Sunday 7 April 2013

Doaku untukmu sayang

Assalamualaikum





Mal tahu kan abang sayang sangat dengan mal..? Kerana sayang, abang nak jaga mal elok2... Abang nak mal bahagia... Doa abang untuk mal, semoga suatu hari nanti mal jumpa pasangan yang mampu membahagiakan mal macam abang bahagiakan mal... Pasangan yang sah... Pasangan yang berhak mendapat kasih dan sayang mal yang sebenarnya.

Kerana sayangkan mal, abang akan jaga mal. Abang akan lindung mal daripada kenangan lalu... Abang tak mahu mal bersedih lagi... Abang banyak dosa mal... Abang tahu yang abang tak layak mengharap lebih... Tapi izinkan abang cuba mal... cuba untuk menjadikan kita berdua...menjadi salah satu tujuh golongan yang mendapat naungan-Nya kelak... Amin...

"Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah; mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah..." -HR Bukhari dan Muslim


 

 

*Aku berdoa...semoga suatu hari nanti, aku dapat melangkah pulang bersamanya....

3 comments: