Thursday, 13 June 2013

Kuncinya padaku...

Assalamualaikum





Kuncinya padaku, dan kuncinya itu ialah kamu!  Kunci ape plak ni? Hari ni nak share kunci kekuatan dan kebahagiaan sesuatu perhubungan. Disebabkan En.BF asyik tanya aku soalan yang sama, sama ada aku bosan atau tak dengan dia? Aku pon jawablah...

"Sampai detik ni abang tak bosan ngan mal."
"Tapi kalau ada apa2 yang berlaku, kita bincang yer?"

Sesuatu hubungan tu tak akan sempurna. Kesempurnaan pada makhluk hanya meletakkan satu had tertentu terhadap keupayaannya. Tapi kita boleh berusaha ke arahnya... Bagaimana?

1. Hormat
Semua orang bergurau senda, tapi ada batasnya. Kita kena sedar yang hakikat setiap antara kita adalah berbeza dan kita kena belajar menerimanya. Hanya kerana kita "kipas susah mati" terhadap sesuatu, tak bermaksud pasangan kita juga perlu menyukainya. Dan ingat, jangan cuba sesekali mengubah hidup seseorang mengikut kehendak dan kepentingan diri sendiri. Erti hidup pada memberi (iaitu apa  yang telah kita berikan dalam usaha untuk menerima dia). Mengubah hanyalah akan menjadi titik tolak kekecewaan bila apa yang kita usahakan itu tidak berjaya. Tapi lain halnya jika kita sendiri yang mahu mengubah diri sendiri. Seperti lagu The Reason-Hoobastank:

 I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new 
And the reason is you


2. Komunikasi
Nyatakan apa yang kita rasa kepada pasangan kita. Jangan terlalu berkias kerana ia mungkin akan disalahtafsirkan oleh pasangan anda. Seelok2nya, bawa berbincang jika muncul konflik dan isu. Perjelaskan semuanya agar tiada masalah sama berulang pada masa akan datang. Jangan berharap untuk orang memahami kita dengan hanya berfikir yang dia akan memahami kita. Mungkin bagi kita mudah untuk difahami, tapi tidak bagi dia jika tidak disertakan dengan penjelasan. Belajar untuk lebih mendengar masalah pasangan anda, berbanding memberikan pendapat.


3. Batasan
Tahu dan sedar batasan anda sebagai pasangan. Jangan cuba melepasi sempadan privasi. Ada perkara yang perlu dikongsi, dan akan perkara yang tidak perlu. Respek ruang peribadi dan privasi pasangan anda. Sikap terlalu mengongkong hanya akan membuatkan pasangan anda rasa bosan dan memberontak.


4. Percaya
Percaya amat penting dalam perhubungan tetapi jangan pula percaya membuta tuli. Jika anda sukar untuk mempercayai orang lain, maka eloklah anda mempertimbangkan semula niat untuk menjalinkan hubungan dengan seseorang. Oleh itu tidak menjadi masalah jika pasangan anda mahu menghabiskan masa hujung minggu bersama teman2 rapat, ahli keluarga, ataupun teman sekerja. Berikan sedikit ruang kepada pasangan anda. Nilai kepercayaan akan menguatkan hubungan dan bukannya melemahkannya.


5. Spontan
Ingat lagi perkara bodoh yang anda lakukan tika kali pertama berkenalan dengan pasangan anda? Jangan hanya kerana anda telah berpasangan dengan pasangan anda, perkara2 sebegini telah dilupakan. Kadang kala perkara2 bodoh inilah yang akan menguatkan kembali ikatan yang terjalin. Sesekali berjenakalah dengan pasangan anda. Jangan terlalu formal (seperti entri yang saya nukilkan ini), bahkan cuba bersikap spontan. Kespontanan akan melahirkan kejutan untuk anda dan pasangan anda.

Walau apapun, kunci kesempurnaan sesuatu hubungan bukanlah "KESEMPURNAAN" itu sendiri, tetapi kesediaan untuk memberi dan menerima seadanya.


*Entri ini telah diolah daripada artikel asal yang bertajuk TOP FIVE KEYS TO HEALTHY RELATIONSHIP.  Esok genap 5 bulan dengan En.BF. Sayang dia sangat2... Muuuaaahhhhh...

12 comments:

  1. Bravo! pandai translate BI ke BM .. yeah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ofcoz ler, thesis aku kena translate English ke BM... Biol otak aku...

      Delete
  2. selamat ulang bulan sayang.. i love u so much

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat ulang bulan sayang... love u...

      Delete
  3. happy for both of you....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa...kindaichi kena la menyiasat. adakah ini kebahagian yang sebenar2nya... misteri di situ....

      Delete
  4. Hope happy ever after both of you

    ReplyDelete
  5. Selamat ulang bulan. Semoga happy selalu.

    ReplyDelete
  6. dalam banyak2 ni, suka tunggu hubby buat lawak spontan... kadang2 scary kadang2 sweet.. hehe... love u

    ReplyDelete