Thursday, 30 May 2013

Metaiko's Dōjinshi

Assalamualaikum

kuat harimau..... aum...! aummm!


Semalam sebagaimana yang telah diupdate oleh En.BF, aku dok baca komik Dōjinshi karya Metaiko. Aku minat karya dia ni sebab kartun dia bersih, pastu bentuk badan karektor yang mengiurkan (hahaha...) disamping jalan cerita yang tak terlalu complicated.


So arini nak review skit pasal karya2 dia yang aku ada. Hehe... Bagi peminat manga jepun, aku rasa ok kot untuk korang baca sambil minum teh dan makan donut di waktu bosan...


1. Priapus
Priapus ni pasal watak yang ditugaskan oleh Zeus untuk satu misi penting. Ceritanya pasal Zeus yang dah bosan tengok aktiviti peperangan dikalangan manusia, di samping aktiviti tidak bermoral (macam la citer ni bermoral sangat kan? kan) yang laen seperti mencuri , merogol dan lain2 lagi... So, Priapus ni ditugaskan untuk meragut "virgin" tanpa darah. Macam mana nak ragut "virgin" tanpa darah? Hahaha...baca la sendiri...
Download link



 2. Priapus 2
Ok, ni kira sambungan watak Priapus yang terdahulu. Cuma kali ni dia ajar bagaimana nak trigger lelaki str8 untuk maen dengan lelaki. Yang kelakarnya, lelaki yang maen dengan Priapus tu menafikan ada perasaan dengan lelaki, tapi bila "bersama" Priapus, dia jatuh cinta dengan Priapus... Siap xmao kalah kali bila pancut awal.... Hahaha...  Ape yang terjadi kepada mereka berdua selepas tu? Siapa pulak pihak ketiga? Sila la baca yer...
Download link



3. Hamu and the boy who cried wolf
Ni kisah pasal 2 orang member. Satu hari ni depa pi lepak2 ngan member sampai mabuk. Pastu mamat ni pon kiss member dia. Tamat... Hahaha... tipu jer la. Benda ni tak berakhir kat situ jer... Disebabkan mamat ni mabuk, member dia tolong la bawa balik mamat ni balik. Pastu depa tengok blue Str8 sama2. Pastu kiss2, pastu buka baju bagai... Member mamat tu top. So sebelom dia maen tu dia kata la kat kawan mamat tu, lebih kurang macam ni la...
"Kalau kau tak halang aku malam ni, ko akan disuntut oleh seorang homo..."
So ape kata putus mamat tu? Rela ke paksa? Pi la baca sendiri...
Download link



4. The holy night
Pernah tak korang terbayang bila kena menghabiskan masa menjelang tahun baru berdua dengan lelaki? Ape yang akan terjadi? Sesuatu yang tidak normal akan berlaku kah? Hehe... citer ni str8 forward... tak ada liku2 bagai... Pages pon sikit jerk... Selamat membaca... Hehe...
Download link



5. With niichan.
Citer ni sweet... Suka baca. Tak mao ulas banyak sebab En.BF dah ulas semalam dalam entri With Niichan. So, kalo nak tao, baca lah yer... Hehe... Siap la budak kecik tu....
Download link



6. Gachinco battle
Perghhh.... yang ni serius best. Ada pertandingan lawan2... Tapi lawan ape? Kita kena buat pihak lawan pancut dulu. Hehe... Agak menarik bunyinya di situ kan? Sebagai hadiah, pemenang akan dapat apa jerk hajat di hati. Yang last part tu la yang paling best. Itu rupanya impian dia... Kalau nak tao, kena baca la yer?
Download link



*Link2 tu bukan aku punya. Aku copy daripada website. Untuk memanjangkan jangka hayat link + bagi kredit kat blogger yang upload komik ni, aku letak la link Adf.ly tu.... Kang dia nangis pulak kalo aku letak direct link.... Hehe...

Sunday, 26 May 2013

Ditto: How to be a good top

Assalamualaikum






Tadi aku ada la blog walking sebab nak cari artikel ilmiah untuk blog aku ni. Ler la, sebagaimana yang telah disarankan oleh cik Puteri Riya tu. Ok, aku sajer la google rawak... mula2 tengok pusaran jari dan personaliti, pastu tulisan tangan dan personaliti... Boring la sangat, ramai sangat orang dah pos.


Tetiba aku google la macam mana nak jadi "Top" yang bagus. Aku google2, makin lama jadi makin notty plak, Boleh plak aku cari cara2 nak fuck lelaki... Haha... Ok, then kena stop. Stop kat blog Welcome To The World Of Simon Lover! Aritu aku ada gak tengok2 blog ni, time tu aku masuk melalui blog PLU mana tah... lupa dah... Hehe... Pastu macam aku kata, aku pon lupa, lupa truih kat blog tu.


Blogger tu ada buat entri pasal "How to be a good top", dan seriously aku pon baca dari awal sampai akhir. Terus jer aku whatsapp En.BF.



"Abang tengok blog Simon Lover."
"Dia ajar cara jadi top."
"Hehe..."



"Bagi link..."
"Hehe... nak tengok jugak"



"Abang dah masukkan dalam list blog abang."
"Hehe...dia kata start slow2..."
"Maen part atas pusat jer dulu..."
"Biaq bottom guide, sampai dia bagi green light."
"Jangan paksa...biaq bottom selesa..."



"Alololo....romantiknya."
"Hehe...BF saya ni dah jadi romantik."



Aku bermonolog sendirian. Ape selama ni aku tak romantik ker? Ok pine apple cheese tart. Ataupon dia maksudkan romantik dalam hal ni? Yer la, suci lagi kot (hahaha...suci la sangat), mana tao menda2 ni. Semalam pon aku ada bagitao dia, aku mungkin "ketaq" skit... lagi2 bila melibatkan benda2 macam ni.



"Last sekali dia kata, lepas pancut... jangan biaq bottom bersendirian."
"Hug la... hargai pengorbanan dia"



"Comel...!"
"Muahhhh!"
"Saya sayang BF saya..."
"Dia dah banyak belajar..."

 

"Hehe..."
"Love you sayang..."






*Perbualan aku ngan En.BF ni agak nakal. Sememangnya aku memang macam tu ngan dia. Suka manja2 dengan dia, dia pon suka nak manja2 ngan aku... Dia dah serahkan jawatan "Hubby" kat aku semula setelah disandangnya selama satu penggal. Hahahaha.... siap la! Sekarang turn aku pulak!









Tuesday, 21 May 2013

My blood type

Assalamualaikum





Aritu si coDe a.k.a. Haidar Harith ada bagi aku pic personaliti berpandukan jenis2 darah. Bila aku buat research, baru aku tao orang jepun yang start mengaitkan jenis darah ni dengan personaliti seseorang. Hehe... baru tao bro..! Buat research baru tao.



Tapi kat sini aku nak cerita mengenai sains sikit, ataupon kita boleh kategorikan sebagai pseudoscience (kepercayaan yang ada kaitan dengan sains, akan tetapi dengan bukti yang tidak terlalu kukuh). 


Benda merupakan ulasan buku Dr. D’Adoma yang berjudul Eat Right For Your Type yang telah dicetak ke lebih 50 jenis bahasa. Bagusnya buku ni, dia terangkan detail pasal diet mengikut jenis kumpulan darah. Aku nak ulas panjang lebar pon nanti jenguh korang nak baca, so aku cari jalan lebih mudah.


Aku translate balik jadual yang dia buat tu, then ubah grafik mengikut citarasa aku. Maaf la kalau tahap translation aku agak teruk, tapi aku dah semak kat mana2 laman web translation untuk daftar kata yang sesuai seperti Kamus Persuratan Melayu. Aku rasa ni sebagai penambahbaikan kepada jadual yang terdahulu. Dengan lebih banyak info yang dapat membantu kita menjaga kesihatan tubuh badan.


Kumpulan darah jenis A



Kumpulan darah jenis B




Kumpulan darah jenis AB



Kumpulan darah jenis O





Aku ada tanya En.BF pasal blood type dia. Dia kata tak tahu. OMG! Nak kena cucuk ni! Cucuk dia dalam2... hehe, cucuk jari dia jer la...sebab nak buat test. Yang laen tu, aku cucuk laen kali jerk. Korang pula jenis darah yang mana? Jangan kata korang pon tak tahu... lalala~

Monday, 20 May 2013

Aku, dia dan cik ponti

Assalamualaikum







Hehe... hari ni nak cerita pasal En.BF a.k.a My Little Honey. Dia ada bad experience pasal cik ponti masa sekolah asrama dulu. Yang tu kena tanya dia la. Maybe die boleh wat slot hantu asrama macam entri aku Hantu Asrama 1, 2, 3 dan 4... Haha...


Kalo time kitorang sembang2, then aku usik dia pasal cik ponti, dia mesti senyap. Huhu... Dia membatukan diri, mendiamkan diri seribu bahasa. Dia pernah minta kat aku, jangan cakap pasal cik ponti lagi... Tapi aku kan nakal, mana nak makan saman. Lagi suka mengusik dia ada la...


Lagi2 kalo time dia balik kampung. Nak2 time petang, dekat2 nak magrib baru nak sampai rumah. Oleh sebab dia tak dengaq cakap aku (jangan mesej time driving), aku pon sajer usik2 dia sebab dia akan baca mesej aku tu. Mesti dia tak senang duduk. Aku rasa la kan, mesti time tu dia asyik tengok cermin sisi belakang. Takot2 ada cik ponti. Padahal dia tak perasan, cik ponti tu ada dok diam sebelah dia.. Hehe...


Mal, abang cuma nak mal jadi berani... Kalo apa2 jadi kat abang, mal berani nak menempuh hari mendatang tanpa abang... Hidup mesti diteruskan. Kesempatan yang ada ini gunakan sebaik2nya. Hargai orang2 di sekeliling kita. Ucapkan rasa sayang itu padanya jika kita mencintainya... Muaaahhhhhhhhhhh...........!








*Hari ni dapat puasa lagi dengan my honey. Hehe, dia sebok nak blanja makanan untuk berbuka nanti... Aku tak teringin pon tu semua. Apa yang aku inginkan adalah supaya dia happy dengan apa yang dia ada sekarang...



Friday, 17 May 2013

No pain no gain...

Assalamualaikum


Dia berhak merasa cinta ini... Dengan apa yang dia telah korbankan selama ini, dia berhak memilikinya... Aku tak nak lihat air mata mengalir di pipinya lagi (atau mungkin aku tak suka dengar bunyi die sedut hingus bila menangis....). Aku tak tahu kenapa,tapi bila dia sedih, hatiku turut merintih...


Hari ini aku bisa dengar gelak tawanya. Hari ini aku dapat lihat senyuman manisnya... Hari ini aku dapat rasakan kegembiraanya...


Tiap lafaz cinta olehnya... tiap kucupan manja darinya... membuatkan aku bahagia... Sesudah hujan lebat, suria kan muncul kembali, membawa pelangi untukmu sayang.


Berbahagialah... giliranmu telah tiba! Sambutlah salam sayangku ini...

O you who believe!

Assalamualaikum



"Tell the believing men to lower their gaze (from looking at forbidden things), and protect their private parts (from illegal sexual acts, etc.). That is purer for them. Verily, Allah is All-Aware of what they do."
 Quran 24;30     


Honestly aku ni jenis yang mudah emosinya dipengaruhi oleh persekitaran. Kalau time jahat tu, mencanak2 nafsu tu naik. Tapi kalau time baik tu, nak pk benda2 tu pon x bersemangat. Dengan siapa aku berkawan, dengan siapa aku bergaul mencorakkan hidup aku.


Bila dengan dia, macam2 yang aku fikirkan... Nak kiss macam mana, nak maen macam mana... Pendek kata semua yang menaikkan syahwat seorang lelaki. Nafsu ini tak pernah tidur, sebagai bukti, time aku jaga dia stim, time aku tidoq pon dia stim gak. Ha...macam mana tu? Tapi aku cuba untuk mengawal perasaan horny ni dan aku tahu dia pon sama... Nafsu ni buat aku selesa, tapi kadang kala buat aku menyesal...
 

Sekarang dah makin kerap berpuasa sunat dengan dia. InsyaAllah bila kita berusaha, Dia akan membantu. Cuma aku takut, sampai bila aku dapat bertahan..? Adakah suatu hari nanti aku akan tersungkur jua akhirnya..? Hurmmm....


"Daripada Ibnu Masu’d r.a. berkata : Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung,yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya, dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang"
 (hadith riwayat Imam Bukhari)


Semoga rasa sayang ni mampu mengajar aku sesuatu...










*Hari ni hari jumaat, mood aku jadi baik skit... =)


Wednesday, 15 May 2013

Riwayat Klasik: Hikayat Pengembaraan Sateria Ke Alam Magikal

Assalamualaikum





Adapun masyghul rasa Angel Without Wings apabila melihat keadaan Fallen Angel yang disumpah itu. Diusap2 kepala Sang Naga Api itu, kasihnya dia pada temannya itu tiadalah taranya. Maka syahdan, bermula tersebut pula pada perkataan Angel WithoutWings dan Fallen Angel pun berjalan mencari Delima Sakti sang puteri raja. 


Kata sahibul hikayat, ada berapa lama antaranya maka sampailah mereka berdua di mulut gua Sang Saktimuna bertapa. Adapun di tepi gua itu adanya seekor kelinci. Menurut ceritera sang penglipur, itulah Easter Bunny yang disebut2 orang. Maka diceritakanlah oleh Angel Without Wings apa yang terjadi kepada kelinci itu. Maka menangislah si kelinci apabila mendengar kisah Angel Without Wings lalu bersetujulah dia untuk membantu. Maka ditunjukkannya lubang rahsia untuk sampai ke tempat puteri itu ditawan. 


Adapun gua itu teramatlah dalamnya, kira2 sepuluh hari lamanya sampailah mereka ke tempat itu. Maka diselamatkan puteri raja itu dan makanlah Fallen Angel akan Delima Sakti kepunyaan puteri. Maka dengan izin Allah, berubahlah Fallen Angel ke susuk tubuh manusia kembali. Maka disuruhnya Angel Without Wings dan FallenAngel agar Easter Bunny untuk menunggu bersama sang puteri raja di luar gua itu.  Adapun sebelum bersurai, diajarkannya mentera hikmat oleh Easter Bunny dan diberikannya tongkat kayu untuk menewaskan Sang Saktimuna.


Arkian, berjalanlah dua kesateria itu jauh ke dalam perut gua. Maka ditemukan Sang Saktimuna di situ sedang beradu atas singgahsananya. Maka serentaklah Angel Without Wings dan Fallen Angel menghampiri Sang Saktimuna seraya melafazkan mantera hikmat untuk melemahkannya.


Kuseru kalimah-Mu

Dengan iradat-Nya yang Maha Kuasa

Tunduklah engkau kepada aku

Seperti akur hamba pada tuannya

Bismillahirrahmanirrahim

Menanglah yang hak ke atas yang batil!



Syahadan, bercahayalah tongkat kayu yang diberikan oleh Easter Bunny itu. Maka reputlah tongkat itu lalu menampakkan pedang yang bersinar di dalamnya. Adapun pedang itu adalah pedang Excalibur yang muncul bila diseru oleh cinta sejati. Bertarunglah mereka bersungguh2, hamburan api demi api, tusukan pedang demi pedang. Hatta setelah berapa lama, tersungkurlah Sang Saktimuna di kaki dua kesateria itu.


Maka diceritakan orang tua2, amanlah negeri Samudera setelah Sang Saktimuna ditewaskan. Adapun sebagaimana yang didengar2 cakap orang, dua kesateria itu telah hidup bersama akhirnya. Nyatalah kasih sayang menjadi semangat yang berbuat satu ikatan antara mereka. Wallahu a’lam bissawab.


Bunga selasih rimbun setaman,
Kuntum tirus tumbuh bersilang,
Tiada jenuh dipetik budak,
Dibuat rampai cantik dihias.

Biar kasih menguat ikatan,
Takkan putus bila dicincang,
Takkan rapuh bila dihentak,
Takkan berderai bila dihempas.



Tuesday, 14 May 2013

Making love- 14/05/13

Assalamualaikum


Hari ni takde mood nak buat kerja. Banyak sangat problem. So, aku balik opiz then dok relax jer... malas nak pikir2 pasal problem tu. Tunggu minggu depan jer, tunggu kepulangan hero penyelamat keadaan. Hehe...

Balik opiz buka adobe photoshop... Ada kerja yang tak setel (kerja la sangattt~). Aku dah janji ngan En.BF nak edit kartun wedding couple sempena ulang bulan. Janji kena la ditepati.



"Sayang....pic wedding dah siap."
"Tapi simple jer la..."


"Macam mana boleh siap?"
"Aeeehhhhh??? Baju adik tak siap lagi la..."
"Bila masa pulak kita amik pic wedding???"
"Lalala..."


"Hehe...."


"Muahhh..!"
"Muahhh..!"


"Nak tengok?"
"Hehe..."


"Nakkkkkkk..!"
"Please...please...please...."


.............................................



"Cute!"
"Abang yang mana?"
"Pakai baju ape?"


"Itam..."
"Hehe..."


"Hehe...."
Yes...! Adik dapat baju warna putih."
"Hehehe....muahhhhhhh...!"



Hari ni ulang bulan couple ngan En.BF. Tiba2 teringat plak masa mula2 aku buat komik untuk En.BF... Aku susah nak ingat tarikh2...so kat situ aku letak tarikh2 penting untuk aku dan dia.





Sayangnyer kat budak comel ni. Makin hari makin sayang...sayang berplus2... En.BF bagi green light untuk malam ni... hehe... OOOOOreooooooooooooooo!





Sunday, 12 May 2013

Aku, dia, Reine Geschmacksache dan Buddyz

Assalamualaikum





Wah.. malam ni pengalaman baru dengan En.BF. Tengok movie sama2... Hehe... Citer untuk orang2 macam kita. Tajuk dia Reine Geschmacksache, agak light, cerita ala2 komedi... Aku enjoy giler. Boleh gelak2 ngan En.BF...Syok abis wooo...


Lagi2 baru lepas beli sim card DiGi easy PREPAID. Call free tu, boleh sembang 24 jam. Bye2 maxis yang selalu tipu kredit RM1, tak sampai sejam dah putuskan talian... Bye2 celcom yang berjaya habiskan topup RM10 aku dalam masa lebih kurang setengah jam... Haha....


Minggu depan nak tengok cerita ape pulak yer? Nak tengok citer Do Comeco ao Fim la... Hehe... Selamat berhujung minggu bersama yang tersayang!







*En.BF dah semakin happy... Aku pon happy juga...

Tuesday, 7 May 2013

He was crying...

Assalamualaikum

Ihsan google... yer, kali ni jer ok?

Aku buat blog ni untuk dia...untuk luahkan rasa sayang aku kat dia. Tapi sekarang dia sedang bersedih. Dia minta masa untuk pulih sepenuhnya. Dan jawapan aku, "Ya..." Aku akan bagi masa pada dia. Lama dia tunggu aku, takkan aku tak boleh nak tunggu dia sekejap untuk waktu2 genting macam ni? Dan aku pon nak rehat bersama dia. Take your time mal... Just take your time...



Love you... i love you a lot...

(T_T)

(T_T)

(T_T)

(T_T)

(T_T)

(T_T)

(T_T)

Thursday, 2 May 2013

Sastra Epik: Hikayat Pengembaraan Sateria Ke Alam Magikal

Assalamualaikum



Maka selepas mereka berpisah, Angel Without Wings telah berjalan menghala ke arah matahari terbenam manakala Fallen Angel ke arah sebaliknya. Menjelang maghrib, sampailah Angel Without Wings ke hutan Coklat Black Forest. Adapun diceritakan bahawa di perut hutan itu tersergamnya rumah kepunyaan Hansel & Gretel, di mana seorang nenek kebayan menginap di dalamnya. Arkian, dipelawanya Angel Without Wings oleh nenek kebayan untuk bermalam di teratak itu, maka bermalamlah dia di situ sambil melepaskan penat lelah perjalanan. Maka takjublah Angel Without Wings apabila dikhabarkan oleh nenek kebayan bahawa rumah itu asalnya buatan coklat, coklat Hershey's kisses nama diberi.


            Adapun  Angel Without Wings berasa gembira dengan layanan baik nenek kebayan. Hari-hari dihidangnya coklat oleh nenek kebayan. Dihidangkan jua lauk-pauk yang enak-enak rasanya. Maka bagaikan dipukau, sepurnama lamanya dia diam di situ. Hatta, sampailah suatu hari di mana dia teringatkan janjinya kepada sahabatnya si Fallen Angel untuk bertemu di mulut gua Saktimuna bertapa. Maka dikhabarkan hasratnya untuk meneruskan pengembaraannya kepada nenek kebayan. Sayulah rasa nenek kebayan ketika itu, kerana telah dianggapnya Angel Without Wings seperti anaknya. Namun nyatalah lumrah alam, yang datang pasti akan berlalu pergi.


            Arkian setelah datanglah pada keesokkan harinya, maka berangkatlah Angel Without Wings meninggalkan si nenek kebayan dan terataknya. Maka dibekalkan oleh nenek kebayan itu padanya sepersalinan lengkap dan sebiji Apple. Beratlah hati si pemuda mahu menerima pemberian itu, tapi berkeraslah si nenek kebayan supaya dia menerimanya. 


            Setelah tujuh hari tujuh malam lamanya, sampailah Angel Without Wings di kaki gunung dimana sebuah anak sungai mengalir berhampirannya. Maka berehatlah dia melepaskan penatnya. Di kala itu, terbitlah rasa rindunya pada sahabatnya si Fallen Angel itu. Adapun di batu tempat dia bersandar, diukirnya madah rindunya kepada sahabatnya itu. Syahdan kebanyakan kata orang, asal batu itu kemudiannya dinamakan Batu Blogger Batu Geliga


Bunga melati terapung-apung,
Kelopaknya rapat, tiada selangan,
Rindu dihati tidak tertanggung,
Bilakah dapat berjumpa tuan?

Kembang melati anggunnya rona,
Putih calitnya tampuknya baldu,
Adinda di sini tuan di sana,
Sama-sama menanggung rindu.

Bunga semalu si bunga lalang,
Dalam jambangan si bunga melati,
Rindu hatiku bukan kepalang,
Bayangan tuan ku ternanti-nanti.

Sayang melati kelopaknya layu,
Akhirnya gugur di tengah laman,
Bawalah pergi wahai sang bayu,
Bawa rinduku mengadap tuan .


             Adapun lain pula yang terjadi kepada Fallen Angel sepanjang sepurnama itu. Setiap hari dia merasakan rindu terhadap sahabatnya itu. Maka setiap hari sahabatnya itu hadir dalam mimpinya. Disampaikan oleh orang tua-tua bahawa mimpinya itu adalah mimpi asyik, persis mimpi sang suami kepada isterinya. Kata sahibul hayat, rasa rindunya itulah yang menjadi semangatnya untuk bertemu semula dengan sahabatnya. 

                                                                   bersambung....