Maka selepas mereka berpisah, Angel Without Wings telah berjalan menghala ke arah
matahari terbenam manakala Fallen Angel ke arah sebaliknya. Menjelang maghrib,
sampailah Angel Without Wings ke hutan Coklat Black Forest. Adapun diceritakan
bahawa di perut hutan itu tersergamnya rumah kepunyaan Hansel &
Gretel, di mana seorang nenek kebayan menginap di dalamnya. Arkian, dipelawanya Angel Without Wings oleh nenek kebayan untuk bermalam di teratak itu, maka
bermalamlah dia di situ sambil melepaskan penat lelah perjalanan. Maka takjublah Angel Without Wings apabila dikhabarkan oleh nenek kebayan bahawa rumah itu asalnya buatan coklat, coklat Hershey's kisses nama diberi.
Adapun Angel Without Wings berasa gembira dengan layanan baik nenek kebayan. Hari-hari dihidangnya coklat oleh nenek kebayan. Dihidangkan jua lauk-pauk yang enak-enak rasanya. Maka bagaikan dipukau, sepurnama lamanya dia diam di situ. Hatta, sampailah suatu hari di mana dia teringatkan janjinya kepada sahabatnya si Fallen Angel untuk bertemu di mulut gua Saktimuna bertapa. Maka dikhabarkan hasratnya untuk meneruskan pengembaraannya kepada nenek kebayan. Sayulah rasa nenek kebayan ketika itu, kerana telah dianggapnya Angel Without Wings seperti anaknya. Namun nyatalah lumrah alam, yang datang pasti akan berlalu pergi.
Arkian setelah datanglah pada keesokkan harinya, maka berangkatlah Angel Without Wings meninggalkan si nenek kebayan dan terataknya. Maka dibekalkan oleh nenek kebayan itu padanya sepersalinan lengkap dan sebiji Apple. Beratlah hati si pemuda mahu menerima pemberian itu, tapi berkeraslah si nenek kebayan supaya dia menerimanya.
Setelah
tujuh hari tujuh malam lamanya, sampailah Angel Without Wings di kaki gunung
dimana sebuah anak sungai mengalir berhampirannya. Maka berehatlah dia
melepaskan penatnya. Di kala itu, terbitlah rasa rindunya pada sahabatnya si
Fallen Angel itu. Adapun di batu tempat dia bersandar, diukirnya madah
rindunya kepada sahabatnya itu. Syahdan kebanyakan kata orang, asal batu itu
kemudiannya dinamakan Batu Blogger Batu Geliga.
Bunga melati terapung-apung,
Kelopaknya rapat, tiada selangan,
Rindu dihati tidak tertanggung,
Bilakah dapat berjumpa tuan?
Kembang melati anggunnya rona,
Putih calitnya tampuknya baldu,
Adinda di sini tuan di sana,
Sama-sama menanggung rindu.
Bunga semalu si bunga lalang,
Dalam jambangan si bunga melati,
Rindu hatiku bukan kepalang,
Bayangan tuan ku ternanti-nanti.
Sayang melati kelopaknya layu,
Akhirnya gugur di tengah laman,
Bawalah pergi wahai sang bayu,
Bawa rinduku mengadap tuan .
Adapun lain pula yang terjadi kepada Fallen Angel sepanjang sepurnama itu. Setiap hari dia merasakan rindu terhadap sahabatnya itu. Maka setiap hari sahabatnya itu hadir dalam mimpinya. Disampaikan oleh orang tua-tua bahawa mimpinya itu adalah mimpi asyik, persis mimpi sang suami kepada isterinya. Kata sahibul hayat, rasa rindunya itulah yang menjadi semangatnya untuk bertemu semula dengan sahabatnya.
bersambung....
bersambung....
wow.....serious stpry klasik seh....
ReplyDeletehaha.. klasik la sangat. diksi based on Hikayat Patani. Tapi hikayat tu banyak sangat perkataan "maka". Hampir setiap ayat bermula dengan 'Maka"....
DeleteHikayat memang mula dengan Maka.. pening aku membacanya
Deletekan? maka kami...rakyat malaysia...
Delete