Sejak akhir2 ni selalu jer rasa down. kadang2 tanpa sebab dan kadang2 kerana terlalu banyak sebab. Bila aku rasa macam ni, ada beberapa perkara yang aku akan buat selain mendekatkan diri pada-Nya:
- Basuh baju
- Tengok mesej kat whatsapp dan wechat
- Edit kartun
- Workout
- Bersembang/ berbual dengan seseorang
Kenapa aku basuh baju? Sebab baju tak basuh berlambak lah..
Hahaha… Takda la, maksud aku pakaian solat kita. Ada antara kita yang pakai
baju yang dia buat tidur (kadang2 aku buat gak…hehe). Mana la tahu pakaian tu
kena najis, kena air liur basi ker, kena mazi ker… tu kan najis… Maybe tu punca
aku rasa tak tenteram dan bersedih.
Kedua, tengok balik mesej kat whatsapp ngan wechat. Kadang2
tu ada mesej masuk tapi tak berbalas. Maybe tu menyebabkan tuan yang antar
mesej tu memaki hamun kita dari jauh. Kata2 tu kan doa, mana tahu doa yang tak
baik tu tiba2 Tuhan makbulkan… So, minta maaf kat kengkawan, andai terlanjur kata…
Sampai kawan aku tegur, “Wei, drama melayu ker?” Huhu… drama pon drama la, yang
penting waktu tu aku memang rasa down, dan nak minta maaf sangat2 daripada
korang… Aku ni nakal, kadang ada laku yang buat orang tak senang. Memang susah
nak puaskan hati semua orang, tapi at least aku cuba untuk menjaga perasaan
orang penting dalam hidup aku…
Edit kartun ni best sikit. Biar otak kiri aku ni berfungsi
skit. Edit kartun sebab nak posting entri kat blog. Kedua, untuk menzahirkan
ape yang aku rasa. Aku ada baca kat satu artikel tu, cara menangani perasaan
gay ni. Antaranya melalui penulisan journal. Tapi aku ubah sikit la ikut
kesesuaian dan minat aku. Aku ubah kepada penulisan blog dan edit kartun. So,
bila busy edit kartun , xda la masa nak pikir2 pasal emo, sedih2 ni…
Workout pon berkesan juga. Bila letih workout ni, memang xda
masa nak pikir2 nak sedih bagai. Badan pon jadi sehat. Bila letih… aku rehat…dan tidur… Everything’s
gonna be fine…
Yang terakhir ni aku selalu sangat buat. Kadang2 bila
sembang bukan pasal benda yang menyedihkan kita tu pon. About something else…
As long as aku boleh bergelak ketawa dan happy semula, topic perbualan tak jadi
isu. Terima kasih sangat kepada family,
kawan2 dan En.BF yang selalu melayan aku. Kerana korang semua, senyuman ini
masih lagi terukir indah di bibirku..
“Be not sad (or afraid), surely Allah is with us.” Attaubah: 40
No comments:
Post a Comment