Monday, 29 April 2013

The lord of Zodiac

Assalamualaikum






Zodiak! Istilah yang begitu sinonim dengan dunia tilikan. Di mana jua berada, kita pasti akan mendengar mengenainya. Kisah keupayaan Kad Tarot yang berasaskan dua puluh tujuh pilihan kad seolah – olah memukau dimensi dunia barat di samping kehadiran Feng Shui di ufuk timur yang menekankan konsep tuah dan malang. Benarkah tilikan itu sekadar naluri seorang insan biasa, ataupun pada hakikatnya punya kisah yang mengagumkan di sebaliknya.
Punyai masa depan yang cerah impian semua manusia. Aku juga begitu.Tak siapa mahu sesuatu yang malang menimpanya masa depan mereka. Semua orang mahukan tuah! Tanpa disedari, tak siapa menduga bahawa inilah yang menyebabkan manusia berani mengambil sesuatu yang terlarang, sesuatu yang tersimpan kemas di Luh Mahfuz. Sesuatu yang menjadi hak milik kekal Sang Pencipta. Itulah kadak dan kadar ketentuan hidup manusia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dunia tilikan ini telah bermula sekitar berkurun – kurun yang lepas, malahan seingatku pada zaman nabi Muhammad pun telah wujud pelbagai tilikan. Jika tidak, masakan orang – orang yahudi mengetahui mengenai kelahiran baginda? Atau mungkin kita masih ingat lagi peristiwa sewaktu baginda pergi ke Syam bersama datuknya? Dan seorang rahib menyaksikan keagungan Allah pada ketika itu? Pernahkah seumur hidupnya melihat sesuatu yang menakjubkan sebegitu rupa? Semuanya bermula apabila dia menyedari bahawa terdapat ropolan awan yang mengiringi sebuah kabilah pedagang. Sewaktu itulah dia meramalkan akan tertabalnya seorang insan sebagai seorang rasul yang agung sebagaimana yang telah tertulis dalam ajaran terdahulu. Ia bukan sekadar ramalan tapi takdir yang telah dijanjikan Tuhan, menunggu masa untuk tertunai!
Aku mengelamun seketika, benarkah tilikan menguasai kehidupan? Persiskah ia seperti suatu zaman yang benar- benar tercatit dalam lipatan sejarah? Di dalam singgahsana berlantaikan marmar kaca yang seolah- olah mengalar air di bawahnya, kiam seorang raja merangkap utusan agung Sang Pencipta. Lantas catitan melakarkan sebuah kisah yang begitu takjub sekali, suatu kisah dunia yang dihijab. Inilah kisah dunia sihir dan tilikan! Dia merupakan makhluk yang di ciptakan Allah, yang dikurniakan oleh Tuhan kerasulan dan keagungan. Sebagaimana yang pernah dipinta olehnya kepada Allah, moga dia diberikan sesuatu yang tidak diberikan kepada utusan- utusan yang lain. Sebuah riwayat dari barat menyatakan  bahawa sewaktu turunnya wahyu kepadanya, ia telah di tulis pada lampiran- lampiran tertentu. Tetapi sebilangan manusia telah mencurinya dan menjadikannya sebagai asas mentera ilmu sihir. Jika hal yang sedemikian benar- benar terjadi, mungkin satu hipotesis baru dapat diandaikan. Manusia percaya bahawa kalam Allah boleh dijadikan silah bagi merubah masa depan. Bukankah ia hampir menyamai konsep doa dalam islam,di mana kebanyakan doa merupakan potongan- potongan ayat suci Al-Quran? Bukankah orang Islam juga berdoa untuk mendapatkan masa depan di dunia dan di akhirat yang lebih baik?
Ironinya, aku punya kawan2 plu yang aku sandarkan kepada 12 zodiak ini. Punya karakter yang berbeza, namun saling melengkapi. Kawan2 yang aku jaga, yang aku kenali di Facebook… I believe that one day I might need their help… Show me the path of life and I’ll grant you one wish…

4 comments:

  1. aeh.. adik zodiac ape? tetiber...
    lariiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. mal xda zodiac... sentiasa ada pengecualian.... hehe

      Delete
    2. bluerkk. xaci r.. aci aci bukak pintu.. nana balik pukul 1

      Delete
    3. bf abg kn special... dok diam2 kt ati abg... muamuamuamuahhhhhh

      Delete