Tuesday 4 June 2013

Let bygones be bygones

Assalamualaikum


Dulu masa aku sekolah rendah, aku ni biasa2 jer. Akademik ok la, koko pon ok gak. Selalu gak wakil sekolah sebab pertandingan2 ni. Ada cikgu yang sayang aku. Daripada darjah satu dia jadi cikgu kelas aku sampai la darjah enam. Sebelum aku abis sekolah, dia ada panggil aku. Dia bagi satu buku, dia suruh baca apa dia tu tulis kat buku tu. Aku pon baca la, then aku pas kat dia balik. Dia tanya balik kat aku, kenapa pulang balik buku tu kat dia. Ambil la... (Ohhh...dia bagi hadiah buku tu kat aku rupanya. Baru faham... Haha...)

Pastu time aku sekolah menengah pulak. Time ni dah masuk sekolah elit. Agak susah nak menonjol. So aku join marching jer. Dari segi akademik memang susah nak fight ngan budak2 terpilih ni. Tapi xda la corot sangat. Time form 1 kitorang diranking ikot nama masa pendaftaran. Sepanjang 5 tahun kat situ, merasa gak la aku 2 kali masuk kelas pertama iaiatu masa form 2 dan form 5. So not bad la kan? Hehe...

Masa aku belajar kat situ, aku banyak habiskan masa ngan kawan2. Susah senang aku, aku ada kawan2. Yer la, family aku memang tak pernah melawat aku selama 5 tahun tu... Jauh...satu lagi takde kenderaan, tu la yang aku difahamkan. Mula2 tu aku sedih, tapi sepanjang aku 5 tahun kat situ, aku tak pernah nangis pon bila rindu kat family. Aku ada sketchbook. Aku suka melukis. Bila aku sedih aku akan melukis. Ada sekali tu kantoi ngan budak2 perempuan. Depa kemas2 locker kelas, depa jumpa sketchbook aku. Tapi kat sekolah aku, seni takde tempat. So benda tu sekadar hobi untuk mengurangkan kesedihan aku.

Pastu form 5, aku masuk form 6 sebab kena paksa ngan family. Pastu aku masuk matrik, pon sebab kena paksa dengan family. Lastly, bila aku dapat offer asasi, aku pergi dengan rela hati ikot pilihan aku sendiri. Kat sana macam kat sekolah dulu, tak pernah pon family datang melawat. Aku survive juga. Ada kawan baek yang memahami aku, ada kawan2 yang boleh aku harapkan. Bila aku last year kat sana, aku post barang jer sebab takde siapa nak datang amik. Jauh sangat. Hehe... tapi takpa, aku dah biasa.

Bila masuk u, aku tak dapat course yang aku nak. Tapi aku redha, aku teruskan jua. Past tiga tahun, grad juga aku dengan cemerlang. Walaupon tak dapat first class, tapi dah menghampirinya, dan aku puas hati ngan ape yang aku ada. Time nak konvo, family aku tak sabo2 nak datang. Tapi ada 2 pas jer untuk masuk dewan. So, mak ngan ayah aku je yang masuk. Time tu aku rasa nak nangis, akhirnya setelah sekian lama, diorang hargai "kehadiran" aku.

Pastu sekarang ni aku sambung belajar lagi. Sejak awek aku minta putus masa tahun akhir (stress aku sebab time tu minggu final...) jiwa ni kosong sampai la aku kenal member2 kat FB. Kat sini aku boleh nakal2, takde siapa tahu identiti aku. Kat FB juga aku kenal dia. Dia yang setia layan kerenah aku. Dia yang sudi menerima aku. Aku pernah bagitao dia...selepas hujan pelangi akan muncul... Dan aku nak dia tahu, dialah pelangi yang aku maksudkan. Meskipun hadirmu sementara, tapi cukup untuk membuatkanku bahagia...

Kenangan lalu mencorakkan siapa aku hari ini. Aku tak menangis sebab benda remeh2 sebab aku sedar yang aku kena kuat. Mungkin sebab tu hati aku keras sikit kot... Biarpun aku tak nampak sesiapa dibelakangku, tapi aku nampak kawan2 yang berdiri seiring denganku.


"Usahlah berdiri dibelakangku....berdirilah disebelahku. Kita ibarat juzuk pelangi, selanjar malah selari... tiada yang terkehadapan, tiada jua yang terkebelakang. Kita memburu dalam persaingan, menggapai impian bersama...."


Dan apabila aku menoleh kembali ke memori semalam, aku mengerti mengapa aku masih lagi kuat... Terima kasih atas segalanya....

18 comments:

  1. let bygones be bygones?? macam menarik dibuat cerpen.. pelisss buat cerpen, hehe... gantikan uspeakble love.. hehe lalala

    ReplyDelete
    Replies
    1. sengal... En.BF la yang buat. Dia lagi arif dengan novel, cerpen ni bagai...

      Delete
    2. cerpen tersasar dijalanmu pun xsambung2 lagi.. haha

      Delete
    3. nape tak sambung? malas ni....

      Delete
  2. A nice entry to make you realize who you are today ;)

    Both of you should appreciate each other love because the love get you guys together which is a rare things. I'm happy for both of you and appreciate the love yar ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tapi ang jangan buli budak kecik tu...

      Delete
  3. sketch book tu ko lukis apa?? ahaks! ;p

    ReplyDelete
  4. semua yg lepas mencorak kita yg sekarang,
    dan apa yg berlaku sekarang,mencorak kita di masa depan..

    aku suka post kau kali ni, menarik,simple and berisi..
    mantap,padat dan da bomb..

    have a great life with ur En.BF.. aku cemburu dulu, tp kini tidak lagi.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak yah cemburu ler mie.. aku, encik bf, kau manusia biasa, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.. cemburu ke arah kebaikan yang lebih utama kan.. saling share dan ingat mengingati bro..

      Delete
    2. mie... sila vote aku... hehe...

      Delete
  5. wow kenangan manis semasa di sekolah rendah sampai ke u bagai mana takdir menentukan terputus dengan awek tapi berjumpa dengan mr bf ,.satu olahan penceritaan yang menarik .

    ReplyDelete
  6. Was blogwalking. A nice piece of writing indeed.love your word choice. yeap. Nak regret zaman dulu2, dah lepas kan. things chang and we keep moving fwrd. =)

    ReplyDelete