, tekak mula rasa x sedap... kepala pening... pastu dah start running nose. Dah pulak! Nak demam ker ni? Baru ingat.. NENAS... N.E.N.A.S. Last time, aku minum air ade campur isi nenas terus demam gak. Huhui...


Nak dijadikan cerita, aku gi la kedai nak beli panadol. Beli panadol jerk sebab ubat selsema yang doc bagi dulu ada lg. Pastu sampai2 kedai jerk, beli la skali barang2 basah. Pikir punya pikir nak masak ape tuk dinner ... last2 decide... nak masak nasi ambeng/ nasi ambang. What??? Nasi ambeng??? Aku bukan jawa ok... Tapi dikelilingi jiran jawa dan indonesia. Ni la yang dikatakan ngidam orang demam, Hahahahahaha...


Kalau korang nak tao, nasi ambeng ni simple sebenarnya. Banyak menggoreng sj. Ada banyak versi. Tapi asas tetap sama, ada nasi yang wangi...ada sambal jawa...ada ikan kering... ada ayam. So aku just share la resepi nasi ambeng ala piyot. No fancy name macam resepi En.Bf. Bagi yang berketurunan jawa... berdarah jawa... maafkan daku kerana telah mengubah resepi turun temurun ni ikot suka ati aku. Hihihihi... sesungguhnya keterlanjuran ini meme disengajakan.

Nasi ambeng ala piyot....hehehehe
Nasi:
*Guna beras wangi siam. Settle!

Sambal jawa:
Tempe (satu peket tempe dipotong dadu dan digoreng)
Tahu (3 ketol tahu dipotong dadu dan digoreng)
Sayur fucuk dan soon (direndam 5 min)
Bawang besar, bawang putih dan cili merah (dihiris)
Udang kering ditumbuk lumat
Kacang panjang dipotong2 sepanjang jari kelingking
Kicap manis (satu senduk) dan secubit garam.
*tumis bawang2, cili, udang kering tumbuk.. pastu masukkan sume sekali. perasakan dengan garam, letak kicap sikit.

Ayam:
Seekor ayam belah 8
Serbuk kunyit (satu sudu)
Garam (setengah sudu)
Kicap manis (4 sudu)
Rempah pizza (kalo xda xpa...)
*Gaul ayam dengan semua bahan. Marinate 5min, pastu terus goreng. Korang boleh buat ayam masak kicap, tapi aku prefer ayam goreng jerk (lagipon dah marinate ngan kicap). Aku tak suke makan kicap banyak sangat.

Accessories 1:
Ikan masin bulu ayam (digoreng)
Ikan bilis (digoreng)
Kacang tanah (digoreng)
*goreng...pastu letak jer kat nasi tu. 

Accessories 2:
Kelapa parut (i biji kelapa)
Udang kering
Cili giling/ cili boh
*ni adalah penyediaan serunding kelapa/awas. Tumis udang kering tumbok dan cili boh. perasakan garam. letak setengah sudu kecil serbuk kunyit dan masukkan sebiji kelapa parut. Gaul rata lebih kurang 10 min.

Lain2 accessories yang aku tak buat:
Bihun/ mee goreng
Telo masin
Just simple... satu jam boleh settle sume... make sure tangan kiri kanan pegang kuali.

Malam tu, lepas pekena nasi ambeng ni... selsema teruih hilang... pening kepala pon dah ok. Hahahahaha... demam nak memasak kot?? Sape tao??


“After a good dinner one can forgive anybody, even one's own relations.” 
- Oscar Wilde; A Woman of No Importance -

Thursday, 31 July 2014

Empat dan Keempat

Assalamualaikum

tu En.bobot... dengan bakal isteri dia... hehehehe....

Mula2 nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri bagi yang beragama islam dan YANG BERPUASA. yang tak pose tu tak payah nak fefeeling sambut raya ok? Hak hak hak... Maaf, busy bersama family, tu yang tak wat entri wish hari raya. Hari ni hari raya yang keempat. Hurrmmmm... kejap jerk dah empat hari. Aku plak, tercongok dok kt meja ni... Takde ape nak dibuat. Bosan yang amat...


Entri kali ni bukan nak citer pasal rendang ketupat lemang lodeh bagai... Entri kali ni nak bawa berita gembira. Dengan ini setelah diperkenankan oleh PIYOT RIYOT, adalah dimaklumkan bahawa entri BILA Si TERUNA MEMASAK akan kembali. Huhuhuiii... lama sangat dah stop.


Sebelum balik raya aritu aku ada lah beli kek buah daripada member. Boleh lah... tapi takda sapa nak makan kek tu kecuali aku. Huhuhuii...sedih kan? Disebabkan aku beli dengan harga RM30, rasa agak tak berbaloi. Cik kak tu kena blaja baking lagi... ala.. youtube pon boleh. kan? kan? kan?


So, disebabkan aku dah set, raya ni aku nak makan kek macam2, sampai2 jerk aku kat kampung, petang tu juga aku start wat kek. Niatnyer nak wat kek cheese... tapi... tapi... sesuatu telah terjadi. Aku pukul putih telo tu xmao nak kembang... cair mcm ayaq jer. Sah, telo masuk angin! Cheese ngan susu pula dah dipanaskan... Sudahhhhh! Nak wat ape?? Kena la adjust, campor kuning telo, pukul dengan gula, campur serbuk koko satu cawan, cheese ngan susu yang dah cair tadi, tepung 2 cawan... sumbat dalam oven. Siappppp! Dalam hati doa2, jadilah kek aku, janganlah bantat....

adik aku yang campak2 cip coklat tu.... bukan aku tao. tu kijo dia.
Untuk topping plak, meme simple. Aku google, cari yang simple tapi sedap. Amik susu cair satu cawan, susu pekat setengah cawan, serbuk koko setengah cawan, coklat masakan dalam 50g. Cairkan dalam piok kecil... pastu sejukkan. nak makan, curah jerk atas kek tu.. Rasa memang terbaek, lembap, rasa koko yang mewah, dengan topping yang berkrim. Anak buah aku dah habiskan... tak sempat nak tunggu hari raya. Huhuhui...


Pastu, alang2 hantar mak gi kedai beli barang dapo untuk raya, aku beli la telo yang baru. Yer la, nak wat kek cheese. Resepi macam kat entri lepas2... Simple. Kali ni tak sempat nak snap2 pic bagai sebab sedara aku datang rumah time tu. Kluar jer daripada oven, mak aku dah suh potong nak bagi tetamu. Lepas potong baru ada masa nak snap... tu pon sebab nak tunjuk kat En. Bobot...

Memang terbaek dapat telo baru... kembang yang amat... nyum2...

Sebelum aku balik kl, aku habiskanlah baki telo ngan chesdale (satu pack ada 6 slice, guna 3 jerk untuk sebuku kek) yang aku beli. Wat marble separuh cheese, separuh lagi campur koko... Aku nak bagitao, kalo guna cocoa powder tu lagi "mewah" rasanya berbanding guna paste. Siap sebuku.

Luaran jerk comot, dalam dia cantik tao... lalalalalalaa

Tu jer lah kek yang aku buat. Sebenarnya ada satu lagi kek, kek prune. Resepi kakak aku. Rasa dia memang sedap. Laen kali jerk la aku share cara nak wat kek prune tu. So, lepas lah juga hajat hati nak beraya ngan kek2 yang comel2... hehehehe... comel tao... comel macam En.Bobot.

kek prune, kek keju, kek buah dan kek marble

Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Raya.. raya juga... makan kena jaga. Minggu depan dah nak kena lari... aiiyyoooooo tergolek la macam ni. So, berbalik kepada tajuk entri.. ape yang empat? apa yang keempat? EMPAT jenis kek yang aku buat... dan entri hari raya pada hari raya KEEMPAT...



“Cake is happiness! If you know the way of the cake, you know the way of happiness! If you have a cake in front of you, you should not look any further for joy!”
  - C. JoyBell C.; Author of The Sun Is Snowing -

Wednesday, 16 July 2014

Secret beyond the door

Assalamualaikum

Ssshhhhh..... ni rahsia. Rahsia brtahun lamanya aku simpan. Tapi since dah share kat cni, ianya bukan rahsia lagi. Tapi kalau ianya kekal di sini, ia akan terus menjadi rahsia... tidak diketahui oleh orang lain. Sekurang2nya ianya masih lagi menjadi rahsia daripada pengetahuan kawan2 aku yang str8 tu.


Masih terngiang-ngiang lagi katanya padaku...
"Aku sayang kat kau sangat2."


Saat aku masih suci (sekarang aku dah koloh... huhui). Saat aku tak mengenal erti top dan bottom... Saat semuanya indah, kau lafazkan kata2 itu. Indah! Tapi sayang, aku tak pernah cuba untuk memahami maksudmu. Dan kenapa sekarang baru aku rasa untuk menyayangimu juga?


Kenapa tiba2 aku teringatkan si dia? Mungkin sebab dia macam bobot. Dia baek... layan aku dengan baek. Kebaikannya merantai diriku. Kerana kebaikannya itu aku bahagia.. dan kerananya juga, aku tersiksa.


Saat perasaan berbaur2... solusiku ringkas...
"Bobot... hubby love u..."



“Love is like a cloud in a lake. It’s reflective and makes it feel like you are flying, when you are really either swimming or trying not to drown.
” 
- Jarod Kintz; My love can only occupy one person at a time-



Thursday, 19 June 2014

Hiding in the shadows

Assalamualaikum


Ape pendapat korang tentang orang yang berselindung di sebalik perwatakannya yang nampak normal? Disebalik kenormalannya, ada ketidaknormalannya. Maksud aku, bila depan public perangai dia laen.. nampak nice, baek, alim, tapi bl dengan orang laen perangai dia jadi laen plak. Bagi aku, PLU yang berselindung di sebalik perwatakannya ni boleh dibahagikan kepada beberapa group. Nampak sama, cuma bila ditelti, mereka ni berbeza...



Bermuka-muka
Mungkin ramai yang pernah jumpa dengan orang macam ni. Jenis cakap laen buat laen. Jenis yang selalu post status yang alim2 bagai, tapi bl inbox minta konek. Orang macam ni nak org laen anggap bahawa dia berperibadi mulia... Hakikat...? Tao2 jerk la. Bukan sikit, tapi berlambak yang macam ni.. Adakah orang jenis ni adalah mereka yang berlindung di sebalik perwatakan yang normal? Ataupon sebenarnya itulah perwatakan normal mereka?


Discreet
Aku pernah borak2 dengan member PLU pasal mereka yang discreet ni. Aku pernah cerita pada entri yang lepas2.. mengenai pemakaian mereka, tutur bicara, gerak badan mereka yang meme nmpak normal. Tapi hakikatnya... pemburu lubang dan batang. Golongan ni meme sah2 la PLU, cuma xnak orang tao bahawa mereka ialah PLU. Agak2nya, diorang ni jenis yang berselindung di sebalik perwatakan normal ker? Ataupon sebenarnya keinginan sonsang tu meme salah satu ciri "normal" yang ada pada mereka?


Normal yang abnormal
Sejak sekian lama aku berFB, jumpa ngan macam2 perangai manusia. Salah satunya golongan normal yang abnormal. Diorang ni konon2 str8, tapi tindak tanduk tu meme melambangkan PLU. Selalunya golongan macam ni guna official FB account... Dia akan add FB dak PLU, then inbox msg2 yang nampak normal tapi sebenarnya tak. Sebagai contoh...
"Hai, boleh berkenalan?"
"Umor berapa?"
"Tinggal kat mana?"
Dan skrip ni akan diteruskan dengan soalan... "Maaf, nak tanya sikit.. awak suka lelaki ker?"
or.... "Awak ni PLU ker?"
Aku kadang2 confuse, diorang ni sebenarnya discreet ker bermuka2? Sebab bila tgk status, meme ada status islamik... pastu meme gaya suka jantan... cuma xnak org laen tao.


Pelakon
Korang kalo jenis yang alert dengan status member2 kat FB akan perasan kewujudan golongan ni. Str8 tapi bagi aku tak lebih daripada pelakon. Status, perwatakan... semua nampak str8, cuma kadang2 korang akan perasan ada status dia yang nmpk PLU. Maksudnya, kadang2 kantoi gak lah yang diorang ni suka lelaki. Sebagai contoh....
"Aku ada jerk member PLU, aku ok jer..."
Dan lagi... suke jerk melayan komen2 nakal lelaki yang memuji kehandsoman dan kecantikan body mereka.


On and off
Yang jenis macam ni, kejap nak orang tao yang dia tu PLU, kejap nak discreet. Ikut mood kot? Aku kadang2 macam ni... ada masa rasa macam xnak la sorok2 lagi... bio jerk la orang tao aku PLU. Tapi ada masa, aku macam xnak orang tao yang aku ni PLU, malah cuba menafikan yang aku ni PLU.Haaa... macam mana tu? Pening ni.... hak hak hak...


Ape2pon, setiap orang ada alasan mengapa perlu bersembunyi. Kadang2 kerana itu saja pilihan yang ada untuk survive dalam masyarakat. Korang pula rasa macam mana? 


“Nothing good comes from hiding in the shadows” 

David A. Broughton: The House Of The Hidden Blade

 




Monday, 9 June 2014

As hairy as a gorilla

Assalamualaikum


Weiiiiii oranggggg kampungggg....! Pe habaq?? Lama wei x update blog ni... Huhui... Tambah2 plak asyik demam jerk, meme x berupdate la jawabnya...


Hari ni nak share sesuatu. Pasal ciri2 kelakian yang macho. Ada sesapa yang perasan macho kat cni x? Hahahahaha... Ala, mengaku jer la, bukan orang laen tao pon. Ni pasal bulu. Yer, pasal bulu. Ada ker sesiapa yang tak berapa nak berbulu tu? Berbanggalah jika anda seorang yang berbulu... maskulin tu... Ni aku nak share sikit info pasal bulu dan bercukur.



    • ·         Purata pertumbuhan bulu manusia adalah sebanyak 0.35 mm sehari ataupun kira-kira 1 cm sebulan.
    • ·         Dianggarkan bahawa 90% lelaki dewasa bercukur sekurang-kurangnya sekali sehari, 60 jam setahun, dan kira-kira 20 000 kali sepanjang hayatnya.
    • ·         15% lelaki tidak mencukur bulu pada bahagian muka kerana ketidakselesaan kesan bercukur.
    • ·         Pertumbuhan bulu seseorang dipengaruhi oleh faktor biokimia dan hormon. Baka, gen, bangsa, jenis ubat, tekanan fizikal dan mental, malah diet juga mempengaruhi faktor hormon ini.
    • ·         Semasa bercukur, jumlah kulit mati yang dibuang adalah hampir sama dengan jumlah bulu yang dicukur.
    • ·         Purata setiap manusia mempunyai kira-kira 615 helai bulu per cm persegi.
    • ·         Bulu badan tumbuh daripada kulit pada sudut 30-60 darjah.
    • ·         Jumlah bulu pada leher anda adalah sama dengan jumlah bulu pada bahagian kulit yang lain.
    • ·         Secara purata, terdapat lebih kurang 30000 bulu pada muka lelaki- kepadatan pada kawasan dagu dan atas bibir.
    • ·         42% lelaki mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai muka yang berbulu, 34% mempunyai misai, 19 sideburns, 17% goatee, 6% jambang dan 3 % lagi janggut bawah bibir.



Ok, yang ni pulak, contoh keadaan bulu muka lelaki. Korang jenis yang mana?








Tu jer la untuk setakat ni. Lama tak update entri Bila Si Teruna Memasak.. Bukan sebab tak masak, tapi tak snap pic pon bila masak tu. Maklumlah sekarang makin busy... busy melayan my honey... hehehehe...



"I mustache you a question , but I'm shaving it for later "
-Sir Thomas Sean Connery: Scottish actor and producer-

Tuesday, 6 May 2014

Platonic vs Romantic

Assalamualaikum




Petang yang terik...menyumbang malah menambah lagi skala ketiadaan mood aku. So aku buat blog walking. Nak dijadikan cerita, ada la perasan blogger yang bagi komen kat entri2 aku yang lepas. Tapi disebabkan profile tu tak direct ke blog diorang, aku tak perasan yang diorang ni ada blog juga. sorry banyak2... terlepas pandang. Tapi sebab tu juga la list blogger kt blog aku hilang. Cube tengok tu.. kan kosong jerk list blogger aku. Huhui... Entah ape yang tak kena ngan blogger ni. Letih dah aku buat macam2...


Tapi tu bukan point sebenar. Ada baca satu blog ni. Kira blogger yang hot gak la... Dia citer pasal hakikat dikecewakan. Aku rasa ramai yang pernah rasa macam tu. Yer la, sepanjang aku menjadi kaunselor tak bertauliah untuk PLU, banyak gak dengar cerita2 sedih dikecewakan selepas pertemuan pertama. Sebelom jumpa, ayat manis macam nak kena diabetes... bila dah jumpa... dah on sex.... satu mesej pon haram nak reply... call apatah lg... haram nak angkat. Kesimpulannya, tu lah tandanya anda telah ditinggalkan...
 

Berbalik kepada kes first time jumpa dah on sex, aku tak pasti lah korang macam mana. Aku pon takde pengalaman macam tu. Tapi rasa macam pelik, bila baru jumpa dah diajak ke ranjang. Kenapa tak tunggu dulu? Orang kalo memancing, kalo ikan dah kat mata kail... still maen2 lagi tao... ikot rentak ikan tu sampai dia letih. Patotnya macam tu la kot... tengok berapa lama dia boleh bertahan... then kalo korang nak serahkan mahkota dewa korang tu lantak pi la.. tu atas tanggungan sendiri. Aku bukan nak menggalakkan, sekadar memberikan idea yang sepatutnya. Ni nasihat untuk mereka2 yang jenis nak couple la.. bukan untuk yang nak touch n go...


Ada masa aku terfikir, bagi orang2 yang berperangai macam tu (berpewatakan berbeza sebelom dan selepas on sex), tujuan depa meme nak sex jerk ker? Sebab aku rasa kalo dia nak cari kasih sayang... tak perlu nak uji dengan sex. Sex menjadi kayu ukur untuk sebuah perhubungan??? Kawan aku cakap hati tu penting... Asalkan ikhlas... hubungan boleh bertahan. Tapi patotkah ada istilah "ikhlas" untuk hubungan PLU macam ni? Sebab aku particular skit pasal istilah2 ni...bagi aku ikhlas tu berkait dengan hati. Kalau hati pon dah songsang... boleh lagi ker keihlasan tu lahir? Hurmmm... entah... gi la tanya diri sendiri.


Kadang2 aku pikir gak, agak2 kalo aku jumpa ngan En.Bobot aku jadi macam tu x? Hilang kawalan mungkin? On sex.. bla..bla..bla... then esoknya hilang tanpa kesan? Aku pon tak tao. Susah nak cakap. Sebab aku tak rasa lagi...

*En.Bobot rasa macam mana? Macam hubby rasa ker?


Pernah dengar cinta platonik? cinta romantik plak? Orang kata cinta platonik adalah cinta yang bukan disandarkan pada sex... just spending time together... sentiasa ada bersama... tu dah cukup. Tapi yang lagi menariknya bila aku terbaca bahawa cinta platonik ni just lanjutan kepada persahabatan. Ok, let say... kita berkawan dengan seseorang... then... sayang kat dia. Pastu kita keliru, kita sayang dia sebab kita cinta kat dia or just sayang sbg kawan. So, artikel ni ada gariskan 5 panduan bila mana  persahabatan telah bertukar kepada cinta platonik.

1. Kita berubah kerana dia.. cara percakapan... cara pakaian... malah setiap satu ayat yang kluo daripada mulut dia akan menjadi perhatian kita.

2. Kita selalu memikirkannya 24/7. Asyik ingat kat dia jerk. dia makan ape? dia kluo ngan sape? sape kawan dia?

3. Kita kerap berhubung dengan dia. Misalnya mesej yang kerap setiap hari walaupon mesej yang biasa2 jerk.. mungkin juga call yang agak kerap dalam seminggu?

4. Kita nak berdua2an ngan dia. Tak kira la kluo makan ker, shopping ker... gi gym ker...yang penting dapat berdua2an nyan dia tanpa gangguan daripada pihak2 laen.

5. Kita dahulukan kehendak dia daripada kehendak diri sendiri. Kita rasa kalo benda tu buat dia happy, kita pon akan rasa happy jugak.


Cinta platonik bukan cinta yang statik. Bila2 masa jerk boleh bertukar menjadi cinta romantik. Ianya bergantung kepada tahap keselesaan kita pada orang yang kita suka tu. Bak kata putera... kita selalu mengharap lebih... tak pernah cukup dengan apa yang kita ada (aku olah ayat dia, tapi maksud still sama.. hak hak hak..).

Tuesday, 29 April 2014

0320233600

Assalamualaikum



Tengahari buta ni dapat call daripada no +60320233600. Aku ingatkan pihak admin yang call, so aku angkat la. Rupa2nya agen insuran takaful... bla..bla..bla.. bawah CIMB... bla..bla..bla...


Aku malas nak dgr, dah die jerk yang bcakap. Pot..pet..pot..pet... Encik pelanggan terpilih..... bla..bla..bla... Account CIMB ni encik buka kat tempa ni.. bla..bla.. bla... minta alamat... bla..bla..bla... minta IC bla bla bla....


Aeeeeehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....................??? Tunggu jap. Aku bagi ker sume information yang dia nak tu? Agak2 aku bagi x? Hak hak hak...


"En.Piyot buka account CIMB ni kat cawangan XXX kan?"


"Ha ah.. (jawab dgn mood malas)"

 
"Boleh minta no IC untuk pengesahan?"


"Aeeehhhh..... kata daripada bank.  Takkan la bank xda no IC saya?"


"Oh, maklumat pelanggan adalah sulit. So, pihak bank takkan dedahkan. Boleh sebutkan no IC En.Piyot?"  >> Nampak tak kaedahnya? dia nak lari daripada menjawab soalan. Cepat jerk die spin balik...


"Erm.... (gaya berfikir panjang...), nantilah, saya fikir dulu."


"En.Piyot nak fikir ape lagi? Tawaran macam ni tak selalu ada... bla..bla..bla...."
"En. Piyot duduk kat kelantan ker?" >> Dia teka2 aku dok kelantan sebab aku buka account CIMB tu kat cawangan di kelantan.


"Eh, tak la. Saya duduk macam kat alamat surat menyurat la."


"Oh, still guna alamat sama la yer? Nak saya hantar agreement ni kat alamat mana yer? Alamat rumah ker office?


"Kat alamat rumah jer."


"Boleh bagi alamat rumah?" >> nampak tak cara dia pusing nak dapatkan alamat rumah? Dia xtao alamat rumah aku. Ingat aku ni sengal macam dia agaknya.


"Lorrr.... xkan pihak bank xda alamat surat menyurat saya? Abis tu yang selalu bagi penyata tiap2 bulan tu, sampai jerk kt rumah?"


"Ok, En.Piyot kijo kat mana? Saya hantar ke alamat office saja."


"Ok, bla..bla..bla..... kuala lumpur."


"Boleh bagi no IC En.Piyot? >> Dia masih tak berputus asa nak dapatkan no IC aku. Huhui


"La, tadi kata nak hantar borang2 bagai kat opiz, dah sampai nanti saya isi la..."


"Saya perlukan no IC En.Piyot untuk registration."


"Aeeeehhhh... saya tak kata pon nak join. Saya nak fikir dulu."


"En.Piyot nak fikir ape lagi...? bla..bla..bla.... (dia cerita pasal pakej family plak)... bila saya boleh tao jawapan?"


"Nanti saya call la balik."


"Call balik? Tak boleh En.Piyot. Ni private no."


"Aeeehhh.... private no? kluo jerk no ni kt screen... (sambil sebut no tepon tu...0320233600)"


"Memang la En.Piyot, tapi kalo En.Piyot telefon balik tak dapat. Nanti saya telefon balik. Bila agaknya boleh dapat jawapan?"


"Telefon la lagi 2-3 hari. Saya nak fikir dulu."








Pandai telemarketer ni, dia cite pasal duit insuran ratus2 ribu..... citer pasal bayar RM2 jer sehari... Tawaran terhad...bla.bla..bla... pelanggan terpilih... bla..bla..bla... CIMB yang suh call.. bla..bla..bla...


Dia suh aku aktifkan account CIMB aku tu, so dia meme tao account tu tak aktif. Kenapalah aku nak bersusah payah aktifkan no account lama tu, sbb aku tak memerlukannya. Nampak sangat dia tak tahu pasal account CIMB aku. Dia hanya tahu nama penuh aku, tapi takda maklumat detail. Bila aku google, orang kata depa ni scam, no tepon sama ngan no yang call aku tu. Cuma tadi lelaki melayu, orang laen dapat chinese girl... 

 Aku pon tak tao depa ni scam ke x... ape2 pon, aku meme tak berminat cara dia approach aku. Belom ape2, dah wat keputusan tuk aku, siap nak auto debit bagai daripada account aku. Gaya memaksa, dan aku tak suke paksa2 ni. So annoying...






I know nothing more annoying when people I don't know jump to conclusions on my person based on nothing but gossip or speculation.

-Nikolaj Coster-Waldau: Danish actor, producer, and screenwriter-