Monday, 30 September 2013

Smile... Say cheese!- entri couple Menanti waktu itu!

Assalamualaikum

Entri ringkas. Hujung minggu lepas, aku balik untuk melawat anak kucing kesayangan. Hehe... nama dia "Unknown". Ala, macam watak dalam komik lawak kampus tu. Lama tak datang melawat, makin ganas plak die. Ye la, ada orang dok melayan dia jerk... Hehe...Terlanjur balik tu, wat kek merie lapis cheese sekali.


Sebelum balik tu ada shopping kat Tesco Cheras. Dekat jer pon daripada rumah. Beli barang2 makanan. Beli bahan2 untuk wat merie lapis cheese. Ala, yang macam entri Bila si teruna memasak part 12 tu. Pastu, merayu2 kat En.Bobot, minta dia buat sekali. Hehe... cian dia kena suruh wat juga... tapi tak pe la, at least dia rasa gak benda yang aku makan.

step by step... oooo baby... gonna get to you girl...

biasa2 jerk... tapi sedap wooooo....
Semalam En.Bobot sedut2 ingus. Pastu dia kata maybe nak demam sebab mulut die dah ada ulcer. Cian kat dia. Sekarang dah makin kerap hujan. Cuaca tak menentu. Harap2 la dia tak demam. Saja nak memaksimumkan turn aku  sebaek mungkin. Minggu depan dah turn dia. Hahaha, ucapan berbau keji di situ... lalala~
"There is no love sincerer than the love of food.”
George Bernard Shaw, Man and Superman



Thursday, 26 September 2013

Sound of my heart

Assalamualaikum
Aku menghadapi minggu2 yang penuh dengan stress. Result, paper, presentation...bla..bla..bla... Semalam baru jer kena brain wash... Hurm... lantak ko ler labu. Aku dah malas... letih... Menghadapi siang yang meletihkan...


Belah malam pula ditemani En.Bobot yang suke berkaraoke. Dia ni dah la botak, pastu manje jerk. Sekarang makin suka plak dia buat Bunyi Scary tu. Comel jer.... hehe... Dia tao peranan dia... Dia tao nak ceriakan BF dia ni. Dia dah makin matang... daripada sehari ke sehari...


Pastu, pagi semalam, time nak p opiz, aku bagi la audio kat dia. Die kata, pagi2 dah buat dia melting. Actually tu audio aku nyanyi. Lagu ape? Bukan lagu parody. Tiba2 terlintas kat fikiran...terus jer sent kat dia. Malam tu pulak, pas solat, sambil guling2 (tunggu En.Bobot ni pulang, mana tah dia merayap malam2 buta ni...tsk), aku pon dengar balik audio tu. Pastu bagi member dengar, tengok respon diorang... Hehe, pastu amik kertas, pensil... terus karang lirik yang seterusnya...


En.Bobot tanya, parody lagu ape ni? Dia kata tak pernah dengah lagu ni... Ofcoz ler, sebab aku yang reka sendiri... da sound of my heart...


biar beribu batu
jauh terpisahnya aku
mengenang rindu
kasihku padamu

biar beribu liku
terbatas ruang dan waktu
tiada ragu
cintaku padamu

kekasihku o kasihku
kasihku o kekasihku
biarkan bayu
bawa hatimu

pergilah o datanglah
dakaplah o menyerah
pada diriku
pendamba cintamu...


Semakin hari, semakin sayang padanya. Walau tanpa lafaz yang sempurna, ianya cukup untuk aku. Cintanya cukup untuk diriku...


"Take my hand and we'll make it- I swear!"
Jon Bon Jovi; Best of Bon Jovi

Tuesday, 17 September 2013

Blissymbols... the symbol of language!

Assalamualaikum
"Blissymbols or Blissymbolics was conceived as an ideographic writing system called Semantography consisting of several hundred basic symbols, each representing a concept, which can be composed together to generate new symbols that represent new concepts. Blissymbols differ from most of the world's major writing systems in that the characters do not correspond at all to the sounds of any spoken language. "
 -Wikipedia; Institute for Semantography-


Adakah korang seringkali berhadapan dengan situasi di mana si dia tak memahami ape yang cuba kita cuba sampaikan? Situasi yang kadang kala membuatkan kita sangat tension sehingga membuatkan kita bermonolong dalaman...

"sengal ler dia ni...lembap sangat! Dah banyak hint aku bagi....tu pon tak faham2."

Kadang kala, perkataan yang berbaris panjangnya tak dapat nak menzahirkan apa yang tersirat di hati. Kadang kala dengan hanya satu pelukan hangat, kita boleh buat dia faham betapa sayangnya kita pada dia. Bahkan, dalam sesetengah situasi... hanya satu symbol yang diperlukan bagi menerangkan satu perenggan emosi yang cuba dizahirkan.


Oleh sebab jalan perhubungan aku ngan En.Bobot sehari2 hanyalah melalui telefon, whatsapp dan blog sahaja, maka aku kenalah mengoptimumkan penggunaan semua media massa ni. Kerapkali penggunaan symbol digunapakai bagi melahirkan ekspresi diri (kadang  kala malas nak menaip panjang2, hehehe...).


Sebagai contoh... Kalau kat whatsapp, die a.k.a. En.Bobot akan menggunakan ikon "<gula2> <love>" untuk memanggil sweetheart. Dan aku pula akan membalas balik dengan gabungan perkataan seperti "my little <balang madu>" untuk frasa "my little honey". Dia juga suka mengunakan ikon "<2 orang pemuda>" untuk melambangkan aku dan dia...


Permainan simbol2 ini agak menarik jika dipelbagaikan penggunaannya. Satu contoh yang lain, penggunaan simbol "<tunjuk ke kanan> <ok> < percikan air>" membawa maksud coceng, capcap2 ataupon dengan erti kata laen...melancap. Hahaha...


Tapi kadang2 penggunaan simbol ini bisa mengundang pemahaman yang salah. Ini disebabkan penggunaan symbol adalah bersifat umum, tanpa makna yang khusus. Seelok2nya, gunakan kombinasi dalam komunikasi. Perbualan, sentuhan (wow...nampak permainan dia di situ), gerak bahasa tubuh, kiasan dan sebagainya.

*Sekarang aku kerap guna perkataan (perkataan ker? macam bukan jer...) "tsk" dengan ikon "<smiley mulot senget>" bagi makna memerli. Sebelom ni, aku guna perkataan "ceyt" jer... tapi since aku banyak tengok perkataan "tsk" ni diguna pakai dalam anime, aku pon guna ler... Hehe~

"Talking isn't doing. It is a kind of good deed to say well; and yet words are not deeds."
-William Shakespeare-

Sunday, 15 September 2013

Bila si teruna memasak Part 12

Assalamualaikum...
Selamat Hari Malaysia! Selamat berhujung minggu. Bagi yang takde hujung minggu, aku peduli ape... lantak ko ler labu.... Hujung minggu ni si teruna kembali dengan tema keju... Smile...say cheese..! Yer, keju....! Ada sesetengah orang kata cheese ni memuakkan... tapi depends gak pada resepi. kalo banyak sangat cheese... bukan rasa muak jer, boleh jadi mual gak...

Pagi aku start ngan nasi goreng cendawan butang ngan cheese. Just buat nasi goreng biasa... pastu tabur cheddar cheese. Pastu bako sat, bagi cheese tu melting... tada... siap... Aku pernah tengok ada chef tu wat macam ni dan letak dalam container kecik. Pastu bako dalam oven.


Untuk tengahari plak, aku prepare kek merie lapis cheese. Ni untuk dessert. Simple jer, guna biskot merie macam kek batik biskot merie. Guna whipping cream ngan cream cheese (aku guna mozzarella cheese)... gabungan mantap... pencuci mulut lebih2 lagi jika dihidangkan dingin. Rasa macam wafer ice cream. Tapi kalo hidang suhu bilik pon ok, die lembut, sebab biskot tu dah serap lembapan daripada susu dan cheese.


Bila petang, aku wat cucur hotdog ngan cheese. Sajer tambah cheese bagi buat rasa hotdog tu lebih sedap. Boleh makan begitu saje, ataupon dengan sos. Aku makan ngan sos KFC yang dalam peket kecik tu. Rasa berkrim tu memang tebaek.

Last, untuk dinner aku buat kebab roti pita dengan sentuhan cheese. Yer... lebih cheese... Dengan roti pita yang dibako garing, disumbat dengan daging cincang yang dimasak black pepper bersama cendawan butang dan cheddar cheese.. lalu digaul dengan salad segar seperti carrot, lettuce dan timun.... kombinasi enak yang  dibanjiri dressing sos thousand island. Muahhh... mamma mia...! Delicious!


So, sebagai kesimpulannya... variasikan hidangan anda, lebih2 lagi bila menggunakan satu bahan asas yang "agak memuakkan". Aku memang puas ati sangat2....bila orang yang makan pon rasa puas ati. Habis woooo... Tak tersisa. Tapi still rasa kecian kat En.Bobot, die tinggal sorang. Tah ape die makan kat sana... huhu...






Friday, 13 September 2013

Just a drop of water...

Assalamualaikum

Hari ni hari jumaat. Penghulu segala hari. Maybe malam semalam ada yang dah letih mendayung sampan bersama insan tersayang. Tak kurang juga yang dok xda keje cari hantu dan momok malam2 jumaat. Malah, juga yang melepak kat tasek permaisuri menunggu kedatangan peraih2 anak ikan.


Ni nak citer simple jer (simple ler, bukan macam novel panjang2....). Pasal sifat para sahabat ni. Sifat yang mungkin boleh kita praktikkan. Since arini ari jumaat, maka sebondong2 staf lelaki kluo awal (gamaknye nak beriktikaf dalam masjid la konon2nya), lantas pergi memenuhi cafe dan gerai2 makan sehingga azan dilaungkan. Pastu bila dah macam tu, mula ler nak menyempit2 dalam saf yang dah penuh. Dan aku sangat annoying dengan perilaku sebegitu. Sengaja aku kangkang luas2 tak bagi dia menyelit.... (hahaha..niat baek tao, nak mengajar depa..). Mana taknyer, dah nak habis khutbah baru nak masuk, memang tak ler aku nak bagi ko duduk.


Sahabat-sahabat Rasulullah apabila bertemu satu sama lain tidak akan bercerita tentang dunia. Mereka tidak akan bercakap tentang makan minum, rumah dan pakaian kecuali menceritakan terhadap sahabatnya yang lain, jika mereka mendapat kesusahan agar sahabat-sahabat bersimpati dan memberi bantuan...


Pertemuan para Sahabat di antara satu sama lain akan bertanya kecacatan diri untuk diketahui dan dibaiki, bertanyakan khabar Rasullullah, keluarganya dan tentang keadaannya lebih-lebih lagi bertanya apa wahyu yang baru turun. Apakah sabdanya yang baru diterima darinya. Beritakanlah, kita boleh kongsi bersama.


Para Sahabat bertemu, berbincang-bincang apa lagi kebaikan yang hendak dibuat. Kalau tidak ada yang perlu untuk dibualkan, masing-masing diam sahaja. Namun hal-hal dunia tidak dijadikan perbincangan dan perbualan apatah lagi hendak bercerita-cerita hal keburukan orang.


Mereka kalau ramai berada di dalam masjid. Orang yang lalu di tepi masjid menyangka tidak ada orang di dalam masjid kerana sunyi sepi daripada perbualan. Kalau adapun Al-Quran dibaca orang, Sahabat tidak menguatkan suara agar tidak mengganggu orang macam masjid di zaman kita. Mereka di dalam masjid sangat tawadhuk, tadharuk dan khusyuk. Memperbanyakkan sembahyang, zikir, tasbih, selawat. Membaca Al-Quran, tafakur, tidak sempat berbual dunia. Masing-masing dengan dirinya masing-masing. Hening, tenang dan sepi. Orang menyangka di masjid tidak ada orang. Mereka sangat menjaga kehormatan masjid dan kesuciannya.


*Semoga pesanan yang sedikit, mampu kita amalkan. Yang itu lebih baek daripada yang banyak tapi sekadar menjadi mencurah air ke daun keladi. Selamat beramal....renung2kan.....hehe~

Thursday, 12 September 2013

"Be hole, be dust, be dream, be wind...."

Assalamualaikum
“Be hole, be dust, be dream, be wind
Be night, be dark, be wish, be mind,
Now slip, now slide, now move unseen,
Above, beneath, betwixt, between.” 
 Neil Gaiman, The Graveyard Book


Hari ni hari khamis. Khamis malam jumaat bro, malam sunat bersama bini. Bukan malam sunat nak membontot anak ikan. Haha... Rutin macam biasa ler, malam ni pas ngaji, baca Yaasin (lantak pi ler orang nak kata bidaah ker hapa, yang penting tu satu bentu pendidikan supaya ada ler masa nak spend untuk baca Yaasin). Dah terbiasa sejak skola asrama dulu (c??? banyak jerk benda baek boleh timba kat asrama ni....bukan aktiviti membontot jerk...hehehe).


Pagi semalam sebelom pi bilik gelap, senior aku dok citer pasal citer hantu kat institut ni. Macam haram, dah aku cuak dok bertapa dalam bilik gelap tu sorang2. Dah ler kat hujung dunia, sempit plak tu. Kalau depa dok nyakat aku, kunci pintu tu, mau nyer xda sape nak dengo aku terpekik2. Huhui.... Kuatkan semangat.... Relax jer. Baca kuat2! Biar sume dengaq... hehe....

Fallahu hoiran hafizan wa hua arhamur rohimin.
Wa la haula wala quwwata illa billahil aliyyul adzim!


Actually ayat ni pon dah biasa amalkan pas solat. Takde doa panjang2 eh, aku nyer doa simple jerk. Sebagai ayat pelindung. Pelindung daripada makhluk2 yang nampak dek mata (makroorganisma...hehehe), ngan yang tak nampak dek mata (mikroorganisma... lalala~). Ha...ni pon satu bentuk pendidikan, boleh amalkan sama2.


Yang sebeno2nyer, aku ni nak share video. Since semalam aku melepak frust ttonggeng tengok pokemon best wishes season 2, aku ternampak ler video ni. Actually, video pendek.... ermm... mungkin boleh kata movie.... hehe... entah ler yoppppp.... Enjoy! Jangan nak inzal depan lappy korang tu sudah. Kalo yer pon, bukan lappy aku. Haha....













"Don't matter if you believe in them or not. If they're there, they're there!"

 Joan Lowery Nixon,The Haunting

Wednesday, 11 September 2013

Tears of joy...

Assalamualaikum
Tetiba aku teringat sesuatu. Sesuatu yang berkaitan dengan hujan. Yer la, sekarang kan hujan jer. Asal malam nak ujan, asal ujan nak malam. Hehe... kisahnya pasal perihal seseorang yang suka lari daripada rahmat Allah. Bila ditanya kepada si Fulan, siapakah gerangannya manusia itu? Jawabnya itulah orang biasa... bukannya orang kurang siuman dan sebagainya. Kita juga selalu melakukannya. Bukankah hujan itu rahmat Allah? Ramai yang mengharapkan hujan turun, lebih2 lagi bagi daerah yang kontang. Tapi bukankah ramai juga yang melarikan diri dan mencari teduhan tatkala hujan mula turun membasahi bumi? Sangat bermakna jawapannya itu...

Sekarang ni musim ujan. so, kena ler standby payung kat bilik dan office. So, senang. Saat orang laen terhegeh2 menunggu hujan berhenti,  aku berjalan membelah hujan lebat dengan payung "Man of Steel KFC". Haa... bangga ok? Ang ada? non-ada! Haha.... Cuma harap2 la, aku x demam sekarang ni. Sebab kalo aku demam, En.Bobot kata aku akan jadi "sweet" sangat. Sweet tang mana xtao. Memang ler sakit penghapus dosa, tapi kalo selalu sakit, selalu demam, tu macam petanda yang diri tu banyak dosa plak kan? Huhui....

Cuma time kecik2 dulu aku ni suka maen kat longkang, aku pi tangkap anak ikan. Suka maen anak ikan. Rasa happy...tengok dia berenang2... So, nak dijadikan cerita, aku ada ler tangkap beberapa nak ikan keli. So, bila time hujan, aku lepaskan depa kat lopak air depan rumah. Pastu buat origami sampan bagai....then tolak sampan tu kat ikan2 tu. Konon2nyer, macam nelayan ler nak tangkap ikan. Zuuuuppp! Sepantas kilat, aku cekop anak ikan keli tu, pastu letak dalam bekas. Sorry, masa bermaen dah tamat, sila dok dalam akuarium tu diam2... Hehe...

Dan yang bestnyer, past hujan, mesti aku keluar. Aku keluar sebab nak hidu "bau" hujan. Bau segar yang amat. Macam minyak wangi Avon yang nama "Rain" tu.... lebih kurang bau segar macam tu ler.... Rindunya bau tu.... Hehe...


“I always like walking in the rain, so no one can see me crying.” 
Charlie Chaplin (1889-1977)- English comic actor and filmmaker





“I always like walking in the rain, so no one can see me crying.

Sunday, 8 September 2013

Time flies....

Assalamualaikum
Hujung minggu! Pagi hujung minggu aku penuhi dengan rutin biasa, berjogging di tasik. Walaupon semenjak dua menjak ni aku suka ikut treck luo... tapi ikot trek dalam lebih aku senangi. Mungkin lebih banyak anak ikan yang boleh aku usha... (hahaha... tu mungkin salah satu faktor penting), atau mungkin suasananyer yang agak menghijau berbanding trek di luo.

Pagi tadi aku ikut trek dalam (rindu mungkin..sebab dah berbulan lamanya tak ikut laluan ni...), menelusuri tepian tasik, seolah2 menawaf kelilingnya... melewati batang2 tubuh yang juga sebuk berjogging seperti aku. Ada yang tua, muda, yang gempal, juga yang kekar (kiranya ini saja yang mencuri perhatianku..hahaha...). Dulu kawasan tasik ini dipenuhi dengan pokok nailofar (juga dipanggil teratai oleh kalian) yang kembang tatkala sinar mentari mula menembusi celahan awan yang polos. Tapi kini tidak lagi, malah langsung tiada yang tersisa. Yang ada hanyalah rumpun alga dan rumpai yang sarat memenuhi tiap penjuru tasik ini. Dan apabila melihat ikan tilapia yang diam (tiada riak air yang aku lihat) di celahan daun kering, biasa membuatkan hatiku tersentuh... Mungkin aku bisa tenang sepertinya... Aku mengharap...!

Dan tiba2 teringat aku akan sesuatu bila melalui trek luo semalam. Ada pohon rambutan yang rimbun dengan putiknya. Aku tersenyum....sudah setahun rupanya.... (ataupon sebenarnya hampir2 setahun, iaitu sebelas bulan lamanya). Seingat aku aku masih disini setahun yang lepas... Selama setahun ini, aku mengenali PLU.... Setahun ini juga aku berkasih dengannya... kebahagiaan yang tiada taranya. Adakah ini nikmat yang patut aku syukuri? Entah.... sesuatu yang seperti ini, mana mungkin kita nisbahkan sebagai sesuatu yang patut disyukuri....
Ya, benar seperti katanya Imam Al-Ghazali kepada murid2nya. Yang paling jauh dengan kita di dunia ini adalah masa yang telah berlalu... Hargai setiap detik yang kalian miliki kerana waktu yang terlepas itu takkan mungkin berulang kembali. Waktu yang berlalu terus meninggalkan kita...meninggalkan memori semalam sebagai pengalaman untuk kita. Berbahagilah andai harimu kini lebih baek daripada semalam....


"Time flies over us, but leaves it shadow behind"
Nathaniel Hawthorn (1804-1864), American novelist and short story writer

Friday, 6 September 2013

If you had a bad day...

Assalamualaikum

Semalam hari yang tak berapa nak ok untuk aku. Mulernyer, pagi tu dah happy gile sebab dapat result. Tapi belah petangnye tak berapa nak happy. Biasa ler.... masalah research. Ada parameter baru kena tambah, tah biler nyer aku nak habis ni. Suke sangat depa ni "bela" aku kat sini. Tak tao agaknyer yang aku ni dah "letih" dok kat sini. Takde life betol....

Pastu yang belah sana pon tak berapa nak ok gak. Muharam problem. Asyik nak makan duit jerk. En.Bobot suruh aku wat dia happy, tapi aku pon tak berapa nak happy... macam mana nak happykan dia plak. Huhui... Entah.... biarkan berlalu...

Pastu pagi ni sangkut plak dalam lif. Tekan2 button alarm banyak kali tapi takde respond. Nak 20 minit gak. Pastu gelabah gak ler, takot lif tu terhempas jer. tingkat 9 kot...huhui... Nasib baek nset ada line, terus mesej senior. Huhui.... Kalo tak, memang call bomba ler, bagi kopak pintu lif tu...

Hari ni kena sambung lagi...esok pon...lusa pon.... hurmmmm....biler la aku nak berehat ni. Time cuti pon kena bekerja. Nak bercuti (dah la cuti pon takde), nak merasa bayu laut bertiup... menderu... menerpa tubuh ini...... Bertahan ler... empat bulan jer lagi.... InsyaAllah, ada manis di hujung jalan....

Setiap malam aku ada buat bunyi "scary" kat En.Bobot. Hehe... tapi bila aku buat jer, mesti dia gelak. Gelak pulak dia. Orang tengah kiss dia, dia gelak pulak.... I love u.... love u a lot.....


muaaaaaah....muaaaaaahhh.....muaaaaaaahhhhhh....muuuuaaaaahhhhh......