Bismillahirrahmanirrahim.
Inilah suatu kisah yang diceritakan oleh orang tua-tua, asal semangat yang
berbuat satu ikatan antara dua kesateria. Adapun suatu ketika dulu di negeri
bawah angin, iaitu dipanggil orang negeri Samudera diamlah dua pemuda yang tinggal
di pinggir kampung. Maka diceritakan, mereka tiadalah pernah bersua walaupun diam
di mukim yang sama. Menurut syair sang penglipur, yang seorang dipanggil Fallen Angel dan seorang lagi Angel Without Wings ia digelar.
Kata
sahibul hayat, suatu hari terdengarlah riuh rendah perihal sang Raja mencari kesatria
untuk menyelamatkan puteri raja yang diculik naga, iaitu jelmaan ular
Saktimuna. Terpanggillah dua pemuda ini untuk menjadi kesateria, dengan niat
mahu menyelamatkan sang puteri. Dalam perjalanan, atas takdir Tuhan yang maha
Esa, maka bertemulah dua pemuda ini di suatu daerah yang dipanggil Pesbuk.
Zahirlah hajat masing-masing yang mahu menjadi kesateria di raja. Arakian bersetujulah
mereka untuk meneruskan perjalanan bersama, menuju ke gua pertapaan sang
Saktimuna.
Lalu,
majulah mereka mengharung ujian nan getir sepanjang pengembaraan itu. Sempurna tiga
purnama, tiadalah jua mereka sampai ke gua itu. Maka berkatalah pemuda yang
digelar Fallen Angel itu kepada temannya, “kiranya bekalan kita telah hampir habis
sedangkan tiada sampai lagi kita ke sana.” “Eloklah kita berpisah di sini, dan
meneruskan perjalanan masing-masing.” “Semoga andai ada jodoh takdir-Nya, kita
bersua di mulut gua Saktimuna bertapa.”
Maka
beratlah rasa Angel Without Wings untuk berpisah dengan sahabatnya itu. Sebak
rasa hatinya, namum digagahi jua langkahnya. Seperti dibicarakan, sesampai di
satu persimpangan, bercerailah dua jasad meneruskan pengembaraan masing-masing.
merempuh sad, berdua bermula,
menginjak bulan, menuju ke gua,
berpisah jasad, tiada rela,
di hujung jalan, moga bersua...