Noli Me Tangere- Jangan sentuh daku |
Last time aku ada borak2 dengan member pasal isu GAY/PLU ni. Dia kata ada terbaca dekat blog mana tah yang mengatakan bahawa GAY disebabkan oleh masalah genetik, so bukan pilihan mereka. Is it true? Hehe...
First of all, aku nak bagitao yang aku budak sains, dan aku bercakap berdasarkan fakta. Bukan berdasarkan artikel2 blog yang tiada citation untuk pembuktian. Since study aku at molecular part, mudah bagi aku untuk menerangkan kes faktor genetik ni.
Kita mulakan dengan fakta mengenai fenotipik (fizikal) GAY. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan GAY adalah left-handed dan pusaran rambutnya arah lawan jam. So aku pon snap la pic rambut aku yang tak berapa nak ada ni...
Walaupon aku left-handed, tapi pusaran rambut aku arah jam. Fuhhh.... tiba2 rasa lega... Hehe...
Seterusnya, analisis pedigree kekeluargaan menunjukkan bahawa kebanyakan GAY mempunyai adik beradik lelaki yang ramai. Kajian juga menunjukkan bahawa warisan adalah daripada sebelah ibu. So, walaupun seorang GAY tidak mempunyai anak kandung, warisan "kegayan" itu akan tetap diwarisi menerusi waris belah ibu (adik beradik perempuan).
Ok, sekarang kita bincangkan pula tajuk ini daripada sudut faktor GENETIK. Perlu diingatkan, fenotipik (kefizikalan) dipengaruhi oleh KOMBINASI GENETIK dan faktor PERSEKITARAN. Faktor PERSEKITARAN melibatkan pengalaman masa lepas, life style, public exposure, trauma, sociology, psychology, dan lain2 lagi... Kajian di New Zealand yang melibatkan 13 000 respondan telah mendedahkan bahawa GAY adalah dipengaruhi oleh masa silam/zaman kecil individu itu.
Untuk membuktikan bahawa GAY adalah disebabkan oleh faktor genetik, kajian "Twin study" telah dijalankan. Disebabkan kembar berkongsi maklumat genetik yang hampir sama, golongan ini menjadi sasaran pensampelan yang baik untuk mengkaji isu ini. Keputusannya pelbagai. Walaupun ada penyelidik yang berjaya membuktikan adanya kaitan genetik dengan "kegayan" menerusi method ini, kebolehpercayaannya dipertikai menerusi kaedah pensampelan yang bersifat bias. Penyelidik lain GAGAL menunjukkan sebarang hubungkait antara GAY dengan faktor genetik menerusi kaedah ini.
Dalam sains, langkah pengesahsahihan (validation part) penting bagi mengesahkan sesuatu hasil keputusan eksperiment. Kaedah microarray (validation method) telah GAGAL mengesan sebarang gen yang bertanggungjawab terhadap orientasi seksual ini.
Tuntasnya, tiada bukti jelas dan sahih yang menunjukkan bahawa GAY adalah disebabkan/ dipengaruhi oleh faktor genetik. Hakikatnya, semuanya bermula apabila Dean Hammer melaporkan di Science Journal bahawa wujudnya perkaitan antara GAY dan GENETIK. Selanjutnya isu ini diperbesarkan oleh media.
*There is no evidence that shows that homosexuality is simply "genetic." And none of the research claims there is. Only the press and certain researchers do, when speaking in sound bites to the public.-Steven Goldberg-
Ps: aku tak letak citation untuk article ni melainkan nama Dean Hammer tu. Kalau nak baca journal dia tu, silakan...ada article dia kat Science Magazine juga berhubung isu ini. Lain2 faktor yang aku tak sebutkan adalah kawalan hormon. Boleh baca sendiri.