Sunday, 16 June 2013

Bila si teruna memasak Part 10

Asalamualaikum






Cabaran dua hari satu malam bermula! Jumaat lepas aku balik rumah kakak aku. Pergh... penat giler usha anak ikan dalam komuter.. (hehe... matilah kena pelangkong ngan En.BF). Takda lah, balik dari opiz, basuh baju, pastu siap2 nak balik rumah kakak, memang penat la terkejar2. Nasib baek ada teksi, kalo tak memang plan nak jalan kaki ikot Tasek Permaisuri... (Huhui, takot gak, silap2 hari bulan, kena liwat beramai2 kat situ....

Pagi sabtu tu, aku pi paso beso untuk beli bahan2 nak masak. Ada nampak ketam beso, tapi bajet tak berapa nak ada. So, beli ayam jer la... Lagi2 ayam... Hurmm... nasib ko ler labu... Pagi tu lepas balik daripada paso, terus siap2 uli tepung. Mau buat donut! Tapi kat kedai takde jem blueberry...so guna mentega kacang jer untuk filling donut tu. Bukan kat tengah2 donut tu, tapi dalam donut! Hehe... Sejam jugak nak tunggu doh tu naik, sementara tu, disebabkan lapo, aku masak spaghetti goreng. Hehe, guna angel hair jerk... goreng guna rempah pizza.

Spaghetti goreng campak2... haha....

Pastu, bila siap jer masak spegeti tu, doh pon dah ready untuk dipecahkan daranya. Hehe... yok lobangkan donut tu. Usaha bersungguh2 yer bro... Oleh sebab ada antara member aku yang tak pernah dengaq pasai donut sambal, aku pon buat la dua variasi donut. Donut peanut butter dan donut sambal... Honestly, aku prefer donut sambal daripada donut gula.

Donut sambal dan donut peanut butter

Pastu, lunch aku masak biasa2 jerk. Teringat makan ayam goreng kicap berempah masa blaja kat kelantan dulu, terus aku buat. Ayam digoreng macam biasa, pastu letak kicap, serbuk kari dan daun kari. Rasa lagi sedap daripada ayam kicap berkuah yang biasa kita makan tu. Resepi ni tak berkuah, so, kicapnya agak pekat. Better gunakan kicap lemak manis berbanding kicap masin kalau korang nak rasa yang awesome. Masak plak sayur kobis masak lemak. So, ada la kuah kat situ, takda la tercekik kan? Hehe...

Resepi aku cilok masa blaja kat kelantan.

Untuk teatime plak, special skit. Aku tengok kat dapur ada bagi beras pulut yang lalu. Plan nak masak kuih berasaskan pulut. Ok, dan terhasillah trio ni. Pulut rendam macam biasa sebelum tanak, lebih kurang 2-3 jam. Pastu tanak dengan santan dan sedikit garam. Time aku tanak tu, ada pulut yang masih bertih dan masak tak rata. So, aku transfer kat pengukus. Guna pengukus lagi selamat. Takde masalah pulut hangit ker, or pulut terlebih air. Hehe... Time transfer tu aku warnakan skit dengan kaler ijau untuk kuih lopis, yang laen kekal putih.

Trio; Pulut serunding, Kuih lopiz dan Pulut mangga. 3some is awesome! Hehe...

Untuk serunding, korang campak2 jer bawang, jintan, sambal, udang kering dalam kuali. Letak garam, tumis sat, pastu masuk terus kelapa parut. Settle! Untuk kuih lopis, just kepal2 pulut tu. Then, wat la air gula, aku guna gula merah jer. Untuk pulut mangga pulak, aku didihkan santan pekat ngan sikit garam, curah atas bebola pulut yang telah dikepal. Mangga pulak aku sira ngan gula melaka. Siaaaaaaapppppp!!!

Pagi tadi aku melantak jer pulut tu sampai habis sambil tengok kartun. Hehe... Kejap jer dah abis... Eeerrrkkkkkk! Alhamdulillah, kenyang. Lunch aku masak nasi ayam pulak.

Simple. Ayam aku rebus dulu. Air rebusan aku guna untuk masak nasi ayam. Lepas rebus aku perap ngan kicap, rempah, kunyit dan garam. Pastu boleh goreng sampai garing. Warna dia akan jadi macam ayam panggang. Walla!

Untuk cili pulak, buang biji cili hidup tu, blender pastu campur ngan sos cili dan sedikit cuka untuk "memasakkannya". Cairkan dengan air kalau terlalu pekat. Kicap pulak, ikot suka hati korang nak guna kicap pekat ker aper. Aku guna kicap pekat yang dicairkan dengan baki air rebusan ayam.

Untuk sup, buat la macam masak sup ayam yang biasa tu. Tak ada yang istimewanya pon. Hehe... (padahal malas nak menerangkan prosesnya...hehe). Kalau tak reti gak, guna jer sup bunjut...

Ulamnya pula, korang letak la hirisan timun ker, tomato ker. Kalau ada daun salad lagi mengancam! Tapi dalam peti ais tu ada timun ngan tomato jer, so guna jer la apa ada.

Nasi ayam yang enak... nyum2.... Serius! Memang sedap gilerrrrr bro!

Untuk teatime pulak,  misi aku adalah untuk habiskan kelapa yang digunakan untuk buat serunding semalam. Ada baki sikit lagi, dalam segenggam. Tengok kat dapur ada tepung pulut ngan gula melaka. Plan nak buat ondeh2... Aku blender daun pandan untuk amik pati dia. Then guna pewarna merah dan kordial keladi yang aku amik daripada dalam peti ais (lama dah beli, tapi takde sapa nak buat air keladi ni... huhu...) Simple, bancuh tepung ngan pati2 tadi (make sure letak sikit garam kat dalam pati2 tu). Pastu uli sampai jadi macam tanah liat (mudah dikepal2). Amik sikit, masukkan gula melaka kat tengah, gentel bulat2. Campak dalam air yang sedang mendidih. Bila masak, dia akan terapung. Amik, dan golekkan kan parutan kelapa yang telah dicampurkan dengan sedikit garam (sikit jer tao, jangan banyak2...). Ok, siap untuk ditelan! Haha...

Ondeh2 yer kawan2... bukan epok2... Hehe....

Dengan ini, tamatlah cabaran dua hari satu malam. Moga kita berjumpa di episod yang akan datang (rasanya nak stop dulu kot entri BILA SI TERUNA MEMASAK ni untuk sementara waktu sempena bulan ramadan yang bakal tiba. Hehe... Sebab bila puasa, life aku akan jadi sangat simple. Beli kat bazar jer. Haha...
Sekian.




*Kesian kat En.BF, takda sape nak masakkan untuk dia. kalau ada kesempatan nanti, kita dinner sama2 yer sayang? Muuuaaahhhhhh!

19 comments:

  1. aehh xboleh beli kat bazar, ur bf nak berbuka dengan air tangan awak.. lalaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak amik air kat tangan ni! amik! amik! bluerkkkkk!

      Delete
    2. haha, sengal.. air tangan ler bukan air kat tangan... bluerkkkk!!!!!

      Delete
    3. air laen nak tak? hehe~

      Delete
  2. sronok sungguh masak2 ye.
    nxt time buat class on9 k..cnfirm laku lar..
    lepas ni tkar nama jd Chef Angel plak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... kan? syarikat penyiaran sila lamar saya... please...please... sila taja rancangan saya... haha

      Delete
    2. nak antaq nama awak masuk rancangan masakan TV alhijrah boleh x?? hehe

      Delete
    3. xmao... x berprestij... haha. lariiiiiiiii~

      Delete
  3. Pandainyaa dia masak. Mengalahkan saya yang perempuan ni. HUH! Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki yang macho akan bertambah hot bila pandai memasak... dan itu dah cukup untuk membuatkan perempuan terlio... haha... Puteri terlio x ni? Hehe...

      *ayat tak boleh blah....

      Delete
  4. Aikk, pandainya cakap dialek Kuantan! Terlio makanan je ea. Not guy :P. Kita terliokan Eks kite je tapi dia tak pandai masak cam Fallen Angel. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai masak x bermakna juga kalo mknn tu x dijamah.... kan? kan? nanti membazir jerk...

      Delete
  5. assalamulaikum hai masak mengalah chef di hotel sedapnya dengan ada pencuci mulut nya nampaknya seperti buffet spread di hotel yer ,puji bukan nya puji -pujian raihan tau tapi puji dari hati yang ikhlas tau .hai tak mau masuk ke master chef malaysia ke .masak dari hati yang ikhlas dan passionate dalam bidang masakan mestinya sedap.suka baca bila teruna masak dapat banyak tip kan ,di sudahi kalam dengan assalamulaikum .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam... masak sebab lapo.... huhui... mkn kt hotel memang sedap... mkn kt gerai tepi jalan pon sedap... makan masak sendiri lg sedap sbb kpuasan tu ada, lg2 bila ada yg sendawa kekenyangan mnikmati masakan kita...

      Delete
    2. betui kata fallen angel kalau lah kita masak sendiri satu nya kita boleh belajar menambahkan ilmu ,dan kita boleh menjimatkan perbelanjaan kita ,,bagi acu acu suka masak juga kita mendapat kepuasanbila tenguk orang habis makan makanan kitatu ,pujian sedap tu jatuh nombor tiga atau empat ,kita tenguk mereka akan tambah lagi itu yang paling seronok ,dan berkobar-kobar nak cuba yang lain pula resepi ,he he

      Delete
    3. lg berkobar2 nk ngap En.BF plak pas kenyang mkn...

      Delete
    4. ha ha acu pun sama la tunggu bf acu datang jumpa acu lepas ngap dier acu masak macam-macam letih he he bagi dier makan untuk dua hari dier akan ingat kita selama -lama nya .seperti orang tua kata kalau lah hendak tambat suami kita hendak lah melalui masakan he he ,

      Delete
  6. harap2 dapat makan donut bersambal ulang bulan ni.. hehe..muahh

    ReplyDelete