Thursday, 13 June 2013

Arrogant and cocky

Assalamualaikum

Sepanjang seusia aku mengenali dunia "orang macam kita", aku dapati macam ada trend dalam dunia ni bila dibandingkan dengan dunia str8 especially bila memperkatakan isu "arrogant" dan "cocky". Menurut pembacaan aku, kebanyakan orang bersetuju apabila dikatakan "arrogant" dan "cocky" tidak berkait dengan sexuality kerana golongan str8 juga ada sifat yang menjengkelkan ini. Tapi sepanjang aku berkenalan ngan "orang macam kita" kat FB, kebanyakkannya memang macam tu. Agak2 aku macam tu tak? Hehe...

Dulu, masa aku mula2 keluar dari kepompong, aku yang masih lagi naif ni ada la bertemu dengan insan2 yang mengamalkan cara hidup "orang macam kita". Yang aku tak berkenan tu bila diri tu nak berlagak jer lebih. For example, ada sorang brother tu bila cerita tak boleh blah. Kononnya belajar kat kolej luar negara, then kerja yang bagus2. Melalui penceritaan dia tu dah buat aku rasa meluat. Kenapa kalau kau belajar kat luar negara? So what? Mungkin ada orang yang akan pandang benda2 tu, orang2 yang akan rasa kagum dengan "kelulusan" kau tu, tapi jujurnya aku rasa ia agak menjengkelkan. Kerana apa? Kerana hakikatnya kolej dia blaja tu kat malaysia jer pon, yang ada collaboration yang overseas, dan kerja dia pon bukan la sebagus mana sebagaimana yang dikhabarkan kepada aku... Sembang nak kencang...padahal monyet jer kot yang goncang pokok, bukan ada taufan pon....

Dulu masa aku degree, aku ada kawan yang suka berlagak ni. Semua orang tak suka borak dengan dia, sebab mesti akan ada masa mamat tu nak berlagak gempak. Tapi jujurnya aku tiada masalah dengan perangai dia. Suka jer bila sembang dengan dia. Sebab apa? Sebab aku rasa dia berhak. Sebab memang dia bagus! So memang tempat dia memang kat situ. Sebab aku tao kat mana level aku bila sembang ngan dia.

Waktu aku aktif kat FB dulu, aku ada la berhadapan dengan "orang macam kita" yang jenis arrogant ni. Pantang nampak orang lebih daripada dia. Sebagai contoh, bila berkenal2an tu ada la yang minta pic. Then dia nak webcam plak ngan aku, sebab nak tengok aku. Bila aku menolak, macam2 dia maki kat aku... Babi la... Bla...bla... Aku relax jer bro, sebab aku tao mungkin dia rasa tergugat. Yer lah, jantan macho la katakan.... Hehe, macho2 pon bengkok gak bro... Tak payah nak blagak sangat lah...

Bila aku baca2 kat forum, aku dapatlah mengenal pasti sebab2 bila ada "orang macam kita" yang bersikap "arrogant" dan "cocky" ni. Antaranya, perasan hot sampai semua jantan terhegeh2 kat dia. Especially yang bila pos pic kat wall jer, berderet yang komen memuji (padahal semua orang tao kau nak ape..hehehe). Bila ada muka sikit, body fit sikit, meninggi diri sampai tak cecah bumi.

Ada juga yang sebab bajet bagus dan rasa orang laen tak ada yang setanding dengan dia. Mungkin ada yang rasa yang tak hensem tak layak berkawan dengan mereka. Nak berkawan dengan yang hensem2 dan yang comel2 jerk. Belum buku berjumpa ruas lagi bro. Sampai masa, kita akan jumpa juga. Masa tu, orang yang lebih "alpha male" akan mendahului kita dan menunjukkan macam mana cara nak berkawan yang sebenarnya... Ingat lagi cerita Nabi Musa dengan Nabi Khaidir? Asbab Nabi Musa kena cari Nabi Khaidir tu? Untuk kita sedar, ada yang lebih bagus daripada kita ni...

Ada juga yang berlagak ni sebab nak dapatkan respek. Bukan apa bro, respect is something that you learn and earn. Kita tak boleh merendahkan orang laen untuk nampak lebih mulia dan hebat sebab ianya rasa yang terbit sendiri atas kerelaan.  Sebagai contoh, kita boleh ajar orang2 muda untuk menghormati golongan yang lebih senior, tapi tu tak cukup. Kalau golongan senior tu sendiri yang tak betol, then harap dengan didikan tu akan buat orang respek kat mereka, kirim salam jer laaa...

Tak boleh ke kalo just be yourself? Toksah lah nak berlagak sangat. Tak ke mana bro. Setakat pisang muda yang kau jaja, banyak kali orang pegang akan lebam gak. Bila dah lebam, ada sesapa lagi nak? Haha, bagi kat monyet atas pokok tu je la...

Cuma aku teringat kata2 ustaz aku time sekolah tu. Kita biarkanlah orang yang berlagak tu meninggi diri sampai dia tau erti tersungkur ke tanah. Biar dia belajar sendiri... Tapi kadang kala kita kena ajar juga dia. Dengan cara apa? Dengan cara berlagak kembali padanya... Biar dia tau langit tinggi ke rendah... Dan itu lah yang aku sedang buat sekarang...







*Bila dengan dia, aku lebih menghargai apa yang aku ada. Aku tak janjikan angan2 tapi apa yang ada di tangan....

12 comments:

  1. Replies
    1. jempolan.... nak hadiah! nak hadiah!

      Delete
    2. org yg jaja ketiak busyuk agak2 lama2 lps tu bleh wangi dak??

      Delete
    3. cuba la ang try bau.... haha...

      Delete
  2. Satu aku tk fhm. pe maksud Arrogant And Cocky?

    ReplyDelete
  3. ehem-ehem bukan angan2 tapi apa yang ditangan.. nak tanya.. apa yang ada di tangan encik bf lalala.. hehe

    ReplyDelete