Monday, 17 June 2013

4

Assalamualaikum



Hari ni mood tak berapa nak baek. Bukan datang bulan, datang matahari pon bukan juga. Cuma angin jer yang bertiup kencang.... So, aku just nak share tentang perangai yang perlu kita tahu. Buatlah ujian personaliti untuk mengetahuinya. Banyak open source yang boleh kita guna kat internet untuk menilai perwatakan dan perangai diri kita.


Secara amnya, manusia normal cenderung kepada 4 jenis perangai. Dalam bahasa omputih ia dinamakan Sanguine, Choleric, Melancholic dan juga Phlegmatic. Dalam bahasa melayunya pula ia diterjemahkan sebagai Optimis, Meradang, Sedih dan Dingin.


1.Sanguine/ Optimis
Mereka ini golongan yang pandai bergaul. Mereka tabah dikala sukar, penuh dengan ayat2 memotivasikan diri, kreatif, bersemangat, dan sentiasa bertenaga dalam memulakan sesuatu. Mereka suka untuk menjadi popular dan menarik perhatian ramai. Mereka ada banyak kawan2. Mereka suka bercakap, suka membuat kerja, suka menolong orang lain dan berkeinginan untuk tahu sesuatu yang baru. Mereka mahu menjadi "kanak2" untuk selama2nya. Golongan ini kurang rasa malu, dan berkeyakinan tinggi terhadap apa jua yang dilakukan.


2.Choleric/ Meradang
Mereka ialah golongan yang kuat. Mereka ada semangat kepimpinan yang kukuh. Mereka sangat setia, berani, dan bebas untuk menentukan halatuju diri sendiri. Mereka "terpaksa" dan sentiasa mahukan perubahan. Golongan ini agak keras kepala, tegas, bermatlamat, teratur dan tidak memerlukan sangat kawan. Mereka sentiasa menjadi harapan pada saat2 genting. Akan tetapi, mereka yang tergolong dalam kelompok ini akan cepat murung jika gagal dalam melaksanakan sesuat.


3.Melancholic/ Sedih
Melankolik ialah golongan yang sensitif. Mereka mampu mamahami hati dan perasaan orang lain dengan mendalam. Mereka menghargai kesenian. Mereka mudah belajar, menganalisis, serius dan berbakat. Mereka ialah orang yang mementingkan kesempurnaan dan suka kepada perincian. Mereka juga cenderung untuk mencari pasangan yang ideal untuk mereka. Mereka tidak suka kepada perhatian ramai dan cenderung untuk kekal dibelakang.


4.Phlegmatic/ Dingin
Apatis ialah golongan yang aman. Mereka sentiasa stabil, bersabar dan berbelas kasihan terhadap orang lain. Mereka kekal tenang sewaktu orang lain berada dalam kekeliruan. Mereka merendah diri, pendiam, pendengar yang bagus, dan sentiasa gembira dengan kehidupan yang mereka ada. Mereka selalu menjadi pengantara, dan mudah menyesuaikan diri dengan orang lain.Selalunya mereka cenderung untuk kekal dalam keadaan yang meyakinkan dan stabil serta tidak suka kepada perubahan.


Mengetahui tentang personaliti diri sendiri sedikit sebanyak membantu cara pengurusan emosi. Amnya, kita akan lebih memahami perwatakan dan perangai diri sendiri. Secara khususnya, kita dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri kita. Kelebihan tu boleh kita gunakan untuk manfaat bersama manakala kelemahan tu boleh kita perbaiki daripada semasa ke semasa.


Aku dah buat ujian personaliti ni banyak kali menggunakan open source yang berlainan dengan set soal selidik yang berlainan. Jawapannya antara 2.... Sama ada Phlegmatic atau Melancholic. Ikon aku kesedihan atau dingin. Perwatakan aku yang manja di alam maya tak mencerminkan siapa aku di alam realiti. Aku mungkin gembira bila bersama korang, tapi tak bila aku kembali ke realiti.  Hakikatnya aku memang orang yang dingin, serius, dan tak mudah nak senyum. Aku mungkin kuat kat luo, tapi tak bila berada dalam dunia "orang macam kita"... Aku taktao macam nak expresskan perasaan ni...


Dan tolong... aku minta tolong sangat2...agar jangan buat aku sedih lagi... Meskipon aku mencintaimu, tapi aku juga rapuh bila bersamamu...

10 comments:

  1. Wei, pesal ko tulis dialek kuantan ne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuantan ada dialek ker? huhui.... tak pernah tao pon. Kebetulan yang membawa kemujuran kot?

      Delete
    2. Ye. ade le.. kemujurn pe kh?

      Delete
  2. Kita cemburu sebab sayang, tapi sebab cemburu cinta kita melayang layang. Kita ego sebab sayang, dan sebab ego kita kehilangan yg tersayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berlapik kata batas dijaga
      bila dirimu sudah dimilik
      peluang semuka diberi juga
      asal laku x yg pelik2...

      Delete
    2. Dimana laku yg pelik2,
      Peluang semuka kuhargai juga
      diriku redha apa yg terjadik,
      Moga kalian bahagia sentiasa

      Delete
    3. berbuat baek berpada2
      kelak ia disalah tafsirkan
      apa yg pelik pastinya ada
      sekecil mana tetap dirasakan

      Delete
  3. i am a combination of both sanguine n melancholic. i will always score 50-50 between sanguine n melancholic. this is what therapist or counselor call opposite blend :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... benda ni pasal kecenderungan jer... Kita mungkin ada pembahagian yang seimbang 25-25-25-25. Semua perangai2 yang ada dalam test tu bersifat umum (walaupon ada test yang cuba memperincikannya), dan kita mungkin ada kesemua pilihan sifat2 tu secara serentak dalam kehidupan kita...

      Delete