Assalamualaikum
Dalam kita ghairah mengejar Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir yang lepas, jangan pula kita lupa keberkatan doa pada malam ini iaitu malam sebelum aidilfitri. 
Berkata Imam Syafie: Terdapat riwayat yang 
mengatakan Abu darda’ berkata: Sesungguhnya doa mustajab pada 5 malam; 
malam jumaat, malam hari raya adha, malam raya fitri, malam pertama 
rejab dan malam nisfu syaaban.
Riwayat di dalam Kitab Syuabul Iman;
Dari 
Ibn Umar beliau berkata:  Lima malam tidak akan ditolak doa permintaan. 
Malam Jumaat, malam pertama dari rejab, malam nisfu syaaban dan dua 
malam raya (fitri dan adha).
Berkata Imam Manawi di dalam Faidul 
Qadir: Sunat menghidupkan kelima-lima malam tersebut. Para salaf 
sentiasa melakukan perbuatan tersebut.
مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ
“Sesiapa
 menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya
 tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam 
at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)
            Menghidupkan malam itu dapat dilakukan dengan bangun 
beribadah di kebanyakan malam tersebut sebagaimana bermalam di Mina. 
Namun menurut Ibnu ‘Abbas r.a.; sekurang-kurang yang dinamakan 
menghidupkan malam ialah mengerjakan solat Isyak berjamaah dan berazam 
untuk mengerjakan solat subuh berjamaah. Yang dimaksudkan mati hati 
ialah terbelenggu hati dengan dunia. Ada yang berpendapat maksudnya 
ialah menjadi kafir. Dan ada juga yang memberi erti; ketakutan hari 
kiamat.
Mari kita berdoa banyak2. Saat orang laen gembira bersama sanak saudara, saat orang laen leka dengan dentuman mercun, saat orang alpa dengan rancangan di tv,  mari kita panjatkan doa ke hadrat Yang Esa. Moga ramadan yang berlalu dan kehadiran Aidilfitri ini memberi seribu satu makna kepada kita. Amin.
Wallahu 'alam  
 



 
1st....haha. .s3lammat harrii rayyya tuannn tannnnaahhhhhhh...(^^,)
ReplyDeletetuan tanah xda... tuan kayangan ada. hahaha... yo~ slmt hari raya gak tuk tebuan kuneng segerombolan...haha
DeleteAku sekor jer r...mane dtg seerombolan lak...haishhh...haha..
Deleteteam tebuan kuneng.... haha
DeleteSelamat hari raya bro....hahah..maaf kalau ada terkasar bahasa...
ReplyDeletehaha... slmt hari raya bro. maaf kalo slalu typo.... haha.. lariiiiiiii
Deleteassalamulaikum diharap dapat segala keberkatan ramadan yang baru habis .di harap tahun depan allah panjangkan umur kita dapat merasakan semula ramadan .dan bukannya sebulan ramadan dan sebulan kita raye pula he he selamat hari raya puasa fallen angel acu ucapan dan mohon maaf zahir dan batin jikalau ada terkasar bahasa ketika memberikomentar he he .di sudahi kalam dengan assalamulaikum
ReplyDeletewaalaikumussalam paksuman. slmt hari raya gak. maaf zahir batin. hehe... ok, waalaikumussalam lg untuk kali kedua...
Deletesalam lebaran sayang.. saya mintak maaf sepanjang perkenalan kita. kalau ada yang tersalah kata, tersilap perbuatan.. harap diampunkan.. kalau ada benda yang tersimpan dalam hati harap diluahkan. semoga raya kali ini membawa seribu pengertian setelah sebulan kita beribadah dalam bulan ramadhan. :D
ReplyDeleteselamat hari raya botak. semoga raya tahun depan berseri dengan rambut baru. haha...
Deletebluerkk..baru mintak maaf.. mintak maaf balik cepat!!
Deletebluerkkkkk....
Deletetgk tu baru raya ke 8 dah main2 lidah.. oopsss lariii
Deleteeloooooo...orang yang menaip tu pon ape kurangnyer... bluerkkkkk
Deleteape plak kita kene.. lalala..
Delete